Ubuntu 12.04 LTS

on 22 Apr 2012

Lama juga tak update blog. Bila dah berada kat sekolah memang saya ada masalah nak update blog. Masalah line internet yang sangat perlahan menyebabkan nafsu untuk update blog berkurangan. Lagipun genset kat sekolah kami cuma beroperasi lebih kurang 16 jam disebabkan oleh genset kedua rosak. Harap dalam masa terdekat ini pihak kontraktor dapat membaiki genset secepat mungkin.

Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal sekolah, ni nak beritahu tak lama lagi ubuntu 12.04 (Precise Pangolin) Long Term Support (LTS)  akan dilepaskan (final release ) kalau tak silap pada 26 April 2012 . Ubuntu LTS sebelum ini adalah 8.04 ( Hardy Heron ). Bagi peminat ubuntu boleh download di laman web rasmi ubuntu. Buat masa ini anda boleh download ubuntu 12.04 final beta. Download di sini

The next version of Ubuntu is coming soon
Saya juga adalah peminat ubuntu. Saya menggunakan ubuntu semenjak penghujung tahun 2007 lagi sebelum beralih menjadi pengguna mac. Antara sebab saya menggunakan ubuntu :

1. Ingin belajar sesuatu yang baru. Terutama berkenaan dengan OS.

2. PERCUMA

3. Bebas virus.

4. Lain dari yang lain .

Tetapi kini saya beralih menjadi pengguna Mac OS kerana terpikat dengan design macbooknya lain dari laptop biasa. Sebenarnya komputer apple yang mahal. Operasi sistem yang digunakan jika di banding dengan windows ia jauh lebih murah. Jadi saya mempunyai pengalaman menggunakan windows, ubuntu ( mengguna ubuntu sepenuhnya selama lebih kurang 3 tahun ) dan bermula 12.12.2010 saya adalah pengguna Macbook.

Dari ketiga-tiga sistem pengoperasian ini, masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya. Jadi tak payahlah kita nak bergaduh pasal OS mana terbaik. Guna teknologi yang ada sebaik mungkin. Itulah yang terbaik. Walau apa pun jenis komputer dan OS yang kita gunakan matlamat kita sebagai pengguna teknologi adalah sama. Cuma yang membezakanya adalah baget.

Bagi saya walaupun dah menggunakan Mac OS X saya tetap memasang ubuntu dalam macbook saya. Sebab itu saya tak sabar nak menunggu dan download ubuntu 12.04 ni. Walaupun tidak menggunakan ubuntu sepenuhnya, sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu menggunakan ubuntu. Di bawah ini adalah antara OS yang ada bertapak dalam Macbook pro saya. OS ini dipasang menggunakan virtualbox.

windows 8

Saya tidak memperjuangkan mana-mana OS kerana saya bebas memilih OS mana yang saya nak guna. Jadi jangan sempitkan diri anda dengan menjadi pengguna tegar kepada 1 OS sahaja. Kenapa ? Soalan ini anda boleh jawab sendiri jika anda memang ingin hendak belajar.

Percaya cakap saya, jika anda pandai guna komputer ber'OS'kan windows , adalah mudah untuk anda pandai menggunakan OS yang lain.

Jadi kepada pengguna ubuntu teruskan mengguna ubuntu selagi anda selesa menggunakannya, begitu juga dengan pengguna windows dan mac os. Tapi jangan lupa nak belajar OS yang lain. Anda akan dapat banyak faedah nanti.

OS X Lion hanya USD 1.00

on 8 Apr 2012

Pada tanggal 6 April 2012 sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 35, saya nekad untuk membeli OS X Lion di app store apple dengan harga USD 29.99 . Jika di tukar dengan RM lebih kurang dalam RM 100.00. Saya kira ini jauh lebih murah dari MS Windows 7 ( ori ) . Apa yang nak dijadikan cerita ialah setelah saya membuat membayaran dengan menggunakan kad kredit dari Public Bank.

Setelah pembayaran dibuat pihak Public Bank akan menghantar satu mesej bagi mengesahkan bahawa kita telah menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran.Ini adalah prosedur untuk keselamatan penggunaan kad kredit online atau offline. Dan yang mengejutkan saya ialah bayaran yang di kenakan hanyalah USD 1.00 untuk OS X Lion yang sepatutnya berharga USD 29.99 . Mungkin rezeki saya he..he...

OS X Lion

Untuk mendownload OS X Lion ini saya mengambil masa dari pukul 8.35 malam pada 6.4.2012 dan habis download pada 6.00 pagi 8.4.2012. Lebih dari 24 jam untuk download fail sebesar 4.05 gb. Alhamdulillah semua proses untuk  upgrade ke OS X Lion berjalan dengan lancar. Untuk mereka yang nak upgrade ke OS X lion pastikan anda backup dahulu  dokumen anda. Paling bagus backup menggunakan time machine.

Kesimpulannya di sini saya sangat berpuas hati menggunakan OS X Lion kerana ada banyak perubahan yang di bawakan oleh pihak apple untuk versi Lion ini dan ia cuma berharga USD 1.00.

Untuk entri yang akan datang saya akan cuba berkongsi cara untuk upgrade OS X Snow Leopard ke OS X Lion.

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved