Masalah Blog Selepas Tukar Theme Baru

on 24 Jan 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hari ini gatal tangan pula rasa nak menukar theme blog. Setelah saya menukar theme baru dan saya memilih retina theme untuk blog saya ini. Setelah semua tetapan dibuat termasuk menukar header saya pun logout dari dashboard wordpress. Lihat blog masa login akaun wordpress memang tidak ada yang janggal di lihat pada blog apabila kita preview perubahan yang kita buat. Masalah mula timbul bila saya preview blog setelah logout akaun wordpress.

Masalahnya ialah untuk page about me, exchange link dan sitemap bila diklik theme lama masih lagi keluar. Bukannya theme baru yang telah digunakan. Masalah ini juga melibatkan beberapa post artikel saya yang lepas.Mula-mula ingatkan masalah cache. Saya cuba untuk clear cache browser dan juga blog saya. Masalah yang sama tetap timbul. Pening juga dibuatnya. Untuk memastikan masalah ini bukan datangnya dari komputer saya, terus saya cuba menggunakan netbook dan juga pc lain untuk preview blog saya. Dan masalah yang sama juga ada. Ini bermakna sesiapa sahaja yang melawat blog saya mungkin akan melihat masalah ini.

Hampir dua jam saya mencari penyelesaian bagi masalah ini. Cuba mencari di google..tapi hampa kerana tidak menjumpai penyelesaiannya. Saya juga ada terbaca kat sebuah blog ia mengatakan cuba deactivate kan semua plugin yang digunakan. Cara ini saya gunakan tapi ia juga tidak berkesan. Kemudian ada juga yang yang saya baca mengatakan cuba tukar guna default theme iaitu guna theme twenty ten atau twenty eleven. Setelah mencuba ia juga tidak berjaya.

Setelah berfikir dan saya mengambil keputusan untuk menghubungi pihak hosting..tapi saya batalkan niat untuk menghubungi pihak hosting. Bila masalah tak juga selesai saya ambil keputusan untuk menggunakan sahaja theme yang lama. Adakah ini menyelasaikan masalah? Jawapannya tidak. Hampa lagi... hinggakan mood untuk blogging berkurangan. Jadi saya kuatkan semangat..tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Atas dasar tidak berputus asa..cogankata John Cena "Never Give Up"..saya cuba bereksperimen menggunakan cara saya. Pertama sekali saya catatkan page yang mengalami masalah. Cara pertama yang saya gunakan ialah delete page yang bermasalah. Saya cuba dulu untuk page about me. Dan saya buat semula page about me dan publish. Yes...settle masalah untuk page about me. Tapi bagaimana pula dengan page dan post lain.Kalau nak ikut cara pertama memang banyak juga kerjanya. So saya gunakan pendekatan yang kedua dan paling mudah. Cara yang saya gunakan ialah saya update page dan post artikel yang bermasalah. So akhirnya semuanya selesai.Saya buat satu persatu untuk update post yang ada. Nasib baik post kat blog saya ini masih lagi sedikit. Kalau dah beratus ha...jawablah sendiri.

Masalah yang saya anggap sangat besar mulanya rupa-rupanya boleh diselesaikan dengan logik akal sahaja.Tiada kaitan dengan teknikal dan coding yang memeningkan kepala. Cara ini mungkin sesuai untuk blog yang masih baru. Untuk blog yang sudah berumur lebih 1 tahun saya rasa kurang sesuai. Mungkin ada cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah sebegini dengan lebih mudah lagi. Apa kata kawan blogger yang lain? Pernahkah anda mengalami masalah yang sama dengan saya. Bagaimana cara penyelesaian anda ? Mari kongsi-kongsikan pengalaman anda. Semoga dapat membantu blogger baru seperti saya dan yang lainnya.

Jika nak share artikel masalah blog selepas tukar theme baru ini klik je butang share kat bawah.

Ranking: 5

{ 10 comments... read them below or add one }

  1. Akupun macam tu juga dulu2.. time tukar theme blog jumpa macam2 problem.. tapi tu semua akan jadi pengalaman dan tambah pengetahuan kita urus blog.. yang penting macam bro kata.. jangan pernah putus asa..

    ReplyDelete
  2. Mungkin ini adlh asam garam dlm dunia blogging.Pengajaran yg aku dpt hari ini. Jangan selalu tukar theme blog.

    ReplyDelete
  3. normal la tu. Kita semua belajar dari kesilapan. :)

    ReplyDelete
  4. kamek dah jarang ngubah theme. theme knek tok dah kmk guna hampir setahun. theme dah dicustomize, syg nak nukar.

    ReplyDelete
  5. Mus, tok gara2 mbak kmk blogwalking, tapi theme baru tuk nampak kemas dan clean agik kmk rasa.Pas tuk rasanya sik maok gik nukar theme.Byk gik benda maok di set mun nukar baru. jerak kmk...

    ReplyDelete
  6. Kesilapan mengajar kita menjadi lebih mahir & berilmu..btl tak cikgu.

    ReplyDelete
  7. aku dah masuk tahun kedua guna theme yg sama
    banyak masa dan tenaga kalau nak tukar

    ReplyDelete
  8. Selalu tuka theme memang tak bagus,.. banyak link broken lebih2 lagi kalau blog yang dah banyak post dan yang guna premium theme. Kebanyakan premium theme sekarang guna "shorcode".

    ReplyDelete
  9. Ya btl..itu yg penting masa mula2 nak bina blog.

    ReplyDelete
  10. Pernah sekalicuba tukar thema. Banyak benda yg hilang. panik kejap. tapi kena rajin godek2 dan cari pyelesaian. Nasihat sya, tak perlu tukar thema selalu sangat :-)

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved