Tukar MyKad baru 3 Januari

on 31 Dec 2011

Kad pengenalan baru dilengkapi perlindungan antisalinan elak pemalsuan


PUTRAJAYA: Orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk imej turisan laser dan cip tahan lasak, bermula 3 Januari ini.

Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10.

Selamat Tahun Baru 2012

on 30 Dec 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Selamat Tahun Baru 2012. Selamat tinggal tahun 2011. Tak terasa tahun 2011 hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Biasanya apabila tiba tahun baru semua orang akan menetapkan azam baru mereka. Tahun baru , semangatpun baru. So bagaimana dengan azam tahun 2011. Adakah tercapai atau tidak. Jangan kecewa jika azam anda tidak tercapai. Bawa ke tahun 2012 azam tu. Kalau tak tercapai juga tahun 2012 nanti bawa lagi ke tahun 2013 he..he... Sampai bilalah azam nak tercapai.

Cara menjaga bateri macbook

on 28 Dec 2011

Jika anda baru memiliki macbook apa yang perlu anda ketahui ialah cara untuk menjaga bateri macbook anda supaya tahan lebih lama atau kekal sihat. Di sini saya akan berkongsi tips bagaimana untuk menjaga bateri macboook anda. Saranan ini sebenarnya adalah cadangan daripada pihak apple sendiri supaya pengguna produk mereka dapat menggunakan bateri macbook tahan lebih lama.


Bagi yang baru memiliki macbook anda akan dinasihatkan untuk charge bateri anda selama lebih daripada 8 jam. langkah awal ini adalah sangat penting ( untuk semua laptop/notebook/netbook) untuk memastikan bateri anda di charge sepenuhnya mengikut kapasiti bateri anda. Sebagai contoh macbook pro 13" boleh di charge sehingga 5770 mAh. Sekiranya anda tidak melakukan langkah ini berkemungkinan 'health' bateri anda akan menurun.


Seterusnya ialah cara penggunaan seharian kita. Semasa menggunakan macbook anda boleh charge bateri anda sehingga penuh (100%) dan gunakan sehingga 1 hingga 2 jam selepas bateri penuh di charge. Kemudian discharge dan guna sehingga 20% atau warning merah keluar dan charge semula. Begitulah pusingan penggunaan macbook amalkan insyaallah bateri akan tahan lama. Tidak digalakkan charge bateri macbook anda sekiranya tidak di gunakan atau dalam keadaan shut down. Pasanglah apa-apa aplikasi seperti iTune jika anda hendak charge macbook anda.

Masalah Internet

on 27 Dec 2011

Selamat Hari Kristmas buat pembaca yang menyambut hari krismas. Belum terlambat lagi rasanya nak mengucapkan selamat.


Pada 24.12.2012 ada gangguan masalah internet di kawasan kapit. Jadi dari 24 - 27.12.2012 tak dapat nak online. Cuma pada petang ini 27.12.2012 barulah dapat online. Sangat menyiksakan juga apabila tiada talian internet. Maklum ajelah dunia sekarang ni internet merupakan satu keperluan. Banyak juga aktiviti tergendala gara-gara masalah internet. 

Favicon - Penting atau tidak pada blog.

on 24 Dec 2011

Apakah favicon ? Favicon adalah merupakan icon atau gambar kecil yang dipaparkan sebelah url pada browser yang kita gunakan. Sebagai contoh anda boleh melihat favicon yang saya gunakan pada blog saya ini. Saya menggunakan gambar saya sendiri yang telah diberi sedikit sentuhan menggunakan perisian editor PhotoScape. Jika anda pandai menggunakan photoshop lagi bagus.


Jika blog anda adalah merupakan blog perniagaan favicon adalah sesuatu yang wajib pada blog anda. Bagi blog peribadi juga ia tidak kurang pentingnya.

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved