Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1

on 29 Jan 2012

Majlis penutupan program transisi dan guru penyayang Tahun 1 2012 SK Sungai Paku Kapit.


SK Sungai Paku, Kapit - Tahniah diucapkan kepada semua guru dan staf sokongan kerana telah berjaya menjalankan program transisi untuk murid tahun 1. Dari hari pertama persekolahan hinggalah majlis penutupan semua pihak telah memberikan kerjasama yang agak baik untuk menjayakan program ini. Saya harap kerjasama yang erat ini akan terus terjalin untuk menjayakan visi dan misi sekolah. Walaupun jauh di pedalaman kami tenaga pengajar dan staf sokongan cuba memberi yang terbaik untuk anak-anak di pedalaman supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan ini.

Tiada kata yang dapat diungkapkan cuma beberapa gambar ini mungkin dapat memberikan gambaran tentang kejayaan program ini.


Transisi Sk Sungai Paku

Inilah dia antara anak-anak yang berada di tahun 1 2012. Semuanya 10 orang. 3 Perempuan dan 7 lelaki. Nampak ceria dan bersemangat. 9 orang daripada mereka tinggal di asrama. Bayangkan umur yang baru 7 tahun dan masih amat memerlukan ibubapa di sisi sanggup berjauhan dengan ibu bapa untuk tinggal di asrama. Inilah kecekalan hati murid-murid kami yang didik dari kecil untuk berdikari.


Sukaneka Program Transisi



Ini adalah gambar sebelum acara sukaneka di adakan. Saya sempat bergambar dengan ahli kumpulan kami. Kumpulan kami diberi nama "power ranger" dan telah menjadi Johan sukaneka murid tahun 1.Tahniah untuk kumpulan power ranger "Sebastian, Idi Rano dan Rolanna" .


Acara bawa bola dalam kon. Seronok juga bersukan dengan budak-budak. Sukaneka ini juga melibatkan guru, aks dan ibubapa. Laju sangat berlari sampai bola terjatuhpun tak perasan. Cepat ambil boleh yang jatuh tu.......


Ini pula ialah lumba bawa bungkusan atas kepala. Berlaripun tak jatuh, apa petua yang di guna oleh budak Leo tu.


Acara tarik bola menggunakan gelung rotan (sekarang guna plastik) dah biasa sebut gelung rotan he..he..kalau sebut gelung plastik macam tak mengena bunyinya. Atau benda ni ada nama lain.


Lawatan dan Pameran Kelas Tahun 1



Setelah sukaneka tamat, semua murid diminta pergi mandi dulu dan bersiap-siap untuk acara lawatan ke kelas Tahun 1. Semua guru, aks (staf sokongan), ibubapa dan murid tahun 1 melawat kelas dan melihat hasil kerja mereka. Gambar di atas ialah Penolong Kanan Kurikulum ( Cikgu Sulang ak Usat ) sedang memotong reben bagi merasmikan lawatan ke kelas tahun 1. Guru Besar masa ini sedang cuti belajar untuk Pensiswazahan Guru Besar di UITM Samarahan jadi beliau tidak dapat bersama kami untuk kemuncak program transisi Tahun 1.


Inilah dia sebilangan ibubapa yang hadir dan melawat kelas tahun 1 sambil memerhatikan hasil kerja anak-anak mereka sepanjang program transisi dilaksanakan. Dengan adanya pameran hasil kerja murid ini diharap ibubapa dapat menilai anak-anak mereka dan dapat membantu guru-guru untuk mengatasi kelemahan anak mereka supaya anak mereka tidak ketinggalan dari segi akademik.


Antara hasil kerja murid yang dipamerkan dalam kelas tahun 1. Harap suatu hari nanti ada hasil kerja daripada murid-murid ini akan dipamerkan diperingkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah permulaannya. Insyallah.


Acara kemuncak Majlis penutupan program transisi. Semua guru, aks, ibubapa dan murid-murid berkumpul di dewan makan. Murid menerima hadiah dan penghargaan seperti kehadiran 100%, murid paling kemas, murid paling aktif, dan murid contoh. Mereka juga menerima hadiah untuk sukaneka yang telah diadakan.

Banyak lagi gambar yang tidak dapat di muat naik...kalau banyak sangat gambar nanti blog aku jadi slow pulak. Jadi cukuplah sahaja di sini sebagai kenang-kenangan program transisi dan guru penyayang  2012.

Seorang Datuk Cabul Kehormatan Cucu

on 27 Jan 2012

Dasar orang tua tak sedar diri, inilah yang boleh aku katakan apabila baca berita "warga emas dituduh cabul kehormatan cucu perempuan". Aku rasa masiih banyak lagi orang yang sebegini. Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, masih lagi nak buat hal. Banyak-banyaklah bertaubat jangan tambah lagi dosa tu. Benar atau tidak dia melakukan perkara ini hanya Tuhan yang tahu. Mahkamah belum lagi buat keputusan, biasanya kalau tak ada bukti lepaslah. Baca berita lanjut...


Warga emas dituduh cabul kehormatan cucu perempuan


KUALA LUMPUR: Seorang warga emas,74, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur sembilan tahun.

 Warga emas itu dituduh mencabul kehormatan cucunya di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di sini antara jam 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.

 Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang juga pengadu dalam kes berkenaan, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.

 Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes.

 Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne. - BERNAMA

 sumber : www.bharian.com.my

Panduan Install Blog Wordpress

on 24 Jan 2012

Panduan Install Blog Wordpress ini adalah kesinambungan daripada artikel saya yang sebelum ini iaitu panduan membeli domain dan hosting di netkl.com dan panduan membeli hosting di profithoster .  Saya harap dengan panduan blog ini nanti dapat membantu newbie membina dari mula sehingga berjaya menghasilkan sebuah blog wordpress sendiri. Sekiranya anda telah membeli domain dan hosting, ini bermakna anda sudah bersedia untuk membina blog wordpress anda sendiri. Jika belum dapatkan domain dan hosting anda di profithoster atau netkl.

Pertama sekali anda perlu login di halaman Cpanel anda..url cpanel biasanya ada dihantar oleh pihak penyedia hosting berserta dengan username dan password sekali. Setelah login, anda akan dibawa ke antaramuka cpanel anda. panduan membina blogSekiranya anda menggunakan hosting yang disediakan oleh pihak netkl perisian yang digunakan untuk install wordpress dinamakan sebagai softaculous. Manakala untuk profithoster menggunakan fantastico. Bagi tutorial panduan ini saya akan menggunakan softaculous sebagai contoh. Lihat gambar berikut untuk memudahkan anda.

panduan membina blog

Cari softaculous atau fantastico dalam kategori software/services di Cpanel anda. Pastikan rajah gambar dibawah untuk install wordpress menggunakan fantastico.

panduan instal wordpress fantastico

Jika anda menggunakan penyedia hosting yang lain selain dari netkl atau profithoster. Cara yang digunakan adalah sama. Kebanyakkan penyedia hosting menggunakan software fantastico dan softaculous untuk install blog jika kita menggunakan wordpress.

Selepas anda kik softacolous atau fantastico anda akan dibawah kehalaman untuk install wordpress. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik --> blog --> wordpress --> install . Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut cara pemasangannya anda boleh pilih kilk demo. Sebelum wordpress di install anda dikehendaki mengisi beberapa maklumat berkenaan dengan blog anda seperti di tunjukkan pada gambar di bawah ;


panduan install wordpress



Choose Protocol -Untuk bahagian setup protocol saya cadangkan untuk blog kita memilih untuk menggunakan http:// tanpa www. Jangan risau dengan tanpa www atau ada www.

Choose Domain - Jika anda ada banyak domain anda pilih salah satu daripada domain yang ingin anda install wordpress.

Inderectory - Pada ruangan ini ada boleh gunakan biarkan kosong atau namakan directory anda.

Database Name - Masukkan apa-apa nama untuk database anda. Atau anda biarkan ia pada nilai default.

Table Prefix - Biarkan default atau anda boleh ubah. Cadangan saya biarkan default sahaja.

Untuk bahagian Site Setting anda boleh membuat tetapan terus atau biarkan sahaja dalam keadaan default. Ini kerana bahagian ini anda boleh ubah bila-bila masa sahaja dalam akaun wordpress anda nanti. Pastikan anda telah memilih Site Name dan Site Description dengan tepat iaitu ia hendaklah berkaitan dengan blog anda. Bahagian ini nanti akan mempengaruhi SEO blog anda nanti.

Untuk bahagian admin account anda perlu namakan semula. Jangan gunakan username default iaitu admin kerana mengikut pemahaman saya ia akan mudah dihack oleh kaki hacker. Gunakan nama username anda. Ciptakan password yang kuat. Ini bagi mengelakkan blog anda mudah diceroboh oleh hacker. Sedikti tips untuk mencipta password. Pastikan pasword yang anda gunakan mengandungi sekurang-kurangnya lapan character. Pasword anda juga mesti mengandungi gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Contohnya AbYz19&$ .

Pada ruangan admin emel anda boleh biarkan default atau gunakan emel yang biasa anda gunakan atau cipta satu emel khas untuk blog anda. Sebelum anda klik butang install anda boleh masukkan emel diruangan 'E-mail Installation detail ' untuk menerima maklumat berkenaan akaun wordpress yang telah anda install. Jika anda sudah pasti dengan maklumat yang anda telah masukkan anda boleh klik install. Proses ini akan mengambil masa beberapa minit dan bergantung dengan kelajuan internet anda.

Akhirnya anda berjaya membuat blog anda dengan menggunakan wordpress self-hosting. Tahniah saya ucapkan. Untuk setting blog anda nanti saya akan cuba membuat satu pandaun ringkas sebagai panduan untuk anda. Saya harap Panduan Install Blog Worpress ini bermanfaat untuk anda dan jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.

Masalah Blog Selepas Tukar Theme Baru

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hari ini gatal tangan pula rasa nak menukar theme blog. Setelah saya menukar theme baru dan saya memilih retina theme untuk blog saya ini. Setelah semua tetapan dibuat termasuk menukar header saya pun logout dari dashboard wordpress. Lihat blog masa login akaun wordpress memang tidak ada yang janggal di lihat pada blog apabila kita preview perubahan yang kita buat. Masalah mula timbul bila saya preview blog setelah logout akaun wordpress.

Masalahnya ialah untuk page about me, exchange link dan sitemap bila diklik theme lama masih lagi keluar. Bukannya theme baru yang telah digunakan. Masalah ini juga melibatkan beberapa post artikel saya yang lepas.Mula-mula ingatkan masalah cache. Saya cuba untuk clear cache browser dan juga blog saya. Masalah yang sama tetap timbul. Pening juga dibuatnya. Untuk memastikan masalah ini bukan datangnya dari komputer saya, terus saya cuba menggunakan netbook dan juga pc lain untuk preview blog saya. Dan masalah yang sama juga ada. Ini bermakna sesiapa sahaja yang melawat blog saya mungkin akan melihat masalah ini.

Hampir dua jam saya mencari penyelesaian bagi masalah ini. Cuba mencari di google..tapi hampa kerana tidak menjumpai penyelesaiannya. Saya juga ada terbaca kat sebuah blog ia mengatakan cuba deactivate kan semua plugin yang digunakan. Cara ini saya gunakan tapi ia juga tidak berkesan. Kemudian ada juga yang yang saya baca mengatakan cuba tukar guna default theme iaitu guna theme twenty ten atau twenty eleven. Setelah mencuba ia juga tidak berjaya.

Setelah berfikir dan saya mengambil keputusan untuk menghubungi pihak hosting..tapi saya batalkan niat untuk menghubungi pihak hosting. Bila masalah tak juga selesai saya ambil keputusan untuk menggunakan sahaja theme yang lama. Adakah ini menyelasaikan masalah? Jawapannya tidak. Hampa lagi... hinggakan mood untuk blogging berkurangan. Jadi saya kuatkan semangat..tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Atas dasar tidak berputus asa..cogankata John Cena "Never Give Up"..saya cuba bereksperimen menggunakan cara saya. Pertama sekali saya catatkan page yang mengalami masalah. Cara pertama yang saya gunakan ialah delete page yang bermasalah. Saya cuba dulu untuk page about me. Dan saya buat semula page about me dan publish. Yes...settle masalah untuk page about me. Tapi bagaimana pula dengan page dan post lain.Kalau nak ikut cara pertama memang banyak juga kerjanya. So saya gunakan pendekatan yang kedua dan paling mudah. Cara yang saya gunakan ialah saya update page dan post artikel yang bermasalah. So akhirnya semuanya selesai.Saya buat satu persatu untuk update post yang ada. Nasib baik post kat blog saya ini masih lagi sedikit. Kalau dah beratus ha...jawablah sendiri.

Masalah yang saya anggap sangat besar mulanya rupa-rupanya boleh diselesaikan dengan logik akal sahaja.Tiada kaitan dengan teknikal dan coding yang memeningkan kepala. Cara ini mungkin sesuai untuk blog yang masih baru. Untuk blog yang sudah berumur lebih 1 tahun saya rasa kurang sesuai. Mungkin ada cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah sebegini dengan lebih mudah lagi. Apa kata kawan blogger yang lain? Pernahkah anda mengalami masalah yang sama dengan saya. Bagaimana cara penyelesaian anda ? Mari kongsi-kongsikan pengalaman anda. Semoga dapat membantu blogger baru seperti saya dan yang lainnya.

Jika nak share artikel masalah blog selepas tukar theme baru ini klik je butang share kat bawah.

Panduan membeli hosting di Profithoster

on 23 Jan 2012

Panduan membeli hosting di profithoster ini dah lama dah nak berkongsi. Sebelum ini aku ada menulis 'Panduan Membeli Domain dan hosting NetKL.com' . Panduan ini berguna kepada newbie dan kepada blogger yang baru nak berjinak membina blog menggunakan hosting sendiri. Walaupun ada banyak platform percuma untuk membina blog, tetapi menggunakan yang berbayar banyak kelebihannya. Tanpa membuang masa kita terus kepada langkah-langkah untuk membeli hosting di profithoster.com . Sebelum itu,jika anda newbie dan baru sahaja hendak berjinak dengan blog self-hosting ini saya cadangkan anda membaca 'Langkah awal sebelum membina blog' .

Langkah pertama layari laman web profithoster di sini . Paparan antara muka akan dipaparkan seperti di bawah ;

Panduan Profit Hoster 1

Anda perlu memilih pakej yang hendak anda beli. Antara pakej yang ditawarkan oleh profithoster ialah ;

panduan profit hoster

Anda boleh memilih pakej Mini 100MB, Mini 500MB, Standard 1GB dan Standard 5GB. Jika anda masih baru dalam dunia blogger saya cadangkan anda membeli Mini 100MB untuk anda belajar cara memasang blog wordpress anda sendiri. Biar permulaan yang kecil bila yakin dan berjaya menghasilkan blog yang banyak traffic anda boleh upgrade ke pakej yang lebih mahal. Setelah paasti pakej yang hendak di pilih anda klik 'Order Now'...seterusnya...

panduan profit hoster

Pada Langkah ini ada 3 pilihan. Saya cadangkan pada yang baru bermula membeli nama domain dengan profthoster. Jadi pilihan pertama hendaklah anda tandakan. Jika anda memilih pilihan kedua dan ketiga pastikan anda telah mempunyai nama domain. Kemudian masukkan nama domain pilihan anda. Kemudian anda klik butang 'Click to continue' .

panduan profit hosterPaparan di atas menunjukkan bahawa nama domain yang anda pilih masih lagi tiada orang memilikinya. Anda boleh terus klik butang 'Click to continue' untuk meneruskan pembelian.


Langkah ketiga ini anda perlu mengesahkan produk yang anda. Untuk biling cycle saya cadangkan anda memilih 12 bulan. Jika anda ingin membuat bayaran bulanan juga boleh tapi bagi saya ia amat melecehkan. Dan jika anda memilih untuk membuat 12 bulan/ 1 tahun sekali anda akan mendapat diskaun. Ini akan menjimatkan wang anda. Seterusnya kit akan per ke langkah yang seterusnya...

panduan profit hoster 2

Pastikan nama domain yang anda pilih betul. Pada langkah ini anda akan ditawarkan 3 tawaran daripada profithoster iaitu DNS Management (Free), Email Forwarding (Free) dan ID Protection (USD5.00) untuk tawaran pertama dan kedua saya sarankan anda tick kerana ianya percuma. Pilihan ketiga terpulang kepada anda. Jika anda ingin merahsiakan maklumat anda adalah lebih baik anda menerima tawaran yang ketiga. Jika ditanya pendapat saya, jawapannya ialah tidak perlu. Teruskan pembelian anda dengan klik butang 'Update Cart'. Kemudian anda akan di bawa ke langkah yang seterusnya.

panduan profit hoster

Jika anda perhatikan paparan di atas. Saya ada meletakkan Promotional Code. Pastikan anda menggunakan kod ini untuk pembelian pertama sahaja. Potongan harga akan diberikan sebanyak 20%. Saya harap saat anda membaca panduan membeli hosting di profit hoster ini kod ini masih lagi valid. Jika anda sudah masukkan kod promosi klik validate code dan kemudian klik ckeck out. Jika code yang anda masukkan masih valid. Harga yang sepatutnya anda bayar akan dipaparkan pada paparan seterusnya.


panduan profit hoster

Ini adalah langkah terakhir dimana anda perlu mengisi semua maklumat peribadi anda. Pastikan anda mengisi menggunaan maklumat yang benar bagi memudahkan anda berurusan dikemudian hari.  Untuk cara pembayaran anda boleh memilih menggunakan paypal atau membayar menggunakan bank tempatan. Jangan lupa tick Terms of service. Dan akhir sekali klik 'Complete Order" dan sila buat pembayaran.

Jika anda memilih untuk membuat pembayaran melalui paypal , pengesahan pembayaran tidak perlu di buat. Pembayaran melalui bank tempatan anda hendaklah menghantar bukti pembayaran kepada pihak profit hoster. Anda boleh login ke akaun profit hoster anda untuk melihat status akaun.

Seperkara lagi, anda akan menerima emel daripada pihak profithoster berkenaan dengan pembelian dan maklumat akaun anda. Pastikan anda simpan emel yang diberikan atau anda boleh kopipes maklumat yang diberikan dalam MS word atau notepade dan save. Simpan ditempan yang selamat. Lebih baik jika anda cetak sahaja maklumat yang diberikan untuk keselamatan akaun anda.

Jika anda ada sebarang masalah berkaitan dengan pembelian ini anda boleh tinggalkan dalan ruangan komen atau hubungi saya melalui borang ' Contact Me' . Harap artikel 'Panduan membeli hosting di profithoster' ini membantu anda yang masih lagi baru dalam mengenal erti domain dan hosting untuk membina blog. Jika artikel panduan membeli hosting di profithoster ini membantu anda , klik share pada butang di bawah.

Ada kuku dalam makanan !

on 22 Jan 2012

Nak kongsi cerita sikit dengan anda hari ini. Peristiwa ini berlaku semalam selapas aku balik sembahyang Jumaat.Kisahnya begini, selepas balik sembahyang Jumaat aku rancang mahu makan di sebuah kedai makan. Nama kedai makan aku rahsiakan bagi menjaga bisness orang. Mun ada yang tanya "Kenapa tak makan kat rumah jer? Sebenarnya semalam Isteri aku kerja shif pagi. Jadi makan tengah hari tak ade yang sediakan. Aku sendiri memang berat sikit nak kedapur he..he..Mungkin ada hikmat disebalik peristiwa ini.


Balik kepada cerita aku tadi..selepas balik dari sembahyang jumaat terus pegi kedai makan. Aku pesanlah nasi campur. Aku pesan sayur paku, sotong dan hati sapi masak kicap. Punyalah lapar perut terus belasah je makanan yang ada. Sambil menikmati hidangan yang ada tiba-tiba ada sesuatu yang di kunyah tapi tak hancur-hancur. Aku kunyah lagi..sambil berfikir, mungkin ini tulang ikan. Sangkaan aku merosot . Agak lama juga menguyah. Akhirnya aku berputus asa kerana apa yang dikunyah tak juga hancur dan boleh di telan. Jadi aku ambil keputusan untuk buangkan sahaja dari mulut. Bila sahaja dikeluarkan alangkah terkejutnya aku..yang aku kunyah adalah kuku pekerja kat sana. Sialan... perut aku rasa semacam ajer. Rasa nak muntah. Nak marah..aku bersabar jer kerana baru balik sembahyang jumaat tak sedap juga rasa hati nak marah-marah.

Lepas tu aku cepat-cepat nak tinggalkan kedai tu sebab aku terasa nak muntah. Datang kat rumah terus cari makanan yang boleh menghilangkan rasa mual aku. Bila teringatkat peristiwa ini memang selera makan aku menjadi kurang. Aku rasa adalah dalam 2-3 mm panjang kuku tu. Kalau rambut tu aku biasa nampak ni kuku..mak oii tolonglah jaga kebersihan sikit.

Ni aku nak bagi tau kat tauke-tauke kedai makan. Pastikan anda atau pekerja anda memotong kuku di rumah. Bukannya kat kedai makan semasa bekerja. Aku harap peristiwa yang berlaku kat aku ni tidak berlaku dengan orang lain. So berhati-hatilah kau orang bila makan kat luar. Kalau lihat dari segi luaran kedai makan tu memang bersih dan boleh di beri gred A. Tapi malangnya apa yang kita tidak sedar ialah sikap sambil lewa mereka tentang kebersihan diri.Pada saat inipun aku masih rasa lagi air liur kembang..he..he..

Bagaimana pula dengan anda. Ada tak jumpa benda asing dalam makanan semasa menjamu selera kat kedai. Jika ada kongsi diruangan komen di bawah...

Panduan Membeli Domain dan Hosting NetKL.com

on 17 Jan 2012

Sebelum ini saya ada menulis berkaitan dengan “Langkah Awal Sebelum Membina Blog”. Dalam artikel itu saya ada menyentuh berkaitan dengan domain dan hosting. Mungkin antara anda masih tidak faham bagaimana hendak membeli nama domain dan hosting. Di sini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana caranya hendak mebeli domain dan hosting di www.netkl.com. Mari kita ikuti langkah mudah di bawah :



1. Layari laman web netkl.com di sini . Kemudian pilih pakej yang hendak anda beli. Bagi newbie saya sarankan anda membeli pakej yang pertama iaitu pakej web hosting.

netkl-langkah 1 2. Seterusnya paparan seperti dibawah akan kelihatan dan anda klik order now. Pastikan anda memilih pakej yang sesuai untuk anda.

netkl-langkah 2

3. Pada langkah ini ada 3 option yang harus anda pilih. Pertama ‘I want NetKL network to register a new domain for me’. Jika anda belum mempunyai domain anda boleh memilih option pertama. Jika anda membeli pakej ini domain anda adalah percuma. Anda hanya perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM60.00 setahun untuk domain & hosting. Pakej yg amat murah . Jika anda sudah memiliki nama domain anda perlu memilih ‘I want to transfer my domain to netKL Network’. Jika anda memilih option yang kedua ini anda perlu mendapatkan epp code daripada syarikat tempat anda membeli nama domain. Ini adalah untuk tujuan pengesahan nama domain anda.

netkl-langkah 3 Anda juga boleh memilih option yang ketiga ‘I will update my nameservers on an existing domain or I will register a new domain’. Jika ini pilihan anda, anda perlu menukarkan nameservers domain anda dengan nameserver hosting netkl.com. Biasanya nameservers akan diberikan melalui emel selepas pembayaran dibuat.Sekiranya anda telah membuat pilihan seterusnya  klik ‘click to continue’.

4. Pada langkah ini anda hendaklah mempastikan bahawa poduct yang anda beli adalah betul seperti yang anda pilih. Jika sudah pasti anda boleh klik ‘add to cart’.

netkl-langkah 5

5. Seterusnya paparan berikut akan kelihatan. Klik tawaran untuk ‘ID protection’ kerana ia adalah percuma. Jika ada tawaran lain yang berbayar  anda boleh abaikan sahaja. Jika sudah pasti klik ‘update cart’.

netkl-langkah 6

6. Selepas itu rumusan untuk pembelian anda akan dipaparkan bagi memudahkan anda membuat semakan yang terakhir. Sila pastikan pakej dan bayaran yang dikenakan adalah seperti yang ditawarkan. Dalam pakej my silver ini pakej hosting berharga RM60.00 setahun dan domain RM0.00. Ini bermakna langganan tahunan anda bagi pakej ini adalah RM60.00 setahun.

netkl-langkah 7 Pada langkah ini anda boleh memulakan semula dari langkah 1 sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pilihan anda tadi. Jika anda mempunyai code promosi anda boleh masukkan dalam kotak “promotional code'” dan klik validate code untuk mempastikan sama ada code yang anda masukkan masih valid atau tidak. Kemudian jika semuanya betul anda boleh klik ‘checkout’.

7. Pada langkah ini anda dikehendaki mengisi semua maklumat anda. Jika anda sudah memiliki akaun di netkl anda hanya perlu login sahaja.

netkl-langkah 8

netkl-langkah 9  Untuk bahagian pembayaran anda mempunyai 3 pilihan. Sama ada ingin menggunakan ‘bank transfer’,Check atau paypal. Jika anda membayar menggunakan bank transfer anda hendaklah menghantar bukti pembayaran. Jika menggunakan paypal tidak perlu bukti pembayaran.

Selepas pembayaran dibuat anda akan mendapat emel daripada netKL berkenaan dengan maklumat hosting yang anda beli. Pastikan anda menyimpan maklumat yang diberikan supaya tidak hilang. Sebaiknya anda cetak maklumat yang telah di emelkan kepada anda.

Saya harap dengan panduan ini akan dapat membantu mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging dengan menggunakan domain dan hosting berbayar. Selamat berblog. Jika ada sebarang komen atau pertanyaan berkenaan dengan panduan pembelian domain dan hosting netkl.com ini anda boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.


Majlis Pecah Tanah Asrama Astro - SK Sungai Paku, Kapit

on 16 Jan 2012

SK Sg Paku, Kapit sangat bertuah kerana dipilih oleh pihak Astro Kasih sebagai sekolah pertama di Sarawak dan Ke-2 di Malaysia selepas Sabah untuk pembinaan asrama Astro. Majlis pecah tanah telah di rasmikan oleh Tan Sri Dr. James Jemut Masing pada 9 Jan 2012. Saksikan gambar semasa Majlis Pecah Tanah berlangsung.


sksp asrama astro 1

sksp asrama astro 2

sksp asrama astro 3

sksp asrama astro 5

sksp asrama astro 6

sksp asrama astro 7

sksp asrama astro 8

   sksp asrama astro 9

sksp asrama astro 10

sksp asrama astro 11

Kami warga SK Sungai Paku dan penduduk setempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak astro kerana telah menyediakan asrama untuk pelajar yang tinggal di pedalaman. Sebelum terlupa janji Tan Sri Dr. James Jemut Masing untuk pelajar yang menduduki UPSR pada tahun ini. Janji beliau ialah untuk pelajar yang mendapat gred A akan mendapat RM 100.00, gred B : RM 50.00 dan gred C : RM 30.00.

Semoga berjaya untuk semua warga SK Sungai Paku,buktikan sekolah di pedalaman juga boleh berjaya seperti sekolah-sekolah yang terletak di bandar.

Langkah Awal Sebelum Membina Blog

on 15 Jan 2012

Apakah langkah awal sebelum anda membina blog ? Adakah anda sudah memiliki blog ? Saya yakin banyak rakyat Malaysia sekarang ini memiliki blog sendiri. Samada ia blogspot (percuma) atau menggunakan blog berbayar (domain & hosting) dibeli. Dan saya juga percaya masih banyak lagi mereka yang mencari panduan untuk membina blog terutama panduan membina blog menggunakan hosting berbayar.Jika kita baru dalam dunia blogging ada beberapa perkara yang kita perlu tentukan sebelum kita membina blog sendiri. Di sini saya ingin berkongsi apakah persediaan atau langkah pertama sebelum membina blog. Artikel ini lebih kepada yang ingin membina blog menggunakan self-hosting.

Pertama sekali perkara yang wajib anda tahu ialah apakah blog dan wordpress. Tanpa memahami perkara asas bekaitan blog dan wordpress ia akan menyulitkan anda untuk melakukan perkara-perkara yang berkaitan selepas itu. Di sini saya tidak akan terangkan apakah blog dan wordpress kerana saya percaya jika anda mencarinya di google ada banyak blogger yang menulis berkaitan dengan perkara ini.

Sebelum anda membina blog atau laman web anda haruslah menentukan apakah tujuan anda membina blog. Ada orang membina blog untuk blog peribadi, perniagaan, berkongsi maklumat, politik, dan meulis berkaitan dengan minat.Menentukan tujuan membina blog ini amat penting kerana ia akan menentukan halatuju blog anda nanti. Paling senang jika anda baru bermula ialah anda membina blog peribadi dan menulis apa yang anda minat.

netkl-anjangman

Seterusnya ialah membeli domain dan hosting. Domain ini secara ringkasnya ialah alamat laman web atau blog anda. Contohnya pada blog ini saya mengunakan domain anjangman.com . Tanpa domain orang tidak akan dapat mencari blog atau laman web anda. Bayangkan jika rumah anda tiada alamat. Bagaimana orang nak sampai ke rumah anda. Jadi domain amat penting. Untuk memilih nama domain juga hendaklah bertepatan dengan tujuan anda membina blog. Sebagai contoh jika anda bertujuan membina blog peribadi adalah lebih baik menggunakan nama sendiri. Jika blog bertujuan untuk perniagaan belilah domain yang berkaitan dengan perniagaan yang anda jalankan. Tip untuk memilih nama domain. Cari nama domain yang ringkas dan senang untuk diingat dan dieja atau gunakan nama anda sendiri untuk blog peribadi. Dapatkan nama domain anda di NETKL .

Hosting pula ialah ibarat tapak rumah anda. Jadi domain dan hosting ini tidak dapat dipisahkan jika kita ingin membina blog sendiri. Jadi dapat saya ibaratkan di sini domain – alamat, hosting – tapak rumah dan blog/laman web – rumah. Jika kita dah ada domain dan hosting maknanya bila-bila masa kita boleh membina blog atau laman web yang kita nak. Nasihat saya jika anda baru nak bermula saya cadangkan anda membeli domain dan hosting pada syarikat yang sama. Anda boleh lihat di sini atau kat sini.

Ini adalah merupakan langkah awal sekiranya anda ingin membina blog self-hosting anda sendiri. Entri seterusnya saya akan berkongsi panduan yang seterusnya sehingga anda berjaya membina blog anda sendiri. Anda boleh tinggalkan komen jika anda sebarang pertanyaan berkenaan dengan artikel ini.

Lajukan Internet dengan Mengubah Setting DNS.

on 10 Jan 2012

Salam semua,


Sebelum ini saya ada membuat satu artikel bertajuk 'Tips lajukan firefox semasa melayari internet' . Sebelum tu nak ucap terima kasih pada Cik Sukan dari forum carigold.com kerana telah berkongsi tips 'Lajukan Internet dengan Mengubah Setting DNS'. Terus terang  saya katakan saya tidak mencuba tips yang diberikan ini di windows 7 / vista / xp. Saya hanya menggunakan DNS server IP dari google(8.8.8.8 & 8.8.4.4)  untuk Macbook pro saya bagi melayari laman web yang  di block oleh kerajaan.


Tanpa membuang masa kita ikut  tips di bawah :

Tips lajukan firefox semasa melayari Internet

on 8 Jan 2012

Tips lajukan firefox semasa melayari internet. Tips ini hanya  untuk penguna firefox bagi menambahkan kelajuan semasa melayari internet. Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan pada tetapan about:config firefox. Tips ini sebenarnya dah lama tapi saya percaya masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana hendak membuat tetapannya.Tetapan ini telah di uji pada firefox versi 9.0.1 ke bawah. Anda boleh mengikuti tips-tips di bawah. Selamat mencuba.


1. Apa yang perlu anda lakukan ialah taipkan about:config kat ruangan address dan klik enter.Seperti di tunjukkan rajah di bawah :

Hari Terakhir Cuti Sekolah

on 3 Jan 2012

Assalamualikum dan salam 1 Malaysia,


Hari ini adalah merupakan hari terakhir cuti sekolah. Hari ini juga adalah hari terakhir untuk ibubapa dan pelajar membuat persedian untuk menempuh hari pertama persekolahan 2012. Jadi bagi guru-guru yang telah lama bercuti selamat kembali bertugas. Bagi yang mengajar dan berjauhan dari keluarga mungkin pelbagai perasaan yang ada pada masa ini. Ada juga yang rasa malas dan kurang bersemangat untuk kembali bertugas. Hanya yang empunya diri tahu he..he.. Tak kurang juga yang bersemangat tinggi malah ada yang dah sampai kat sekolah 1 minggu yang lepas.


WordPress Reciprocal Link - Tukar Link Secara Automatik

on 1 Jan 2012

Pertukaran link adalah salah satu kaedah yang paling penting untuk meningkatkan populariti blog anda dan mendapatkan lebih banyak trafik untuk laman web atau blog anda. Anda boleh melakukan pertukaran link  secara manual atau dengan menggunakan beberapa skrip pertukaran link.


Sebenarnya saya lebih suka menggunakan script untuk membuat automatik link exchange. Puas juga mencari di google tapi kebanyakkan link sudah tidak wujud dan script yang berbayar.
 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved