Jika anda baru memiliki macbook apa yang perlu anda ketahui ialah cara untuk menjaga bateri macbook anda supaya tahan lebih lama atau kekal sihat. Di sini saya akan berkongsi tips bagaimana untuk menjaga bateri macboook anda. Saranan ini sebenarnya adalah cadangan daripada pihak apple sendiri supaya pengguna produk mereka dapat menggunakan bateri macbook tahan lebih lama.
Bagi yang baru memiliki macbook anda akan dinasihatkan untuk charge bateri anda selama lebih daripada 8 jam. langkah awal ini adalah sangat penting ( untuk semua laptop/notebook/netbook) untuk memastikan bateri anda di charge sepenuhnya mengikut kapasiti bateri anda. Sebagai contoh macbook pro 13" boleh di charge sehingga 5770 mAh. Sekiranya anda tidak melakukan langkah ini berkemungkinan 'health' bateri anda akan menurun.
Seterusnya ialah cara penggunaan seharian kita. Semasa menggunakan macbook anda boleh charge bateri anda sehingga penuh (100%) dan gunakan sehingga 1 hingga 2 jam selepas bateri penuh di charge. Kemudian discharge dan guna sehingga 20% atau warning merah keluar dan charge semula. Begitulah pusingan penggunaan macbook amalkan insyaallah bateri akan tahan lama. Tidak digalakkan charge bateri macbook anda sekiranya tidak di gunakan atau dalam keadaan shut down. Pasanglah apa-apa aplikasi seperti iTune jika anda hendak charge macbook anda.