Benarkah komputer Apple selamat dari virus?

on 22 Jul 2012

Assalamualikum dan salam 1 Malaysia,

Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa. Ni adalah entri lepas besahur. Seperti mana tajuk Benarkah komputer keluaran Apple selamat ? Kalau baca soalan tu memang umum, selamat dari segi apa ? Biasanya kalau kita membicarakan keselamatan komputer, kebanyakkan kita akan berfikir berkenaan dengan virus. Bagi pengguna komputer apple jangan memandang ringan dengan virus, malware, spyware, scareware, worm atau trojan. Ini kerana komputer anda tidak selamat 100%.



Flashback Virus Mac OS

Flashback

(Image Credit: ShutterStock)
Jika anda pengguna produk apple kemungkinan komputer anda hilang adalah sangat tinggi. Kenapa ? Kerana harganya yang mahal. Rata-rata produk apple jika di jual balik (second hand) harganya masih tinggi, malah boleh di jual hingga 80% dari harga asal. Begitu juga dengan produk-produk apple yang lain. Ini adalah ancaman virus yang utama bagi pengguna produk apple. Ini yang di katakan malware offline..

Suatu ketika dulu, pengguna komputer apple telah diigemparkan dengan serangan malware pada komputer mereka. Secara umum kita boleh katakan komputer apple juga pernah diserang oleh 'virus'. Sebenarnya virus berbeza dengan malware. Oleh kerana orang kita dah biasa sebut secara umum virus ia merujuk kepada malware, spyware, scareware, worm dan trojon jadi senang cerita kita katakan komputer apple di serang virus. Nanti kalau ada kesempatan kita berbicara berkaitan perbezaan ini.

Malware yang menyerang komputer apple ini dinamakan sebagai Flashback. Ia merupakan satu perisian berniat jahat dan berfungsi untuk memanipulasikan sistem komputer kita. Kesan daripada jangkitan Flashback ini ialah akan berlaku kerosakkan pada sistem komputer dan berlakunya kecurian maklumat.

Tambahan buat masa kini pengguna Mac OS semakin bertambah dan tidak mustahil puak-puak pencipta virus, malware dan spyware ini akan menjadi aktif untuk cuba memusnahkan sistem komputer apple. Tapi yang nyata virus ciptaan untuk menyerang windows tidak akan dapat menjangkiti sistem komputer apple. Jika nak komputer apple dijangkiti virus ciptalah virus khas untuk sistem mac. Jadi pengguna apple jangan bangga sangat komputer apple tidak diserang virus.

Kesimpulannya, secanggih dan semoden manapun teknologi ia tidak akan selamat 100%. Ia sentiasa ada kekurangan kerana ia ciptaan manusia. Kita sebagai pengguna harus sentiasa berhati-hati. Bagi pengguna mac os rujuk di sini bagaimana nak tahu jika komputer telah di serang oleh flasback virus dan cara mengatasinya.

Join kontest Eyriqazz vs Denaihati - Saksikan secara live di Siaran astro 811.


Ranking: 5

{ 14 comments... read them below or add one }

  1. mmg xder sistem yg selamat..huhu

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Lagikan manusia boleh kena virus, inikan pulak komputer. Pakailah antivirus apapun klau takda langkah berjaga-jaga, akan kena juga.

    ReplyDelete
  3. Cara kita guna komputer tu yg penting.

    ReplyDelete
  4. Kenapa la yang suka sangat duk cipta virus tu..betul tu sekrg byk dah user guna produk apple..

    ReplyDelete
  5. masih mengimpi-impi nak guna imac, or apple macbook pro,. hidup ber'student sememangnya ada hadnya dari segi kewangan,. :P

    ReplyDelete
  6. Bisness bro, kalau tidak tutup kedai kompeni jual anti-virus he..he..he.

    ReplyDelete
  7. Insyaallah suatu hari nanti dpt beli satu.

    ReplyDelete
  8. Wow Apple! hehe, masih belum bisa beli :)

    ReplyDelete
  9. Ada rezeki nanti boleh dpt satu...

    ReplyDelete
  10. aku pernah pakai apple ni tapi kolej tempat aku belajar punya, tapi dari segi kekebalan memang agak sukar virus masuk..tapi seingat aku dulu ada sejenis virus yang dipanggil "adam" boleh melumpuhkan system operasi apple..itu dulu lah...tapi best pakai apple owh bunyi,grafik dia clear, aku guna apple sebab masa tu aku belajat graphic design dekat kolej icats...,ada rezeki mahu gak rembat sebijik..tapi dengar harga sekarang paling murah rm 3,000

    ReplyDelete
  11. ML skrg lebih selamat lagi dr OS yg sblmnya...

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved