Tiada Idea Menulis Blog

on 1 Oct 2013

Salam Sejahtera,

Tiada Idea Menulis Blog adalah masalah yang sering berlaku kepada semua blogger tidak kira blogger baru atau blogger lama. Tiada idea menulis blog adalah merupakan tanda-tanda awal blog yang akan masuk ICU atau Koma . Ini adalah sangat bahaya jika tidak di atasi dengan segera.

Tanda-tanda ini telah saya sendiri hadapi. Jika tidak di atasi ia akan menjadi semakin parah nanti. Sebelum penyakit ini merebak lebih baik di ubati jika sayangkan blog. 

Adakah benar kita tiada idea ? Atau tidak pandai menulis idea yang ada ? Atau terlalu banyak idea sehingga tidak tahu apa yang hendak di tulis ? Memang pening kepala juga. Nasib masih banyak rambut lagi atas kepala ni. Cuma banyak tumbuh uban sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, saya blogwalking di beberapa blog rakan-rakan lain. Dan mendapati bahawa blogwalking adalah merupakan satu cara untuk kita mengatasi masalah tiada idea. Cedok idea dan buat satu artikel yang baru, segar dan bermaklumat. Harap ia dapat mengatasi masalah saya yang selalu tiada idea.

Laman sosial ? Ya, laman sosial adalah merupakan satu medium yang sangat baik untuk mendapatkan idea menulis. Ini kerana banyak perkara atau peristiwa yang rakan-rakan kita kongsikan di sana. Lagi pun melalui facebook atau twitter kita akan tahu apa topik hangat yang diperkatakan.  

Selain itu melalui peristiwa atau pengalaman yang berlaku seharian juga boleh dijadikan idea penulisan jika kita dapat memanipulasi peristiwa yang berlaku dan mengolah ia supaya menjadi cerita yang menarik. 

Berita-berita yang disiarkan di televisyen, radio dan surat khabar juga boleh dijadikan tempat untuk kita mendapatkan idea penulisan. Kerana banyak maklumat yang ada di sana yang boleh di cedok dan di olah semula supaya ia menjadi cerita yang lebih menarik.

Ini adalah beberapa panduan yang saya dapat dari beberapa blog yang saya baca bagi mengatasi masalah kekeringan idea. Bila banyak sumber idea, kita juga akan mengalami masalah terlalu banyak idea sehingga tidak tahu idea mana yang baik untuk di sampaikan. Di sini perlunya kita belajar menguruskan idea. Bab ini saya masih lagi fail. Menguruskan idea juga sangat penting. Sebab tidak pandai mengurus idea blog saya ini jarang di kemaskini. 

Point penting saya perlu pelajari sekarang ialah menguruskan idea. Bagaimana nak mengruskan idea. Saya akan berekperimens dahulu samada ianya berjaya atau tidak. Saya yakin dari pemerhatian saya terhadap blog yang selalu update dan banyak artikel yang mereka tulis setiap hari adalah kerana mereka pandai dan bijak menguruskan idea mereka. 

Apa perniagaan Internet Yang Anda Pilih?

on 30 Jul 2013

Salam Ceria dan Salam Perpaduan,

Bila buka facebook macam-macam iklan yang kita lihat. Memang rancak sekarang ini orang berniaga di internet. Jika anda adalah pengguna facebook adakah anda mengalami situasi yang sama seperti saya. Buka facebook ada sahaja rakan kita membuat promosi produk yang mereka niagakan di internet. Mereka ini menggunakan facebook sebagai platform untuk mempromosikan produk mereka. 

Facebook sekarang ini bukan sahaja menjadi laman sosial untuk kita mencari rakan lama dan berkenalan. Facebook sekarang dah macam laman jualan terkenal Ebay.com dan Lelong.com. Kita boleh cari pelbagai jenis produk yang kita mahu di facebook. Ada banyak kelebihan berniaga di facebook. Tapi bukan boleh main terjun sahaja, ia perlukan kemahiran untuk menjual. Ini kerana rakan kita di facebook bukannya untuk shopping. Tapi mereka buka facebook untuk bersosial. Atau dalam erti kata lain mereka cuma nak lepak sahaja.

Jika anda berminat untuk berniaga di internet saya akan membantu anda untuk membuat pilihan model perniagaan internet yang mana anda harus pilih mengikut kesesuaian anda.

Affiliate 

Ini adalah model perniagaan internet yang saya rasa sangat mudah dan senang untuk bermula. Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini 5 sebab kenapa pilih program affiliate . Jika anda memilih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan Affiliate. Anda boleh mencuba. Anda boleh mula menjual produk Affiliate anda di laman sosial seperti Facebook. Facebook hanya satu platform yang boleh kita gunakan untuk mempromosikan produk dengan rakan-rakan yang kita kenali. Berbaloi untuk di cuba kerana kebanyakkan program affiliate adalah percuma. Jika anda berminat anda harus mencari seorang guru untuk mengajar anda berjaya dalam bidang ini.


Dropship

Model Perniagaan seterusnya ialah dropship. Cara kerja dropship ini lebih kurang macam Affliate juga tapi ia lebih kepada produk fizikal. Affiliate kebiasannya adalah produk digital. Ringkas tentang dropship ini ialah anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk untuk memulakan perniagaan internet. Hanya perlu daftar (sesetengah vendor mengenakan bayaran tahunan dan ada yang percuma). Untuk bermula anda boleh cari dropship yang percuma. 



Gambar kredit to uncle google.
Anda jual produk yang disediakan, kemudian anda promosi dengan harga yang anda sendiri tetapkan. Vendor dropship biasanya akan memberikan harga borong kepada anda walaupun anda cuma membeli satu barang sahaja. Anda cuma membeli barang yang di pesan oleh pelanggan anda dan pihak dropship yang akan menghantar barang kepada pelanggan anda. 

Jika produk berharga RM20.00 dan anda jual berharga RM40.00. Anda untung RM20.00. Anda hanya perlu bayar RM20.00 kepada pihak dropship. Pendek kata anda cuma sebagai orang tengah sahaja. Yang bagusnya cara ini anda tidak perlu menyediakan stok barang yang di jual. Jadi tak pening kepala tengok stok barang yang tidak habis dijual.

Anda boleh mempertimbangkan untuk menjual di ebay.com atau lelong.com atau boleh jual di facebook. 

Produk Sendiri

Model perniagaan ini agak rumit jika anda belum ada pengalaman dalam pernigaan internet. Ini kerana untuk menyediakan produk sendiri yang mendapat sambutan anda perlu membuat kajian pasaran, menyediakan produk, menghantar produk, menerima pesanan , menjawab pertanyaan pelanggan dan pendek kata dari A hingga Z anda yang buat semua. 

Risiko agak tinggi tapi berbaloi untuk di cuba. Anda boleh menyediakan produk fizikal contoh kuih, baju dan biskut. Manakala untuk produk digital anda boleh menghasilkan ebook dan video. 

Perkhidmatan/ servis

Sekiranya anda ada perkhidmatan atau servis yang hendak ditawarkan anda boleh mula promosi di internet. Boleh guna facebook dulu sebagai permulaan. Menyediakan perkhidmatan dan servis ini juga tidak menggunakan modal yang besar. Jika betul caranya anda boleh mendapat pendapatan yang lumayan hanya dengan menyediakan perkhidmatan atau servis. 

Sebagai contohnya di sini, anda berminat dalam bidang designer. Anda boleh menawarkan perkhidmatan membuat banner, header timeline facebook dan juga header blog. Anda boleh menawarkan dengan harga yang berpatutan. 

Selain itu anda juga boleh menyediakan perkhidmatan terjemahan jika anda pandai dalam pelbagai bahasa, membuat review produk dan sebagainya. Cuba kenal pasti kemahiran anda dan cuba jual. 

Agen Syarikat / Wakil Syarikat

Untuk yang terakhir ini anda boleh buat secara offline atau online atau kedua-dua sekali. Jika anda berminat anda boleh mendaftar sebagai egen mana-mana syarikat seperti MLM atau syarikat yang menjual produk kesihatan. Kebiasaanya ada bayaran dikenakan untuk menjadi agen atau ahli. Melalui kaedah ini anda perlu bekerja lebih sikit seperti membuat pembungkusan barang, pos, dan memberi khidmat selepas jualan. 


Kesimpulan

Antara 5 model perniagaan internet ini, pilihan terletak di tangan anda. Jika anda baru bermula cuba pilih model perniagaan internet yang tidak menggunakan modal sebagai percubaan untuk anda bermula di internet. Perniagaan internet ini lebih kurang sama sahaja dengan model perniagaan tradisional (offline) cuma dengan adanya internet kita boleh memulakan perniagaan cuma dari rumah sahaja. 

Apapun yang penting sekali anda harus rajin untuk menimba ilmu. Belajar berniaga di internet ini mempunyai cabaran yang tersendiri. 

Apa pendapat anda ? Apa pilihan anda ? Tinggalkan komen anda di bawah.

5 Sebab Kenapa JANGAN BELI Produk Tentera Affiliate

on 29 Jul 2013


Salam Ceria dan Salam Perpaduan,

Tentera Affiliate adalah merupakan produk yang HOT dipromosikan. Andakah anda sudah memilikinya. Jika belum baca dulu apa yang saya nak jelaskan. Anda JANGAN BELI dulu produk ini sebelum anda habis membaca. Kenapa anda jangan beli produk tentera affiliate ? saya akan memberikan 5 sebab kenapa anda jangan beli tentera affiliate. Menghabiskan wang anda sahaja jika anda membelinya. Jangan beli produk tentera affiliate JIKA ANDA :

1. Jika anda sudah menjana pendapatan puluhan ribu ringgit.

Tiada gunanya anda hendak membeli produk ini jika anda boleh menjana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan. Kerana ia bukan untuk anda. Mazsoor Muaidi hanya akan MEMBANTU MEREKA yang mahu menjana pendapatan RM2,000 hingga RM10,000 sebulan sahaja. Jika pendapatan anda melebihi RM10,000 sebulan secara online jangan beli. 

2. Jika anda tidak berminat berniaga secara online.

Tiada gunanya anda beli produk ini jika anda tidak berminat berniaga secara online. Membazir duit anda sahaja. Jika anda hendak beli tapi minat tidak ada itu adalah perkara   bodoh yang anda lakukan dalam hidup anda.

3. Jika anda tidak mahu mengubah hidup anda.

Mungkin anda sekarang senang dengan cara hidup anda. Tiada niat untuk mengubah hidup anda menjadi lebih baik dari sekarang. Jika anda sudah cukup selesa abaikan sahaja produk tentera affiliate ini. Sahabat saya Maszoor Muaidi pun tidak mahu untuk membimbing orang yang tiada keinginan yang tinggi untuk mengubah hidup menjadi lebih baik. Jadi jawapnya jangan beli produk ini . Nanti anda yang rugi.

4. Jika anda tidak berminat dengan DUIT

Berminat dengan DUIT ? Jawapannya ada pada anda sendiri. Jika jawapan anda 'TIDAK", saya ikhlas menasihatkan anda jangan beli produk ini. Ini kerana anda tidak berminat dengan DUIT. Bukan ini yang anda cari. Jangan bazirkan masa dan duit anda untuk mendapatkan produk. 

5. Jika anda tidak mahu berguru dengan mereka yang pakar

Tidak perlu beli e-book atau apa-apa produk digital cari sahaja kat Google melambak maklumat yang ada. Itulah yang sering kita dengar apabila kita berbicara berkaitan dengan maklumat di internet. Ini bermakna anda tidak perlukan guru untuk mendidik dan membimbing anda untuk berjaya. Jadi teruskanlah usaha anda. Jangan beli tentera affiliate. Lupakan tentera affiliate ini jika anda tidak mahu mencari guru yang boleh membimbing anda. Mencari guru itu adalah jalan pintas untuk berjaya.


Saya rasa cukup lima sebab di atas kenapa anda tidak perlu membeli  produk tentera affiliate ini. Tapi jika anda bukan seperti yang saya nyatakan di atas anda harus bertindak sekarang kerana masa semakin suntuk. 

TAHUKAH ANDA ? 

# Internet di Malaysia merupakan satu keperluan hidup. Ini adalah trend baru gaya hidup rakyat malaysia. Membeli belah di internet juga merupakan satu fenomena baru di Malaysia walaupun ia belum menjadi budaya tapi ia menghala kearah itu. Bertindaklah cepat untuk merebut peluang ini. Internet LUBOK EMAS dunia moden hari ini.

# Harga untuk produk tentera affiliate ini akan di naikkan selepas 7 Ogos 2013. Bermula anda membaca artikel ini cuba kira berapa lagi masa anda yang tinggal. Cara anda bertindak akan menentukan siapa anda di masa hadapan.

# Harga istimewa produk tentera Affiliate ini hanya di tawarkan untuk 300 orang sahaja.  Sangat-sangat TERHAD. Bertindaklah sekarang untuk menempah tempat anda DISINI .


Terima kasih kepada Maszoor Muaidi kerana sudi menjadi GURU untuk MEMBANTU ANDA yang mahu menjana pendapatan di internet. 

TAWARAN PALING GILA yang diberikan oleh Maszoor Muaidi ialah ekses ke support group di Facebook (group tertutup) yang harganya bernilai RM 5,000.00. LIFETIME SUPPORT sehingga anda berjaya. Berita gembiranya ialah ianya PERCUMA.

Tentera Affiliate ini akan MEMBANTU ANDA menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.
Siapa yang MAHU PENDAPATAN RM 10,000 dengan Affiliate ?

KLIK DISNI ---> DAFTAR SEKARANG

5 Sebab Kenapa Pilih Program Affiliate

on 27 Jul 2013

A'kum dan salam perpaduan,

Hari ini saya ingin memperkenalkan anda dengan program buat duit online iaitu program affiliate. Program affiliate adalah merupakan satu cabang untuk mendapatkan pendapatan secara online. Otai-otai dalam program affiliate seperti Zamri Nanyan, Haszoor Muaidi dan Razif Yusof adalah antara mereka yang terkenal di Malaysia. Anda dan saya juga boleh berjaya seperti mereka jika betul caranya.  


Secara ringkasnya program affiliate ialah kita sebagai agen mempromosikan produk orang lain dan mendapat keuntungan dari hasil jualan yang kita buat. Nampak mudah tapi ada cabarannya yang tersendiri bila kita terjun dalam bidang affiliate ini.

Balik kepada topik "5 sebab kenapa memilih program Affiliate". Senarai yang dinyatakan adalah merupakan sebab utama saya menceburkan diri dalam bidang ini dan mungkin juga anda. 

Pertama : PERCUMA

Bila disebut percuma semua orang suka. Ya, kebanyakkan program Affiliate yang kita sertai tidak akan mengenakan apa-apa bayaran. Anda hanya perlu mendaftar sahaja. Pendaftaran yang sangat mudah dan tidak rumit. Cuma memerlukan masa kurang dari 5 minit dan anda boleh terus membuat promosi produk yang di pilih. Mudahkan dan yang paling penting adalah percuma.

Kedua : Tidak perlu mencipta produk

Ini adalah bahagian yang menarik bagi saya. Kita tidak perlu mencipta produk. Semua kerja ini akan di sediakan oleh tuan punya produk. Tugas kita cuma buat promosi dan mendapat keuntungan daripada hasil jualan kita. Jadi kita tidak perlu pening kepala untuk mencipta produk. Kerja ini rumit dan memerlukan lebih banyak pengalaman dan pengorbanan.

Ketiga : Tidak perlu menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

Ini adalah merupakan kelemahan saya 'servis after sale' atau perkhidmatan selepas jualan. Oleh kerana dengan menyertai program affiliate kita tidak perlu memberi perkhidmatan selepas jualan. Ini kerana ia akan dibuat oleh tuan punya produk. Ingat tugas kita hanya promosi sahaja. Saya memang 'malas' atau tiada masa hendak melayan karenah pelanggan yang macam-macam. Jadi bagi saya meyertai program affiliate adalah pilihan terbaik bagi saya untuk berjaya dalam perniagaan internet.

Keempat : Pendapatan pasif.

Ini adalah antara impian saya dan mungkin juga anda. Ingin memiliki pendapatan pasif. Mesin duit 24 jam. Siapa tidak mahu pendapatan pasif. Masa tidur pun duit masuk dalam bank. Perlu diingatkan ini memerlukan kerja keras dan konsisten daripada kita. Tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ramai yang telah buktikannya.

Kelima : Komisen yang tinggi.

Point yang sangat menarik. Komisen yang tinggi. Kebanyakkan daripada produk digital yang ditawarkan berharga dalam RM100 - RM300. Dan pemberian komisen biasanya adalah di antara 50% sehingga 100%. Jadi peluang untuk mendapat pendapatan yang besar adalah tinggi. Cuma perlukan usaha dan strategi yang betul sahaja.

Kesimpulan

Program affiliate adalah merupakan satu program yang harus dicuba terutama bagi mereka yang masih newbie dan baru hendak berjinak-jinak dengan selok-belok perniagaan internet. Ini kerana risiko risiko kerugian yang ditanggung hampir kosong.

P/s :

Anda betul-betul bertuah hari ini. Sahabat saya saudara
Haszoor Muaidi kini telah pun melancarkan 1 projek untuk
anda buat duit RM2,000 hingga RM10,000 sebulan
melalui AFFILIATE!

So kali ni anda berpeluang untuk buat duit.
Haszoor dah bongkarkan cara-cara mudah untuk anda
bermula walaupun MASIH ZERO!

So jangan tunggu lama...jualan adalah terhad
pendek kata orang akan berpusu-pusu
untuk daftar. Projek yang beliau kendalikan biasanya
sangat hot dan laris dalam tempoh singkat!

So dapatkan maklumat lengkap di
KLIK SINI 

Beliau hanya mahukan 300 orang sahaja. Lebih baik
anda GRAB PELUANG hebat ini. Anda berpotensi buat
duit sehingga RM10,000 sebulan melalui Affiliate.

Daftar segera!

Untuk Maklumat anda setakat ini dah lebih dari 90 orang menjadi
ahli sejak program ini dilancarkan. Cepat bertindak untuk
menempah tempat anda.

KLIK DISINI







Cara Asas Untuk Memulakan Perniagaan Internet

A'kum dan Salam perpaduan,

Sejak kebelakangan ini perniagaan internet atau online telah menjadi satu trend bagi rakyat Malaysia. Banyak model perniagaan internet yang boleh dipilih seperti jual produk sendiri atau menjual produk orang lain. Anda boleh memilih samada untuk menjual produk digital atau fizikal.

Kebanyakkan orang ingin berniaga tapi yang sering menjadi masalah ialah 'bagaimana hendak memulakan perniagaan internet'. Hendak memulakan sesuatu adalah satu masalah bagi kita terutamanya orang melayu. Idea banyak tapi tidak tahu bagaimana hendak mula. Sebelum anda hendak memulakan perniagaan internet anda harus tahu asas untuk perniagaan . Di bawah ini saya senaraikan cara asas untuk anda memulakan perniagaan internet.


Pertama : Produk Untuk Dijual.

Ini adalah perkara pertama yang anda harus kenal pasti jika hendak memulakan perniagaan internet. bagi yang telah menjalankan perniagaan offline mungkin mereka tidak mengalami masalah. Cuma perlu tukar cara berniaga. Dari offline ke online atau boleh teruskan cara kedua-dua sekali. Tapi bagi yang zero mencari produk adalah satu masalah. 

Jadi jika anda ingin memulakan perniagaan internet anda harus ada produk sama ada produk fizikal atau digital. Tanpa produk adalah mustahil anda hendak memulakan perniagaan internet.

Kedua : Cara menjual di Internet.

Jika anda telah mengenalpasti produk yang hendak dijual, perkara kedua yang harus anda fikirkan ialah bagaimana cara hendak menjual di internet. Ada beberapa cara hendak menjual di internet.  Saya akan senaraikan secara ringkas di bawah :
  • Facebook ( peribadi , group atau fanpage ) sangat popular sekarang.
  • Blog - anda boleh mula menjual menggunakan blog (blogspot atau wordpress)
  • Forum - boleh menjual produk anda di forum.
  • lelong.com 
  • mudah.my
  • Ebay ( boleh jual produk ke luar negara )
  • Website
Cukup saya senaraikan 7 cara untuk anda memulakan perniagaan internet anda. Jika ada tambahan anda boleh senaraikan di ruangan komen.

Ketiga : Promosi

Setelah mengikuti cara pertama dan kedua yang perlu anda lakukan seterusnya adalah promosi produk anda. Adalah sangat mustahil untuk menjual jika kita tidak melakukan promosi untuk produk yang hendak di jual. Untuk perniagaan internet ada pelbagai cara untuk anda mempromosikan perniagaan anda. Sama ada secara percuma atau berbayar. Percuma hasilnya lambat, tapi berbayar hasilnya agak cepat. Promosi percuma boleh taip di google 'iklan percuma', iklan berbayar anda boleh mencuba facebook ads, google ads, iklan di forum, portal berita, atau di blog yang ada banyak pengunjung.

Keempat : Mula Menjual

Saya rasa ini adalah yang terakhir setelah melakukan ketiga-tiga perkara yang di senaraikan di atas anda akan mula menjual. Pada bahagian ini anda akan menguruskan jualan, menyemak bayaran, membungkus jualan, menghantar jualan dan memberikan servis selepas jualan. Ini sekiranya anda menjual produk fizikal ( contoh : baju, jam, produk kesihatan ). Jika produk di gital semuanya telah di atur secara automatik ( contoh : Ebook, video, game, aplikasi ).

Kesimpulan

Nampak mudahkan. Tapi hakikatnya perniagaan internet tidak semudah yang kita sangka. Ia perlu banyak pengorbanan, kerja keras, fokus dan paling penting tidak berputus asa. Lambat atau cepat kejayaan itu bergantung kepada usaha yang kita curahkan pada perniagaan yang kita ceburi. Yang penting kita bersabar. Selamat memulakan perniagaan internet dan selamat maju jaya.

Jika anda betul-betul serius untuk memulakan perniagaan internet anda boleh klik di SINI.






Bonus Raya 2013 Untuk Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan

on 24 Jul 2013

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Isu pemberian bayaran bantuan khas kewangan aka bonus menjadi isu hangat di facebook selepas diumumkan oleh Perdana Menteri. Penjawat Awam akan menerima sebanyak RM500 dan untuk pesara RM250. Dan hampir semua post di facebook berkenaan dengan bonus.



Mungkin ada yang gembira dan ada yang berduka menerima berita ini. Maklumlah raya dah dekat, dan ada pula yang mengharapkan bonus lebih daripada RM500. Apapun kita kena bersyukur menerima bantuan khas ini. Pandai-pandai jimat berbelanja. Cuba kita lihat masa perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Chrismas, Gawai Dayak dan Deepavali tiada pula mereka nak merungut tidak dapat bonus untuk perayaan. Mereka tetap menggunakan duit gaji mereka untuk balik ke kampung dan membuat persiapan raya. Bukan mengharapkan bantuan daripada kerajaan.

Bagi peniaga janganlah mengambil peluang menaikkan harga barang semasa perayaan ini. Bila nak beri diskaun janganlah menipu. Diskaun tu biarlah diskaun dari harga jual yang asal. Bukan dari harga jual yang dinaikkan berlipat kali ganda kemudian umumkan ada diskaun.

Apa kata tahun ini kita buat biskut sendiri boleh jimat. Apa ? tak pandai buat biskut. Sini kalau tak pandai  saya boleh tunjukkan caranya. Belajar buat biskut sendiri, mudah dan cepat. Boleh jimat duit bonus.










Bukan Berputus Asa Tapi Sekadar Berehat

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Apa khabar kepada rakan-rakan blogger. Lama sudah tidak menulis di blog ini. Dan ini adalah entri pertama untuk tahun 2013. Dah berhabuk dah blog. Tapi alhamdulilah hari ini saya masih lagi di beri peluang untuk menulis di blog ini.

Selama lebih 6 bulan tidak menulis entri, bukan bermakna saya berputus asa untuk berblog. Cuma ingin  berehat dari berblog. Selama 6 bulan lebih ini saya lebih banyak membuat permerhatian dan juga berkunjung ke blog kawan-kawan sebagai silent reader sahaja. Saya juga jarang meninggalkan komen.

Banyak perkembangan yang positif saya lihat pada blog rakan blogger yang lain. Kadang-kadang saya terfikir bagaimana mereka boleh memberikan komitmen yang sangat tinggi dengan berblog. Menulis entri tanpa jemu. Idea sentiasa datang mencurah. Gaya penulisan sangat santai dan yang penting ilmu yang hendak di sampaikan.

Banyak yang hendak dipost tapi akhirnya masuk draf. Kenapa ? Apa yang saya rasa ialah tahap keyakinan saya sangat rendah. Dan mungkin juga disebabkan kesibukkan kerja . Dan yang paling menyebabkan saya tidak bermotivasi adalah line internet kat sekolah. Maklumlah bila dah masuk ke kawasan pedalaman ini. Tapi alhamdulillah sekarang line internet agak baik setelah di naikkan taraf kepada 1Bestari net.

Saya harap selepas ini adalahlah sedikit ruang untuk saya mengisi masa lapang dengan berblog. Dan tidaklah blog saya ini cuti lama sangat.

Kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan selama ini. Dan tidak jemu meninggalkan komen dan memberi tunjuk ajar saya amat menghargai bantuan anda semua. Jasamu tetap ku kenang. Dan akhir sekali selamat berpuasa, semoga di bulan Ramadhan ini saya dan rakan-rakan semua diberikan kekuatan olehNya untuk terus berusaha dan di murahkan rezeki. Harap setakat ini tidak ada yang tinggalkan puasa.






 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved