Apakah langkah awal sebelum anda membina blog ? Adakah anda sudah memiliki blog ? Saya yakin banyak rakyat Malaysia sekarang ini memiliki blog sendiri. Samada ia blogspot (percuma) atau menggunakan blog berbayar (domain & hosting) dibeli. Dan saya juga percaya masih banyak lagi mereka yang mencari panduan untuk membina blog terutama panduan membina blog menggunakan hosting berbayar.Jika kita baru dalam dunia blogging ada beberapa perkara yang kita perlu tentukan sebelum kita membina blog sendiri. Di sini saya ingin berkongsi apakah persediaan atau langkah pertama sebelum membina blog. Artikel ini lebih kepada yang ingin membina blog menggunakan self-hosting.
Pertama sekali perkara yang wajib anda tahu ialah apakah blog dan wordpress. Tanpa memahami perkara asas bekaitan blog dan wordpress ia akan menyulitkan anda untuk melakukan perkara-perkara yang berkaitan selepas itu. Di sini saya tidak akan terangkan apakah blog dan wordpress kerana saya percaya jika anda mencarinya di google ada banyak blogger yang menulis berkaitan dengan perkara ini.
Sebelum anda membina blog atau laman web anda haruslah menentukan apakah tujuan anda membina blog. Ada orang membina blog untuk blog peribadi, perniagaan, berkongsi maklumat, politik, dan meulis berkaitan dengan minat.Menentukan tujuan membina blog ini amat penting kerana ia akan menentukan halatuju blog anda nanti. Paling senang jika anda baru bermula ialah anda membina blog peribadi dan menulis apa yang anda minat.
Seterusnya ialah membeli domain dan hosting. Domain ini secara ringkasnya ialah alamat laman web atau blog anda. Contohnya pada blog ini saya mengunakan domain anjangman.com . Tanpa domain orang tidak akan dapat mencari blog atau laman web anda. Bayangkan jika rumah anda tiada alamat. Bagaimana orang nak sampai ke rumah anda. Jadi domain amat penting. Untuk memilih nama domain juga hendaklah bertepatan dengan tujuan anda membina blog. Sebagai contoh jika anda bertujuan membina blog peribadi adalah lebih baik menggunakan nama sendiri. Jika blog bertujuan untuk perniagaan belilah domain yang berkaitan dengan perniagaan yang anda jalankan. Tip untuk memilih nama domain. Cari nama domain yang ringkas dan senang untuk diingat dan dieja atau gunakan nama anda sendiri untuk blog peribadi. Dapatkan nama domain anda di NETKL .
Hosting pula ialah ibarat tapak rumah anda. Jadi domain dan hosting ini tidak dapat dipisahkan jika kita ingin membina blog sendiri. Jadi dapat saya ibaratkan di sini domain – alamat, hosting – tapak rumah dan blog/laman web – rumah. Jika kita dah ada domain dan hosting maknanya bila-bila masa kita boleh membina blog atau laman web yang kita nak. Nasihat saya jika anda baru nak bermula saya cadangkan anda membeli domain dan hosting pada syarikat yang sama. Anda boleh lihat di sini atau kat sini.
Ini adalah merupakan langkah awal sekiranya anda ingin membina blog self-hosting anda sendiri. Entri seterusnya saya akan berkongsi panduan yang seterusnya sehingga anda berjaya membina blog anda sendiri. Anda boleh tinggalkan komen jika anda sebarang pertanyaan berkenaan dengan artikel ini.
boleh juak guna domain, point ke hosting blogspot..
ReplyDeletepanduan berguna ni...
ReplyDeletedulu aku beli domain dan sewa hosting bulan April 2008.. buat blog guna blogspot pada Jun 2009, lepas tu bulan Oktober 2009 baru guna wordpress dan domain tu.. kena ambil masa yang panjang untuk mendalami ilmu self hosting dan wordpress...
bro pakai netkl ker, saya pon, tp sejak akhir ni blog loading slow, saya ingat nak pindah hosting
ReplyDeleteUtk blog ini saya guna profithoster.com. Blog saya yg satu lagi saya guna netKL.Setakat ini saya guna ok jer.Loading blog slow byk faktor penyebab.Mungkin bkn sbb hosting blog Juan slow. Check dulu..
ReplyDeleteYa..tapi aku blm pernah cuba lagi.
ReplyDeleteTq. Byk yg terkapai2 bila nak berubah dr blogsopt ke wordpress self-hosting.
ReplyDeleteaku pun pakai netkl. memang bagus netkl ni. hehe..
ReplyDeleteBagi aku netKL mmg terbaik kat M'sia..
ReplyDeleteTerima kasih untuk ini tips!Ini adalah sangat membantu tips untuk semua newbie yang masih berfikir tentang bagaimana mereka boleh membina blog mereka sendiri.
ReplyDelete