Wordless Wednesday - Dapur gas keluaran apple

on 25 Jul 2012

Dapur Keluaran Apple

Dapur Apple

Pelajar boleh bawa telefon bimbit ke sekolah

on 23 Jul 2012

Keputusan Kementerian Pelajaran untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad kesekolah telah mendapat banyak reaksi yang positif dan negatif dari kalangan ibu bapa. Kebenaran ini mungkin akan berkuatkuasa pada 2013. Walaupun tujuan kementerian adalah baik dan salah satu alasannya ialah untuk keselamatan pelajar.

Bagi pihak pelajar mungkin ini satu berita gembira yang mereka. Walaupun di larang kebanyakkan pelajar sekarang mempunyai telefon bimbit dan membawanya ke sekolah secara sembunyi-sembunyi. Tapi dengan pengumuman ini pelajar adalah antara yang menerima berita ini dengan gembira.

Apa yang menjadi masalah sekarang ialah pihak pentadbir sekolah dan guru-guru. Saya rasa perlu juga pihak kementerian mendapat pandangan daripada guru-guru kerana yang akan menerima padahnya jika pelajar boleh membawa telefon bimbit akan memberi kesan kepada pihak guru. Guru akan berada dalam keadaan serba salah. Kerana pelajar boleh merakam video dan mengambil gambar dan menghantar ke youtube video-video yang tidak baik.

Perkara ini pihak kerajaan harus meneliti dengan lebih mendalam lagi kerana pada pandangan saya ia lebih banyak keburukkan dari kebaikkan.

JIka pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit atau iPad kesekolah adalah sukar untuk guru-guru membentuk pelajar menjadi modal insan yang baik dan menguatkuasakan undang-undang . Maklum sahaja jika dibenarkan membawa telefon bimbit pelbagai aksi guru nanti akan dapat di jadikan sebagai bukti. Semakin banyaklah kes saman menyaman nanti. Dan banyak jugalah video-video yang tak baik nanti (18 sx) di youtube. Bayangkanlah budak-budak sekolah yang berumur belasan tahun memang nakal mereka kadang-kadang susah nak diramal.

Lagipun dengan penggunaan telefon bimbit juga akan menganggu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Baru nak cakap Cikgu telefon bimbit dah berbunyi. Pelajar-pelajar sibuk main sms dan games. Pening kepala Cikgu nanti. Bilalah nak dapat mengajar. Bagaimana penumpuan pelajar dalam kelas kalau sibuk dengan telefon.

Penggunaan telefon bimbit di sekolah juga akan menyebabkan kes kecurian telefon dan mencuri duit ibu bapa juga meningkat. Jika ibu bapa mampu mungkin tidak menjadi masalah untuk membeli lelefon bimbit untuk anak-anak. Bagaimana pula dengan ibu bapa tak mampu. Hendak bayar yuran sekolahpun kebanyakkan ibu bapa merungut inikan pula nak menyediakan telefon bimbit. Kalau tidak ditunaikan permimtaan anak-anak, nanti lain pulak jadinya.

Kebaikkannya cuma apa yang saya lihat ialah ia akan memudahkan ibu bapa untuk menghubungi anak-anak. Ibu bapa boleh menghubungi anak-anak jika mereka lewat mengambil mereka atau memantau pergerakkan anak-anak. Tapi jika nak di bandingkan kebaikkan dan keburukkannya saya rasa lebih banyak negatif dari positif.

Jika kita taip di google kata kunci 'pelajar sekolah' memang amat memalukan kerana hasil carian adalah sangat tidak baik. Tak percaya cuba cari di google. Anda sendiri akan tahu jawapannya. Jangan kerana telefon bimbit di benarkan dibawa kesekolah kata kunci yang baik maknanya akan lebih menjurus kepada mencari perkara yang negatif di enjin carian. Kita tidak mahu suatu hati nanti bila taip pelajar sekolah di google ianya hanya dipenuhi oleh carian yang negatif.

Jadi apa pandangan anda, relevan atau tidak pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.


Benarkah komputer Apple selamat dari virus?

on 22 Jul 2012

Assalamualikum dan salam 1 Malaysia,

Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa. Ni adalah entri lepas besahur. Seperti mana tajuk Benarkah komputer keluaran Apple selamat ? Kalau baca soalan tu memang umum, selamat dari segi apa ? Biasanya kalau kita membicarakan keselamatan komputer, kebanyakkan kita akan berfikir berkenaan dengan virus. Bagi pengguna komputer apple jangan memandang ringan dengan virus, malware, spyware, scareware, worm atau trojan. Ini kerana komputer anda tidak selamat 100%.



Flashback Virus Mac OS

Flashback

(Image Credit: ShutterStock)
Jika anda pengguna produk apple kemungkinan komputer anda hilang adalah sangat tinggi. Kenapa ? Kerana harganya yang mahal. Rata-rata produk apple jika di jual balik (second hand) harganya masih tinggi, malah boleh di jual hingga 80% dari harga asal. Begitu juga dengan produk-produk apple yang lain. Ini adalah ancaman virus yang utama bagi pengguna produk apple. Ini yang di katakan malware offline..

Suatu ketika dulu, pengguna komputer apple telah diigemparkan dengan serangan malware pada komputer mereka. Secara umum kita boleh katakan komputer apple juga pernah diserang oleh 'virus'. Sebenarnya virus berbeza dengan malware. Oleh kerana orang kita dah biasa sebut secara umum virus ia merujuk kepada malware, spyware, scareware, worm dan trojon jadi senang cerita kita katakan komputer apple di serang virus. Nanti kalau ada kesempatan kita berbicara berkaitan perbezaan ini.

Malware yang menyerang komputer apple ini dinamakan sebagai Flashback. Ia merupakan satu perisian berniat jahat dan berfungsi untuk memanipulasikan sistem komputer kita. Kesan daripada jangkitan Flashback ini ialah akan berlaku kerosakkan pada sistem komputer dan berlakunya kecurian maklumat.

Tambahan buat masa kini pengguna Mac OS semakin bertambah dan tidak mustahil puak-puak pencipta virus, malware dan spyware ini akan menjadi aktif untuk cuba memusnahkan sistem komputer apple. Tapi yang nyata virus ciptaan untuk menyerang windows tidak akan dapat menjangkiti sistem komputer apple. Jika nak komputer apple dijangkiti virus ciptalah virus khas untuk sistem mac. Jadi pengguna apple jangan bangga sangat komputer apple tidak diserang virus.

Kesimpulannya, secanggih dan semoden manapun teknologi ia tidak akan selamat 100%. Ia sentiasa ada kekurangan kerana ia ciptaan manusia. Kita sebagai pengguna harus sentiasa berhati-hati. Bagi pengguna mac os rujuk di sini bagaimana nak tahu jika komputer telah di serang oleh flasback virus dan cara mengatasinya.

Join kontest Eyriqazz vs Denaihati - Saksikan secara live di Siaran astro 811.


Jadual Imsak dan Berbuka Puasa Sarawak 2012

on 14 Jul 2012

Assalamualaikum,

Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Ini bermakna kita akan berpuasa. Berkemungkinan kita akan mula berbuasa pada hari Sabtu depan 21 Julai 2012.

Selamat berpuasa semoga ibadah kita akan di terima olehNya. Jadual berbuka puasa Zon 4 Sarawak (  IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU, KANOWIT, KAPIT DAN SONG    ) .



[capt Jadual Berbuka Puasa Zon V[/caption]

Download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Sarawak 2012


Zon 1 : LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS

Zon 2 : NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI

Zon 3 : TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU

Zon 4 : IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU, KANOWIT, KAPIT DAN SONG

Zon 5 : BELAWAI, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN RAJANG

Zon 6 : KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH,PUSA, SARATOK, ROBAN

              DAN DEBAK

Zon 7  :  SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM

Zon 8  :  KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN

ZON KHAS : KG.ULU MERAPOK, KG.SUNGAI MERAPOK, KG.MANCHU, KG.BUKIT PUAN, KG.TANAH
SIBAGOL, KG.UNDOP, KG.SASA, KG. BUKIT MANANG, KG.MERAMBAI, KG.LIMPAKI,
MERAPOK, KG.BANGKATAN, KG.LADANG LALANG, KG.LEMPAKI TENGAH,
KG.LEMPAKI ASAL, KG.LANGUBAN DAN KG.PATARIKAN

Selamat Berpuasa dan download jadual berbuka puasa.

Perjuangan Belum Selesai - Eyriqazz vs Denaihati

on 8 Jul 2012

Eyriqazz vs Denaihati ?


Cabaran SEO eyriqazz vs denaihati semakin meriah dan semakin banyak blogger yang menyertainya. Saya pun sudah menyertai cabaran ini sekadar untuk menguji keberkesanan seo blog anjangman.com yang kini baru berumur 8 bulan. Kalau di kira umur bayi masih merangkak lagi belum pandai berjalan. Dengan teknik dan kemahiran SEO yang di miliki oleh blogger otai memang saya akui masih lagi banyak kelemahan yang ada pada blog ini dari segi SEO dan ia adalah kelemahan dari saya sendiri.


SEO - Saya pun baru nak praktik ilmu ini.


Apa yang saya faham terdapat dua jenis SEO. Yang pertama adalah SEO On page dan yang kedua adalah Off page. Dari apa yang saya baca juga terdapat banyak faktor yang mempengaruhi seo sesebuah blog. Antaranya ialah penggunaan theme blog yang mesra seo. Penggunaan H1, H2 dan H3 dalam petikan. Membuat pautan dan membina backlink.

Keyword yang di pertandingan iaitu Eyriqazz dan denaihati telah digunakan dalam cabaran ini. Bila saya menyemak di enjin carian google.com.my saya dapati blog yang berada di 1st ranking setakat entri ini di tulis ialah blog yang menggunakan platform blogspot dan bukannya wordpress.


Eyriqazz Vs Denaihati

SEO Eyriqazz vs Denaihati

Refleksi Eyriqazz vs Denaihati


Daripada cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini apa yang penting bagi saya ialah dapat mengoptimakan lagi SEO blog ini. Selain itu juga dapat berkenalan dengan rakan blogger yang lain.

Daripada penyertaan ini juga saya dapat banyak belajar perkara berkaitan dengan SEO yang pada mulanya saya tidak ambil kisah sangat. Tapi lepas ini saya akan cuba menumpukkan sedikit masa untuk mengkaji teknik SEO yang sebenarnya.

Kalah menang adat pertandingan apa yang penting kita dapat ilmu dan pengajaran dari cabaran seo eyriqazz vs denaihati. Di samping itu juga boleh menambahkan backlink blog dan bagi yang tiada idea inilah cara untuk memenuhi blog dengan entri terkini. Hidup eyriqazz vs denaihati.


Hadiah Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati


1st Prize - RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)

2nd Prize - RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )

3rd Prize - RM200 cash  + 5,000 trafik dari Denaihati.com
4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
6-7 Prize - RM50 Cash each
8-10 Prize - RM30 Cash
11-20 Prize - RM10 Cash

Entri Pilihan terbaik - RM100 Cash +  iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
Bagi sesiapa yang belum menyertai cabaran SEO eyriqazz vs denaihati jom sertai kerana berkemungkinan hadiah akan menjadi lebih menarik. Terima kasih Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.

Mac OS X Mountain Lion berharga US$19.99

on 6 Jul 2012

Mac OS X Mountain Lion


Rasanya belum sampai 1 tahun apple telah melepaskan Mac OS X Lion yang telah di jual di app store pada harga US$29.99. Dan kini semasa Persidangan Pemaju Sedunia WWDC 2012 yang lalu apple telah memperkenalkan sistem operasi komputer terkini mereka iaitu Mac OS X Mountain Lion yang berharga US$19.99. Jika ditukarkan dalam RM lebih kurang RM64.00.




[caption id="attachment_882" align="aligncenter" width="431"]Mac OS X Mountain Lion Mac OS X Mountain Lion 10.8[/caption]

Terlalu cepat mereka mengeluarkan OS terkini dengan menggunakan code 10.8. Saya pula rasanya belum habis lagi meneroka fungsi Mac OS X Lion yang telah saya beli pada bulan april yang lepas. Baru 3 bulan lebih menggunakan dah ada versi terkini. Adalah di khabarkan Mac OS X Mountain Lion akan di lepaskan pada 19 Julai 2012 dan hanya akan di jual di app store. Pihak apple tidak ada menjual dalam bentuk CD dan ia hanya boleh di beli di app store sahaja.


Di antara fungsi baru yang akan di masukkan dalam Mac OS  X Mountain Lion ialah 'Gatekeeper'. Ini merupakan fungsi baru yang diperkenalkan oleh pihak apple untuk melindungi Mountain Lion daripada serangan malware. Ia mempunyai pengesahan muat turun, pelayaran selamat safari, senarai hitam untuk aplikasi berbahaya dan sebagainya.


Reminder juga akan ditambahkan dalam Mac OS X Mountain Lion seperti yang ada dalam IOS 5 bagi membantu pengguna tentang perkara yang penting dan menjalankan sync dengan iCloud.


Banyak lagi kemaskini dan funsi terbaru yang diperkenalkan dalam Mac OS X Mountain Lion seperti iCloud, iMessage baru, Power Nap, Notes, Game Centre dan AirPlay Mirroring.


Adakah perlu dan berbaloi kita menghabiskan wang sebanyak lebih kurang RM64.00 untuk mengemaskini sistem Mac OS X yang kita ada. Bagi saya, lebih suka melihat penggunaan dan komen dari forum tentang penggunaannya dari segi positif dan negatif sistem yang baru ini lepas itu. Selapas itu barulah saya akan membuat keputusan sama ada hendak menukarkan Mac OS Lion yang saya gunakan sekarang kepada Mac OS X Mountain Lion.

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved