Cara 'Cut and Paste' File dan Folder pada Mac OSX

on 22 Sept 2012

Assalamualikum dan Salam 1 Malaysia,

Jika kita lihat pada tajuk entri ini mungkin ada yang berfikir takkan tak tahu cara nak cut and paste kan. Maklumkan budak sekolah rendahpun boleh buat he..he… Tapi sebelum anda berfikir sebegitu tahukah anda bahawa pada sistem Mac OS anda tidak boleh cut and paste file atau folder seperti pada komputer yang menggunakan sistem operasi windows.

Kenapa demikian, jika kita biasa menggunakan sistem operasi windows biasanya kita akan akan klik kanan pada file, pilih cut dan kita klik paste untuk memindahkan file. Atau kita boleh menggunakan short cut, control + X dan kemudian untuk paste kita klik control+v .

Screen Shot 2012 09 18 at 8 51 26 PM
Pada papan kekunci computer apple ia tidak menggunakan button control tetapi command Command. Jadi ikuti cara mudah ini untuk cut and paste file anda.

1. Tekan CommandCommand + C ( untuk copy )

2. Tekan serentak Option + Command Command + V ( utk cut and paste )

Selain dari ini anda juga boleh install perisian TotalFinder untuk memasang fungsi cut and paste pada sistem mac os x anda. Terdapat banyak perisian cut and paste yang boleh anda cari di google. Jika anda berminat untuk menggunakan crack untuk versi berbayar anda boleh PM saya untuk mendapatkan serial number. Anda boleh download TotalFinder . Anda boleh menggunakan versi percubaan selama 14 hari. Ada banyak kelebihan menggunakan TotalFinder ni. Tapi sekarang saya dah tak menggunakan perisian ini kerana saya cuma perlukan cut anda paste dengan cara short cut sahaja.

Jika anda rajin anda boleh cari di internet yang TotalFinder yang di crack. Tak apa jika anda download yang versi lama. Kerana sistem crack yang telah dibuat comfortable untuk versi terkini.

Nasihat saya cuba dapatkanTotalFinder versi penuh yang original jika anda amat perlukan perisian ini. Jika tak mampu itu pilihan anda.

404 error: The page you are looking for cannot be found.

on 16 Sept 2012

Pengajaran baru hari ini : 404 error: The page you are looking for can't be found. Masalah ini telah menyebabkan saya kebingungan. Maklumlah ini kali pertama blog saya mengalami masalah ini. Dan sebelum ini masalah "cannot modify header information".

Masalah ini adalah disebabkan oleh edit yang saya lakukan pada halaman about me. Setelah berkali-kali update dilakukan masalah mula timbul apabila editing yang saya lakukan tiada perubahan. Kemudian gambar pula tidak dapat di upload. Bila saya cuba preview blog saya entri yang telah di post tidak dapat dipaparkan.



Bila di semak di Dashboard pada paparan posts jumlah post masih lagi ada. Tetapi entri post tidak kelihatan. Memang bingung disebabkan masalah ini. Pada mulanya saya beranggapan bahawa account saya sudah kena virus atau di hack. Kemudian bila cari digoogle kebanyakkan blog yang mengalami masalah ini menggunakan theme yang sama yang saya gunakan. So saya beranggapan mungkin juga disebabkan oleh theme yang digunakan.

[caption id="attachment_1039" align="aligncenter" width="500"] Post 404 Error[/caption]

Tapi bila difikirkan balik tak mungkin disebabkan oleh theme blog. Mungkin ini hanya kebetulan. Jadi untuk kepastian saya pun menghubungi pihak penyedia hosting untuk bantuan. Di bawah ini adalah antara respon yang mereka berikan.





Daripada respon ini yang saya tunggu hampir 1 jam setiap emel saya di balas. Dahlah tension dengan masalah blog, ditambah lagi tension bila menunggu emel di balas lama sangat. Dengan berbekalkan maklumat ini. Sebenarnya table wp_post saya tidaklah rosak sepenuhnya sehingga perlu di restore semula database. Sebenarnya masalah ini sangat simple untuk di atasi sehingga saya mengetawakan diri sendiri yang terus mengelabah dengan masalah yang timbul. Bila kita semak di cpanel akan ada amaran menunjukkan bahawa table kita rosak dan perlu di repair.

Untuk mengatasi masalah ini apa yang perlu dilakukan adalah dengan repair semula table wp_post dengan cara login di cpanel. Anda pilih PhpMyAdmin. Kemudian pilih database yang hendak di repair.Tandakan pada kotak wp_post dan pilih repair table dan klik go. Anda akan menerima status ok jika berjaya.

Jadi jangan panik seperti saya. Kerana masalah ini sangat simple dan mudah untuk di atasi. Bagaimana dengan anda , pernahkah mengalami masalah 404 error: The page you are looking for can't be found.



Ikan Terubok Masin Sarawak

on 15 Sept 2012

Ikan terubok masin sarawak memang terkenal di seluruh Malaysia. Bahkan ikan terubok masin sarawak juga sangat popular di Brunei dan di Singapura. Tahukan anda bahawa kebanyakkan ikan terubok masin yang di jual di pasar Satok adalah merupakan ikan terubok import ?

Kenapa ikan terubok import ? Untuk pengetahuan anda juga ikan terubok local sebenarnya sangat mahal dan jika di gunakan untuk membuat ikan terubok masin harga ikan terubok masin akan menjadi bertambah mahal. Lagipun ikan terubok tempatan sekarang ini telah diancam kepupusan. Oleh sebab itu harga ikan terubok tempatan semakin meningkat harganya. Sebagai alternatif supaya perniagaan ikan terubok masin sarawak dapat diteruskan ikan terubok import menjadi pilihan. Ini kerana ikan terubok import harganya lebih murah dibandingkan dengan ikan terubok tempatan.

Dari segi rasa ikan terubok import juga sedap kerana penjual tahu cara untuk mengekalkan rasa ikan terubok import supaya setanding dengan rasa ikan terubok tempatan. Walaupun ikan terubok yang digunakan adalah ikan terubok import tapi proses untuk membuat ikan terubok masin masih lagi di proses sendiri oleh penjual-penjual terubok masin sendiri. Ini adalah untuk mengekalkan kualiti ikan terubok masin.

Ini adalah ikan terubok masin yang di jual di pasar satok. Ikan terubok masin kebanyakkannya hanya di jual di pasar satok. Siapa yang berkunjung di bandar kuching jangan lupa beli terubok masin sarawak untuk buah tangan.


Terubok Masin Sarawak


Terubok Masin Sarawak

Ikan terubok masin ini dijual mengikut saiz. Semakin besar saiz ikan terubok maksudnya semakin mahallah harganya. Kini banyak juga penjual terubok masin ini menjual ikan terubok masin secara online. Anda bolehlah cari sendiri di facebook atau di google untuk mencari penjual-penjual terubok masin sarawak secara online.

Di bawah ini pula ialah ikan terubok tempatan. Ikan ini belum di masinkan lagi. Ia masih fresh dan mempunyai telur. Bab telur inilah yang sedapnya tentang terubok ini. Anda boleh lihat perbezaan ikan terubok import dengan terubok tempatan dari segi warna, ekor dan muncung mulutnya.


Ikan Terubok Tempatan

Ikan terubok tempatan ini ianya bermusim. Kalau tak silap saya ikan terubok ini biasanya di tangkap dari bulan 5 - 9. Jika di kawasan saya iaitu di bahagian Samarahan Ikan terubok ini biasanya di tangkap di perairan Pulau Burung dan Pulau Lakei. Ikan terubok tempatan ini sedap di panggang dan makan di cicah dengan sambal. Cukup sambal kicap campur dengan cili padi. Bagi yang ingin mendapatkan ikan terubok tempatan anda boleh berkunjung di daerah Muara Tuang dan Asajaya untuk membeli ikan terubok tempatan ini. Anda juga boleh dapatkan ikan terubok tempatan ini di kampung Tambirat . Penjual biasanya akan menjual pelbagai jenis hasil laut termasuk ikan terubok di sepanjang jalan di Kampung Tambirat, Asajaya.

Menangi Hadiah bernilai lebih RM100,000 dengan The Celcom

on 14 Sept 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pagi ini dapat satu sms dari celcom 'Menangi hadiah bernilai lebih RM100,000 dengan The Celcom Cupcakes Challange. Serlahkan kreativiti menghias cupcakes 1Malaysia sekarang'. Bagi yang ada kemahiran membuat cupcake tu bolehlah rebut peluang ini untuk menyerlahkan lagi kreativiti dan bakat anda.

Anda juga berpeluang mempromosikan bisnes anda di sini. Mana tahu rezeki anda ada di sini. Bayangkan jika cupcake anda yang terpilih menjadi pemenang. Secara tidak langsung nama anda naik dan mungkin tempahan cupcake ada juga meningkat. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Mudah ke nak buat cup kek ini ? PM kita pernah kata buat cupcake ni senang. PM juga pernah kata dia pandai buat cupcake. Malu saya sebab saya tak pandai nak buat cupcake ni, PM yang sangat sibuk dengan tugas dia pun tahu nak buat cup cake. Bagaimana dengan anda boleh ke buat cupcake...kalau boleh jangan lepaskan peluang yang dianjurkan oleh Celcom ini. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Cupcake Challenge ini di facebook.

Cupcakes 1 Malaysia

Cupcake 1 Malaysia

Bagi yang baru nak belajar buat cupcakes dan mencari panduan cupcake anda boleh dapatkan video dan ebook di sini . Video dan ebook ini juga sangat sesuai untuk yang dah pandai buat cupcake tapi belum mahir lagi. Jika anda dah dapat buat cupcake nanti jangan lupa jemput saya makan cupcake anda.

Clean Install Mac OS X 10.8.1

on 9 Sept 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Agak lama juga tidak mengemaskini blog dengan entri terbaru. Rasa-rasa dah hampir satu bulan blog ini tidak di kemaskini dengan entri terbaru. Kadang-kala idea datang tapi bila hendak mengaplikasikannya, idea semacam terbantut dan mood untuk menulis entri juga terbantut. Apapun semuanya perlu diteruskan supaya apa yang dibuat kita tidak berhenti separuh jalan.

Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah diblog ini dan sudi meninggalkan komen. Komen anda adalah motivasi kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain untuk terus berblog. Lepas ini saya akan cuba gagahkan diri untuk menjengok dan membaca blog rakan-rakan lain yang lama juga tidak di baca.

Balik kepada tajuk.. minggu lepas saya telah membuat clean install untuk MacBook Pro kepada OS terbaru iaitu Mac OS X Maountain Lion. Walaupun sebelum itu saya telah meng'update' Mac Book Pro saya ke versi 10.8 dari Mac OS Lion 10.7. Ini kerana ia mengalami sedikit masalah. Akibat dari update dari versi Mac OS Snow Leopard kepada Lion dan seterusnya Mountain Lion.

Akibat daripada itu MacBook Pro saya sepatutnya lebih cepat start up menjadi lebih perlahan dan juga semasa shutdown. Selain itu selalu mengalami masalah computer freeze dan akibatnya saya terpaksa shutdown MacBook Pro saya secara paksa. Selain dari masalah itu ia juga mengakibatkan RAM saya yang 4gb selalu berbaki kurang daripada 50mb. Bila disemak inactive RAM telalu banyak sehingga hampir 2gb.

Setelah di clean install / format semua masalah ini dapat di atasi. Dan saya amat berpuas hati dengan prestasi Mac OS X Mountain Lion. Jika anda pengguna MacBook cepat-cepat lah beli di app store kerana harga yang ditawarkan hanya USD 19.99



Mac OS X Mountain Lion

Mac OS X Mountain Lion
Bagi yang hendak clean install Mac Book dan membuat Installer Mac OS X menggunakan pendrive anda boleh menonton video youtube dibawah.


 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved