A'kum dan Salam perpaduan,
Sejak kebelakangan ini perniagaan internet atau online telah menjadi satu trend bagi rakyat Malaysia. Banyak model perniagaan internet yang boleh dipilih seperti jual produk sendiri atau menjual produk orang lain. Anda boleh memilih samada untuk menjual produk digital atau fizikal.
Kebanyakkan orang ingin berniaga tapi yang sering menjadi masalah ialah 'bagaimana hendak memulakan perniagaan internet'. Hendak memulakan sesuatu adalah satu masalah bagi kita terutamanya orang melayu. Idea banyak tapi tidak tahu bagaimana hendak mula. Sebelum anda hendak memulakan perniagaan internet anda harus tahu asas untuk perniagaan . Di bawah ini saya senaraikan cara asas untuk anda memulakan perniagaan internet.
Pertama : Produk Untuk Dijual.
Ini adalah perkara pertama yang anda harus kenal pasti jika hendak memulakan perniagaan internet. bagi yang telah menjalankan perniagaan offline mungkin mereka tidak mengalami masalah. Cuma perlu tukar cara berniaga. Dari offline ke online atau boleh teruskan cara kedua-dua sekali. Tapi bagi yang zero mencari produk adalah satu masalah.
Jadi jika anda ingin memulakan perniagaan internet anda harus ada produk sama ada produk fizikal atau digital. Tanpa produk adalah mustahil anda hendak memulakan perniagaan internet.
Kedua : Cara menjual di Internet.
Jika anda telah mengenalpasti produk yang hendak dijual, perkara kedua yang harus anda fikirkan ialah bagaimana cara hendak menjual di internet. Ada beberapa cara hendak menjual di internet. Saya akan senaraikan secara ringkas di bawah :
- Facebook ( peribadi , group atau fanpage ) sangat popular sekarang.
- Blog - anda boleh mula menjual menggunakan blog (blogspot atau wordpress)
- Forum - boleh menjual produk anda di forum.
- lelong.com
- mudah.my
- Ebay ( boleh jual produk ke luar negara )
- Website
Cukup saya senaraikan 7 cara untuk anda memulakan perniagaan internet anda. Jika ada tambahan anda boleh senaraikan di ruangan komen.
Ketiga : Promosi
Setelah mengikuti cara pertama dan kedua yang perlu anda lakukan seterusnya adalah promosi produk anda. Adalah sangat mustahil untuk menjual jika kita tidak melakukan promosi untuk produk yang hendak di jual. Untuk perniagaan internet ada pelbagai cara untuk anda mempromosikan perniagaan anda. Sama ada secara percuma atau berbayar. Percuma hasilnya lambat, tapi berbayar hasilnya agak cepat. Promosi percuma boleh taip di google 'iklan percuma', iklan berbayar anda boleh mencuba facebook ads, google ads, iklan di forum, portal berita, atau di blog yang ada banyak pengunjung.
Keempat : Mula Menjual
Saya rasa ini adalah yang terakhir setelah melakukan ketiga-tiga perkara yang di senaraikan di atas anda akan mula menjual. Pada bahagian ini anda akan menguruskan jualan, menyemak bayaran, membungkus jualan, menghantar jualan dan memberikan servis selepas jualan. Ini sekiranya anda menjual produk fizikal ( contoh : baju, jam, produk kesihatan ). Jika produk di gital semuanya telah di atur secara automatik ( contoh : Ebook, video, game, aplikasi ).
Kesimpulan
Nampak mudahkan. Tapi hakikatnya perniagaan internet tidak semudah yang kita sangka. Ia perlu banyak pengorbanan, kerja keras, fokus dan paling penting tidak berputus asa. Lambat atau cepat kejayaan itu bergantung kepada usaha yang kita curahkan pada perniagaan yang kita ceburi. Yang penting kita bersabar. Selamat memulakan perniagaan internet dan selamat maju jaya.
Jika anda betul-betul serius untuk memulakan perniagaan internet anda boleh klik di SINI.
bagus dan terima kasih perkongsiannya bro. mudah nak faham dan padat dengan isi.
ReplyDeleteSama2 dan terima kasih kembali tuan Denaihati kerana sudi singgah kat blog ni.
DeletePada akhirnya, ketahui teknik menjual sehingga uang bisa dengan mudah bisa diperoleh. Apapun bentuk usahanya, baik bisnis online maupun offline
ReplyDeleteBetul tu teknik menjual harus dikuasai. Ini memerlukan kerja keras dan komitmen yg tinggi.
DeleteMenekuni bisnis internet haruslah satu paket dengan mempelajari ilmu-ilmu seo ataupun teknik promosi blog yang kita miliki. Karena rasanya tidak mungkin jiika hanya punya bloig saja akan cepat menghasilkan uang. Butuh pengelolaan yang tepat atas blognya selain dari isi produk blog tersebut.
ReplyDeleteBetul tu..banyak perkara yang harus dibelajar. Jangan jemu menimba ilmu.
DeleteTerjun ke bisnis internet itu sama seperti terjun ke bisnis yang pada umumnya. Kita tidak akan memperoleh uang jika kita tidak tekun dan konsisten untuk mengelola blog yang kita punya.
ReplyDeleteSokong..tekun dan konsisten kunci kejayaan seorang usahawan.
DeleteHarus belajar dulu dengan cara mencari-cari informasi sebelum terjun ke dunia bisnis internet.
ReplyDeleteDan jangan juga kedekut untuk menuntut ilmu. Belajar dan terus belajar.
DeleteJika kita kreatif, kita dapat mengkombinasikan berbagai sumber bisnis internet dalam satu blog. Namun saya rasa itu perlu pengetahuan yang cukup luas tentang blog dan ilmu bisnis internet.
ReplyDeleteYa.perlukan masa untuk diaplikasi.
DeleteAssalammualaikum...arman,
ReplyDeleteterima kassih perkongsian nie..
mselim3
pls: terima kasih doakan mselim3 agar kekal dalam top 10 tu..amin.