Majlis penutupan program transisi dan guru penyayang Tahun 1 2012 SK Sungai Paku Kapit.
SK Sungai Paku, Kapit - Tahniah diucapkan kepada semua guru dan staf sokongan kerana telah berjaya menjalankan program transisi untuk murid tahun 1. Dari hari pertama persekolahan hinggalah majlis penutupan semua pihak telah memberikan kerjasama yang agak baik untuk menjayakan program ini. Saya harap kerjasama yang erat ini akan terus terjalin untuk menjayakan visi dan misi sekolah. Walaupun jauh di pedalaman kami tenaga pengajar dan staf sokongan cuba memberi yang terbaik untuk anak-anak di pedalaman supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan ini.
Tiada kata yang dapat diungkapkan cuma beberapa gambar ini mungkin dapat memberikan gambaran tentang kejayaan program ini.
Inilah dia antara anak-anak yang berada di tahun 1 2012. Semuanya 10 orang. 3 Perempuan dan 7 lelaki. Nampak ceria dan bersemangat. 9 orang daripada mereka tinggal di asrama. Bayangkan umur yang baru 7 tahun dan masih amat memerlukan ibubapa di sisi sanggup berjauhan dengan ibu bapa untuk tinggal di asrama. Inilah kecekalan hati murid-murid kami yang didik dari kecil untuk berdikari.
Sukaneka Program Transisi
Ini adalah gambar sebelum acara sukaneka di adakan. Saya sempat bergambar dengan ahli kumpulan kami. Kumpulan kami diberi nama "power ranger" dan telah menjadi Johan sukaneka murid tahun 1.Tahniah untuk kumpulan power ranger "Sebastian, Idi Rano dan Rolanna" .
Acara bawa bola dalam kon. Seronok juga bersukan dengan budak-budak. Sukaneka ini juga melibatkan guru, aks dan ibubapa. Laju sangat berlari sampai bola terjatuhpun tak perasan. Cepat ambil boleh yang jatuh tu.......
Ini pula ialah lumba bawa bungkusan atas kepala. Berlaripun tak jatuh, apa petua yang di guna oleh budak Leo tu.
Acara tarik bola menggunakan gelung rotan (sekarang guna plastik) dah biasa sebut gelung rotan he..he..kalau sebut gelung plastik macam tak mengena bunyinya. Atau benda ni ada nama lain.
Lawatan dan Pameran Kelas Tahun 1
Setelah sukaneka tamat, semua murid diminta pergi mandi dulu dan bersiap-siap untuk acara lawatan ke kelas Tahun 1. Semua guru, aks (staf sokongan), ibubapa dan murid tahun 1 melawat kelas dan melihat hasil kerja mereka. Gambar di atas ialah Penolong Kanan Kurikulum ( Cikgu Sulang ak Usat ) sedang memotong reben bagi merasmikan lawatan ke kelas tahun 1. Guru Besar masa ini sedang cuti belajar untuk Pensiswazahan Guru Besar di UITM Samarahan jadi beliau tidak dapat bersama kami untuk kemuncak program transisi Tahun 1.
Inilah dia sebilangan ibubapa yang hadir dan melawat kelas tahun 1 sambil memerhatikan hasil kerja anak-anak mereka sepanjang program transisi dilaksanakan. Dengan adanya pameran hasil kerja murid ini diharap ibubapa dapat menilai anak-anak mereka dan dapat membantu guru-guru untuk mengatasi kelemahan anak mereka supaya anak mereka tidak ketinggalan dari segi akademik.
Antara hasil kerja murid yang dipamerkan dalam kelas tahun 1. Harap suatu hari nanti ada hasil kerja daripada murid-murid ini akan dipamerkan diperingkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah permulaannya. Insyallah.
Acara kemuncak Majlis penutupan program transisi. Semua guru, aks, ibubapa dan murid-murid berkumpul di dewan makan. Murid menerima hadiah dan penghargaan seperti kehadiran 100%, murid paling kemas, murid paling aktif, dan murid contoh. Mereka juga menerima hadiah untuk sukaneka yang telah diadakan.
Banyak lagi gambar yang tidak dapat di muat naik...kalau banyak sangat gambar nanti blog aku jadi slow pulak. Jadi cukuplah sahaja di sini sebagai kenang-kenangan program transisi dan guru penyayang 2012.
Oh, blog seorang guru rupanya. Semoga sukses ya
ReplyDeleteTahniah Man kerana dapat mempamerkan ini dalam blog anda dan dapat dikongsikan bersama rakan. Boleh disimpan dalam blog sekolah.
ReplyDeleteTerima kasih C.Sulang,nanti ltk kat portal sekolah.
ReplyDeleteIa benar-benar kelihatan seperti kanak-kanak mempunyai masa yang hebat bermain dan melakukan beberapa perkara.Gambar-gambar indah!
ReplyDelete