Panduan Install Blog Wordpress

on 24 Jan 2012

Panduan Install Blog Wordpress ini adalah kesinambungan daripada artikel saya yang sebelum ini iaitu panduan membeli domain dan hosting di netkl.com dan panduan membeli hosting di profithoster .  Saya harap dengan panduan blog ini nanti dapat membantu newbie membina dari mula sehingga berjaya menghasilkan sebuah blog wordpress sendiri. Sekiranya anda telah membeli domain dan hosting, ini bermakna anda sudah bersedia untuk membina blog wordpress anda sendiri. Jika belum dapatkan domain dan hosting anda di profithoster atau netkl.

Pertama sekali anda perlu login di halaman Cpanel anda..url cpanel biasanya ada dihantar oleh pihak penyedia hosting berserta dengan username dan password sekali. Setelah login, anda akan dibawa ke antaramuka cpanel anda. panduan membina blogSekiranya anda menggunakan hosting yang disediakan oleh pihak netkl perisian yang digunakan untuk install wordpress dinamakan sebagai softaculous. Manakala untuk profithoster menggunakan fantastico. Bagi tutorial panduan ini saya akan menggunakan softaculous sebagai contoh. Lihat gambar berikut untuk memudahkan anda.

panduan membina blog

Cari softaculous atau fantastico dalam kategori software/services di Cpanel anda. Pastikan rajah gambar dibawah untuk install wordpress menggunakan fantastico.

panduan instal wordpress fantastico

Jika anda menggunakan penyedia hosting yang lain selain dari netkl atau profithoster. Cara yang digunakan adalah sama. Kebanyakkan penyedia hosting menggunakan software fantastico dan softaculous untuk install blog jika kita menggunakan wordpress.

Selepas anda kik softacolous atau fantastico anda akan dibawah kehalaman untuk install wordpress. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik --> blog --> wordpress --> install . Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut cara pemasangannya anda boleh pilih kilk demo. Sebelum wordpress di install anda dikehendaki mengisi beberapa maklumat berkenaan dengan blog anda seperti di tunjukkan pada gambar di bawah ;


panduan install wordpress



Choose Protocol -Untuk bahagian setup protocol saya cadangkan untuk blog kita memilih untuk menggunakan http:// tanpa www. Jangan risau dengan tanpa www atau ada www.

Choose Domain - Jika anda ada banyak domain anda pilih salah satu daripada domain yang ingin anda install wordpress.

Inderectory - Pada ruangan ini ada boleh gunakan biarkan kosong atau namakan directory anda.

Database Name - Masukkan apa-apa nama untuk database anda. Atau anda biarkan ia pada nilai default.

Table Prefix - Biarkan default atau anda boleh ubah. Cadangan saya biarkan default sahaja.

Untuk bahagian Site Setting anda boleh membuat tetapan terus atau biarkan sahaja dalam keadaan default. Ini kerana bahagian ini anda boleh ubah bila-bila masa sahaja dalam akaun wordpress anda nanti. Pastikan anda telah memilih Site Name dan Site Description dengan tepat iaitu ia hendaklah berkaitan dengan blog anda. Bahagian ini nanti akan mempengaruhi SEO blog anda nanti.

Untuk bahagian admin account anda perlu namakan semula. Jangan gunakan username default iaitu admin kerana mengikut pemahaman saya ia akan mudah dihack oleh kaki hacker. Gunakan nama username anda. Ciptakan password yang kuat. Ini bagi mengelakkan blog anda mudah diceroboh oleh hacker. Sedikti tips untuk mencipta password. Pastikan pasword yang anda gunakan mengandungi sekurang-kurangnya lapan character. Pasword anda juga mesti mengandungi gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Contohnya AbYz19&$ .

Pada ruangan admin emel anda boleh biarkan default atau gunakan emel yang biasa anda gunakan atau cipta satu emel khas untuk blog anda. Sebelum anda klik butang install anda boleh masukkan emel diruangan 'E-mail Installation detail ' untuk menerima maklumat berkenaan akaun wordpress yang telah anda install. Jika anda sudah pasti dengan maklumat yang anda telah masukkan anda boleh klik install. Proses ini akan mengambil masa beberapa minit dan bergantung dengan kelajuan internet anda.

Akhirnya anda berjaya membuat blog anda dengan menggunakan wordpress self-hosting. Tahniah saya ucapkan. Untuk setting blog anda nanti saya akan cuba membuat satu pandaun ringkas sebagai panduan untuk anda. Saya harap Panduan Install Blog Worpress ini bermanfaat untuk anda dan jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.

Ranking: 5

{ 12 comments... read them below or add one }

  1. nang senang install wordpress..

    ReplyDelete
  2. Benjy belum berkemampuan nak sewa hosting lagi, sekarang ni hanya guna blogspot je :D

    ReplyDelete
  3. Tak apa benjy.Nanti bila dah ada modal boleh guna..

    ReplyDelete
  4. nang senang..sbb kita dah guna.

    ReplyDelete
  5. Panduan berguna bagi yang baru nak berjinak2 dengan WP ni

    ReplyDelete
  6. Panduan mmg khas utk yg nak berjinak dgn WP dan utk beralih arah dr guna blogspot @ wordpress.com ke WP self-host.

    ReplyDelete
  7. ya lah guna iklan di blog..
    support bayar sewa tahunan..

    ReplyDelete
  8. Blog aku blm ada iklan Mus..buat masa tuk blog aku blm ada iklan lagi. Tunggu mun dah lebih 3 bln umur blog.Akupun nak letak iklan juak.

    ReplyDelete
  9. Panduan berguna untuk beginner, first time saya guna wordpress dulu memang terkial-kial sampai beli eBook panduan yang tak berapa berguna

    ReplyDelete
  10. Aku dulupun pernah beli e-book. Dulu2 panduan percuma kurang. Bila org dah byk bina blog. Byk panduan percuma.

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved