Saya dikenali dengan nama Arman
Seman dan merupakan pemilik blog www.anjangman.com . Saya
merupakan seorang guru yang mengajar di pedalaman Sarawak. Dengan kemudahan
yang agak terhad saya gagahi diri ini untuk berblog kerana minat. Walaupun
berada dipedalaman saya ingin menunjukkan pada dunia luar bahawa dunia IT ini
sangat luas dan bukan untuk sesetengah pihak sahaja. Terima kasih pada pihak
kerajaan kerana telah menyediakan kemudahan internet di sekolah pedalaman.
Walaupun lambat tapi ia tetap sangat berguna kepada kami guru-guru dipedalaman.
Saya harap blog yang tidak seberapa ini akan
memberi impak yang berguna kepada pembaca blog ini. Walaupun blog ini
masih baru tapi sebenarnya saya telah lama mempelajari ilmu membina blog
self-hosting ini dengan menggunakan platform wordpress. Sebelum ini saya memang
dah mempunyai blog peribadi sendiri tapi disebabkan oleh beberapa kekangan blog
yang dibina tidak dapat bertahan lama.Saya harap blog ini nanti akan terus
bertahan dengan adanya sokongan dari anda dan rakan blogger sekalian.
Anda boleh menemui saya di Facebook, Twitter dan Google+. Jika anda ingin menghubungi saya boleh terus guna borang
"Contact
Me". Sebarang komen dan pertanyaan anda akan cuba
dilayan secepat mungkin.
![](http://signatures.mylivesignature.com/54490/58/9C1F5CB3392D7D954127C6687403CD54.png)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment