5 Sebab Graduan Baru Gagal Temuduga

on 31 Dec 2012

Salam Semua,

Selamat tahun baru 2013 untuk semua pembaca ( ada ker ?he..he..he..) dan rakan-rakan blog yang sudi singgah di blog ini. Saya doakan semoga tahun baru 2013 adalah merupakan tahun untuk anda merealisasikan segala impian yang belum tercapai.

Bila tahun baru menjelma memang kita tidak boleh lari dari memasang azam . Azam 2012 sudah tercapai atau belum. Kalau dah tercapai tu tahniah.Jika belum itu tandanya kejayaan yang tertangguh. Sabar dan terus berusaha, mungkin masanya belum tiba untuk kita berjaya.

Saya sebenarnya bukan nak berkongsi tentang azam ni. Alang-alang dah tulis artikel sentuh sedikit berkaitan azam. Balik kepada tajuk 5 sebab graduan baru gagal temuduga. Fakta ini adalah merupakan fakta yang saya dapat semasa taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada 11-12 Disember 2012.

Mari kita cuba kupas satu persatu sebab ini, semoga dapat membantu sedikit sebanyak persediaan anda sebagai graduan baru untuk menempuh cabaran bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang diidamkan. 

1. Permintaan gaji yang tidak realistik.

Bagi graduan baru persoalan gaji adalah perkara yang menjadi dilema. Bila temuduga dan ditanya berapa gaji yang diingini. Ini akan menjerat anda. Salah sebut nilai kecewalah selepas itu. Bagi saya jika anda baru hendak memulakan kerja terutama dengan syarikat swasta janganlah terlalu menetapkan gaji yang terlalu tinggi dan tidak realistik.

Pendapat saya, penetapan gaji ini adalah bergantung kepada jenis kerja yang dipohon. Sekiranya anda masih berminat untuk memohon gaji yang tidak realistik anda mohon kerja dengan pihak bank. Minta bahagian jualan atau pinjaman/kad kredit. Anda boleh minta berapa sahaja gaji 10K, 20K terpulang pada anda. Ini kerana gaji anda nanti akan ditentukan oleh komisyen yang anda dapat. Semakin banyak pelanggan anda semakin besar gaji anda.

2. Perwatakan, sikap dan personaliti pencari kerja yang tidak baik.

Sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana anda adalah lepasan Universiti dan saya pasti anda sendiri faham apa yang dimaksudkan. Perwatakan anda akan menggambarkan sikap dan personaliti anda.

Kalau perwatakan anda orang tak suka, apa boleh buat memang susahlah nak dapat kerja. Jadi penampilan diri hendaklah kemas, bersih, rambut bagi lelaki jangan panjang. Bagi perempuan janganlah guna pakaian yang seksi semasa temuduga. Solekan pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai nampak macam badut bila bersolek. Jangan lupa senyum selalu.

Satu lagi jangan pandang rendah pada kerani yang bertugas masa temuduga kerana mereka ini juga akan mempengaruhi keputusan temuduga anda nanti.

3. Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.

Point ni susah sikit nak ulas. Sebab saya pun kantoi subjek ni. Apalagi nak speaking. Boleh tu boleh tapi lintang pukang jadinya. Main hentam je salah ke betul kemudian kira. Tapi untuk temuduga tidak bolehlah main hentam je kan. Memang susahlah nak dapat kerja kalau bahasa Inggeris jadi taruhan. Senang cerita kalau Bahasa Inggeris kantoi minta kerja kerajaan je jawabnya. Sebab temuduga gerenti guna Bahasa Melayu.

4. Kurang kemahiran komunikasi yang baik.

Masalah ini mungkin disebabkan oleh banyak faktor. Mungkin artikel dari denaihati ini boleh memberi gambaran berkaitan dengan kemahiran komunikasi ini. Jadi mula bersosial dengan cara yang betul. Berkawanlah seramai mungkin, jangan nak main game je dan menghadap buku 24 jam. Ini kerana kemahiran berkomunikasi ini perlu dilatih setiap hari nanti tidaklah masa temuduga anda menjawab soalan macam anda menduduki ujian MUET.

5. Terlalu memilih pekerjaan atau syarikat untuk temuduga.

Sebagai permulaan untuk masuk ke dunia pekerjaan, graduan seharusnya tidak memilih pekerjaan atau syarikat untuk temuduga atau bekerja. Ini kerana perjalanan seorang yang baru graduan ialah mencari pengalaman bekerja sebelum menjumpai kerja yang betul-betul sesuai. Ini bermakna anda dah ada pengalaman temuduga dan juga pengalaman bekerja. Jadi bila dah dapat peluang pekerjaan yang diidamkan dan sesuai dengan ijazah yang diperolehi anda sudah bersedia sepenuhnya. Kadang-kadang minat pada pekerjaan akan datang kemudian.

Sambil menulis entri ini saya layan filem tamil bertajuk Nanban lakonan Vijay, Jeeva dan Srikanth yang menjadi pelakon utama. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari filem ini. Sebagai contoh 'Buat kerja apa yang kamu minat, kejayaan akan datang secara automatik'. Bagus filem ini, bagi yang masih bergelar pelajar saya sangat sarankan menonton filem tamil ini. Boleh layan kat youtube. Selamat menonton.

p.s Kenapa minda kita perlu ditanam lepas belajar tinggi-tinggi mesti cari kerja ? Kalau masih tak dapat kerja tu boleh usahakan di sini. Gaji lumayan dalam USD. Klik SINI.


Rebet Telefon Pintar RM200

on 28 Dec 2012

Salam Semua,

Rasanya hampir semua rakyat Malaysia dah tahu bahawa Kerajaan akan memberikan rebet untuk mendapatkan smartphone atau telefon pintar. Golongan belia yang berumur 21 hingga 30 tahun dan pendapatan tidak melebihi RM3,000 adalah layak untuk mendapatkan rebet ini.


Pastinya pemberian rebet ini akan mengembirakan banyak belia terutamanya yang belum memiliki telefon pintar. Jika masih guna Nokia 3310 bolehlah tukar kepada smartphone. Saya tak layak, ingat kalau dapat nak sambar iPhone 5 satu. Jual telefon lama Samsung S Advance + Rebet RM200 ambil iPhone 5 ringanlah sikit beban. Bukan kerana gaji lebih 3 ribu tapi umur dah lebih 30 tahun tu sebab tak layak.

SKMM akhirnya mengeluarkan senarai telefon pintar untuk Pakej Komunikasi Belia. Yang penting kat telefon tu nanti ada logo 1 Malaysia. Ringtone default lagu 1Malaysia. Mahu ke ? Dibawah ini adalah antara senarainya. Difahamkan senarai ini mungkin akan bertambah dari masa ke semasa.


Telefon pintar yang layak untuk mendapat rebet RM200 ini ditetapkan berharga maksimum RM500. Ini bermakna anda cuma layak mendapat telefon pintar yang mempunyai fungsi asas sahaja. Saya rasa penetapan harga maksimum untuk mendapatkan telefon pintar dengan rebet ini akan mengecewakan ramai belia. 

Saya percaya ramai yang dah berkira-kira dan menetapkan bajet untuk mendapatkan telefon pintar yang diidamkan dan lebih canggih. Ini kerana semasa pengumuman bajet 2013 tidak ada pula dinyatakan had harga telefon pintar yang layak untuk mendapat rebet. Kalau telefon pintar yang anda idamkan tiada dalam senarai di atas janganlah kecewa. Rasanya boleh lagi pakat-pakat dengan tauke kedai tu ( Don't Try This At Home) he..he..he..Saya rasa perlu up sikit lagi harga telefon tu. Bagilah harga yang tidak melebihi RM1,000.

Apa yang menjadi kerisauan saya ialah mengenai harga telefon. Diharap kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab dapat memantau harga-harga telefon di kedai-kedai yang dilantik untuk mendapatkan rebet RM200. Sebagai contoh telefon Nokia Asha 305. Harga dipasaran adalah RM299 (Rujuk Majalah Ering Dis 2012) . Jika dibeli menggunakan rebet RM200 bermakna kita hanya membayar RM99. Katakanlah pekedai menaikkan harga Nokia Asha 305 kepada RM399. Kita terpaksa membayar RM199 selepas tolak rebet. Ini bermakna pekedai nak ambil untung lebih. Harap perkara ini tidak akan menjadi isu nanti.

Siapa yang layak untuk mendapat rebet telefon pintar RM200.00 . Di antara syarat-syarat untuk kelayakkan ialah :
  1. Warganegara Malaysia yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.
  2. Berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah.
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan dengan harga maksimum RM500.
  4. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej baharu; dan
  5. Hanya satu telefon untuk seorang.
Saya rasa syarat ke empat tu tak perlu kerana dah banyak 'Kampung tanpa wayar' dan kawasan yang ada menyediakan WiFi sekarang. Lagipun simcard 3g boleh guna online untuk prabayar. Kenapa nak paksa rakyat guna jalur lebar mudah alih kontrak pascabayar bagi yang belum ada. Ni memang nak ambil balik duit RM200 dari cukai 6%. 

Anda boleh baca lebih lanjut berkaitan isu-isu Rebet RM200 telefon pintar ini.


Borang untuk pendaftaran dan maklumat lanjut boleh di dapati di sini. 

Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro Tidak Dapat Startup

on 27 Dec 2012

Salam Semua,

Sebelum ini saya ada menulis artikel berkaitan dengan 'Bila Macbook Pro Tidak Dapat StartUp'. Jadi kali ini saya ingin berkongsi bagaimana cara untuk mengatasi masalah macbook pro tidak dapat startup.  Cara yang saya gunakan adalah dari 'try and error' sahaja. Dan ianya berjaya untuk saya.

Sekiranya cara yang saya kongsikan ini mendatangkan mudarat pada macbook anda, saya tidak akan bertanggungjawab kerana ia adalah atas tanggungjawab anda sendiri untuk mencuba dan belajar dari pengalaman orang lain.


Sebelum itu anda hendaklah mempunyai alat atau 'tool' untuk membuka macbook anda. Alat yang saya maksudkan ialah skrew driver. Saiz skru driver saya tak pasti berapa anda boleh lihat kepala skru bahagian belakang macbook anda. Saya rasa anda boleh agak berapa saiz skru driver yang perlu digunakan.

Jika dah sediakan tool anda boleh mula dengan membuka penutup belakang macbook anda. Lepas tu anda buka RAM dan tukarkan RAM 1 pada kedudukan slot RAM 2 dan RAM 2 pada kedudukan slot 1. Senang cakap tukar kedudukan RAM. Jika macbook anda cuma menggunakan satu slot RAM, cuma pindahkan ke slot yang kedua. Selepas tukar kedudukan RAM tutup semula macbook anda.


Kemudian cuba 'on' semula macbook anda dengan menekan butang power sebelah kanan atas. Jika bejaya tahniah. Kalau tak berjaya jangan susah hati. Apa yang perlu anda lakukan ialah pastikan macbook anda disambung dengan bekalan elektrik. Pastikan bateri di cas sehingga penuh. Jika lampu menunjukkan warna hijau bermakna bateri dah penuh kalau masih warna oren sabar tunggu sehingga penuh.  Tapi sebelum itu pastikan anda shutdown macbook anda dengan menekan butang power selama 10 saat. Selepas bateri penuh anda boleh cuba on semula macbook anda. Saya harap pada peringkat ini anda telah berjaya. Tahniah.

Selepas anda berjaya on semula macbook anda, anda perlu melakukan beberapa perkara lagi. Saya senaraikan dibawah :

1. Reset PRAM . Pastikan anda shutdown secara biasa bukan main paksa. Lepas itu on semula macbook anda. Anda perlu tekan butang command + option + p + r secara serentak sebelum skrin kelabu keluar semasa anda restart semula macbook anda.


2. Verify disk permission + Repair disk permission. Anda perlu verify disk permision dan repair disk permision. Untuk melakukan perkara ini anda perlu klik disk utility dalam folder aplikasi --> Others. Anda perlu klik hardisk yang hendak di verify. Lakukan satu persatu dan tunggu biasanya tak lama hanya dalam masa beberapa minit sahaja.

Ok, jadi ini sahaja perkongsian daripada saya. Semoga ianya bermanfaat untuk anda dan dapat membantu.

Rujukkan lain :

Can't start up - No Screen - Won't wake up
Macbook pro startup problem








Bila Macbook Pro Tidak Dapat StartUp

on 26 Dec 2012

Salam semua,

Apa khabar ? Tahun 2012 semakin mendekati penghujungnya. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Selamat tahun baru 2013 untuk rakan-rakan dan pembaca blog ini. Jadi ini hari saya ingin berkongsi masalah macbook pro saya.

Harap dengan perkongsian ini rakan-rakan yang menggunakan macbook meenyelesaikan masalah ini tanpa menghantar macbook ke kedai apple. Jika Macbook anda tiada warranty lagi macam macbook saya ni bersedialah dengan wang yang mencukupi. Bukan cukup-cukup ya.

 Masalah Macbook Pro tidak dapat startup atau bila dah 'sleep' tidak boleh nak bangun-bangun lagi. Saya pun tidak berapa pasti kenapa masalah ini berlaku. Kali pertama berlaku pada Macbook saya ialah pada bulan oktober yang lepas. Ia berlaku selepas saya intstall windows 7 menggunakan bootcamp. Lepas installl windows 7 tu saya uninstall balik atau delete windows 7. Lepas saya delete windows 7 inilah tiba-tiba Macbook saya berada dalam keadaan sleep tapi tak boleh bangun lagi. Skrin hitam. Tekan apa-apa butang kat keyboard pun memang skrin hitam sahaja.


Apalagi saya terus paksa Macbook untuk shutdown dengan menekan butang power lebih 10 saat. Bila di restart balik amat mengecewakan skrin masih hitam.Dalam keadaan yang sama Harddisk nampaknya berfungsi kerana ada bunyi. Dan juga ada bunyi tek, tek, tek..

Kali kedua saya mengalami masalah ini ialah semalam 24/12/2012. Apabila macbook saya tidak digunakan selama hampir 4 hari. Biasanya saya gunakan macbook saya setiap hari, jika tidak digunakan saya hanya akan letak macbook dalam keadaan sleep sahaja.

Bagi saya yang berada jauh dari servis center apple ini memang agak sukar jika mengalami masalah macbook. Hasil dari pencarian menggunakan khidmat google dan youtube ada beberapa cara anda menyelesaikan masalah ini.

Untuk mengetahui cara saya menyelesaikan masalah ini tunggu entri saya yang seterusnya Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro tidak dapat startup.


Hairan Benarkah Haiwan Ini Aneh !

on 19 Dec 2012



Salam Semua,
Hari saya nak berkongsi satu berita yang saya ambil dari sumber : sinarharian.com.my . Sebelum itu baca dulu laporan berita sinar harian ini.
KOTA BHARU- Rupanya seperti seekor udang, namun apabila diperhatikan sebetulnya ia juga mempunyai penyepit dan bentuk seperti ketam, haiwan pelik ini ditemui oleh seorang kaki pancing, Muhammad Zulfadli Muhammad Zahari, 23, ketika memancing di jambatan baru Tok Sadang, Pengkalan Chepa, di sini malam kelmarin.


Menurut Muhammad Zulfadli, dia bersama rakannya, Shahril Razali, 23,  menemui haiwan terbabit ditemui tersangkut pada mata kail pancingnya serta memberanikan diri memegang haiwan itu dan terkejut melihat rupa bentuknya yang unik.

“Sepanjang memancing di kawasan ini, sungai terbabit sememangnya terkenal dengan hasil tangkapan ikan yang dan tidak mempunyai hidupan lain.

“Namun saya amat terkejut apabila menemui haiwan ini yang berkaki lapan yang pada bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Zulfadli berkata, buntu dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan memelihara haiwan itu yang disimpan dalam balang kecil yang berisi air.

“Setakat ini ayah saya, sudah menghubungi pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies haiwan ini namun sehingga kini mereka masih belum mengetahui spesies haiwan itu.

“Pihak terbabit meminta kami menyimpannya dan akan datang mengambil haiwan terbabit, untuk dijadikan kajian sebelum mengetahui spesiesnya,” katanya.
Dah habis baca berita ini. Adakah anda pernah lihat haiwan ini ? Untuk maklumat haiwan ini memang dah lama wujud. Cuma mungkin pada masa kini haiwan ini semakin pupus dan sangat sukar di jumpai. Di tempat saya iaitu di daerah Asajaya, Samarahan haiwan ini sangat banyak suatu ketika dahulu. Terutama dalam tahun 80-an dan 90-an. 
Di Sarawak terutamanya haiwan ini dinamakan sebagai 'ngoang'. Haiwan ini kebanyakkannya terdapat di kawasan-kawasan pinggir pantai yang tanahnya becak dan kawasan yang mempunyai pokok nipah. 
Kebiasaanya haiwan ini 'ngoang' akan keluar dari lubangnya apabila hari hujan lebat dan berguruh. Dulu di kampung saya haiwan ini dijual dengan harga 10 sen seekor.kalau tak silap saya dalam tahun awal 90-an. Isinya  terutama dibahagian sepit memang sedap. Badannya memang kuarang isi atau tiada isi langsung.
Jika kita biasa makan ketam, isi 'ngoang' lebih sedap daripada ketam. Bahagian ekornya jika ia ialah betina ia mempunyai telur didalamnya. Telurnya memang sedap. Biasanya haiwan ini di masak kicap atau di rebus sahaja. 
Walaupun begitu ada sesetengah tempat di Sarawak haiwan ini tidak di makan. Mungkin mereka ada sebab kenapa tidak makan haiwan ini. 
Mungkin sesetangah orang haiwan ini sangat aneh kerana jarang melihatnya dan mungkin hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja. Apa yang saya tahu haiwan ini juga terdapat di Johor dan dikenali sebagai 'Jabot'. Jika diperhatikan dari segi jumlah kaki, cara pernafasan, habitat dan stuktur isi haiwan ini ia lebih hampir dengan spesies ketam yang hidup dua alam.Lihat gambar ketam yang bandingkan.

Dan akhir sekali saya rasa pihak yang berkaitan boleh membuat kajian lebih mendalam lagi dengan haiwan ini 'ngoang' maaf saya tak pasti apa nama saintific dan nama sebenar haiwan ini he..he..he..Pada pendapat saya haiwan ini boleh dijadikan sebagai makanan yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk merasa isinya terutama isi bahagian sepit dan telurnya yang sedap. 

Semestinya haiwan ini boleh dikomersialkan dan di jadikan sebagai haiwan yang perlu di pelihara supaya spesiesnya tidak pupus suatu masa nanti.

Apa pendapat anda. Jika di tempat anda juga mempunyai haiwan ini 'ngoang' sila tinggalkan komen dan pendapat anda.





Laman Web BulkPing Kena Hack

on 12 Dec 2012

Salam Semua,

Laman web ping iaitu bulkping.com telah di hack oleh hacker yang menggelarkan diri mereka Tunisia Hackers. Saya tak pasti apakah motif mereka menggodam laman web bulkping.com ini.


Kecewapun ada rasanya dengan perbuatan seperti ini. Walau apapun saya tahu tidak semua hacker yang ada di alam maya ini jahat. Ada antara mereka cuma untuk menguji ilmu yang digunakan sama ada berkesan atau tidak. Harap laman web bulkping.com ini dapat berfungsi seperti biasa kerana saya selalu main ping pong kat sini pada malam hari.

Jadi apa pendapat anda tentang kerja-kerja hackers ini ?


Fear Factor Selebriti Malaysia

Salam semua,

Debaran menanti dalam rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia. Tak sabar rasanya nak menonton rancangan fear factor selebriti Malaysia yang akan disiarkan di Astro Ria dan juga di Astro HD. Rancangan ini akan di kendalikan oleh pelakon yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia iaitu Aaron Aziz. 

Pemilihan Aaron Aziz untuk mengendalikan rancangan ini saya lihat sebagai satu pilihan yang tepat dan sangat sesuai. Mungkin lepas ini Aaron Aziz akan dicalonkan sebagai pengacara terbaik 2013, mana tahu rezeki dia. Nanti ada pula yang jeles he..he..he..

 
Fear Factor Selebriti Malaysia ini akan melibatkan 30 orang selebriti yang akan membentuk 15 pasukan secara berpasangan. Peserta akan diuji keberanian mereka dan bagaimana mereka mengatasi perasaan takut untuk melakukan cabaran yang diberi. Jika peserta takut atau gagal melakukan cabaran yang diberi, mereka akan disingkirkan. 

Fear factor selebriti Malaysia ini adalah merupakan rancangan yang diadaptasikan daripada format program yang sangat popular di US. Untuk versi Malaysia ia akan disesuaikan dengan budaya rakyat Malaysia. Tak adelah makan benda yang kotor atau berendam dalam tahi b4b!.

Program ini akan disiarkan dalam 13 episod dan boleh ditonton di Asro Ria 104 dan Astro Mustika HD 134. Anda boleh menonton program ini pada pukul 9.00 malam bermula pada 29 Disember 2012. 


Siapakah calon juara pilihan anda ? 


Mari Tonton - Video Pertama Aku Di Youtube

on 9 Dec 2012

Salam semua,

Ini nak kongsi video yang aku ambil pada tahun 2011 yang lepas. Video ini adalah merupakan rakaman 2 orang budak rumah panjang yang sedang membaiki paip sekolah yang pecah. Paip air ini adalah merupakan air bukit yang disalurkan ke sekolah.


Terus terang cakap aku memang respek giler dengan dua orang budak ni. Kalau aku yang buat dah lama aku terjun kat sungai tu. Nasib baik mereka ada kalau tak terpaksalah buka dan tarik batang paip tu bawa ke tebing dulu baru dapat diperbaiki. Dengan idea gile-gile mereka akhirnya dapat juga paip sekolah diperbaiki. Untuk maklumat juga paip ini diselenggarakan oleh pihak sekolah sendiri dan merupakan sumber air utama. 

Terima kasih kerana menonton. 

Kopi Tahi Gajah Antara Kopi Termahal

on 8 Dec 2012

Salam semua,
Macam-macam kopi yang ada sekarang ini. Kopi tongat Ali jangan cakaplah. Ada macam-macam jenis. Tapi yang nak saya kongsikan disini lagi best he..he..he.. Kopi tahi gajah. Ada berani mahu minum kopi tahi gajah. Harga ? Inilah antara kopi yang termahal di dunia. Secawan kopi tahi gajah harganya US$50 ( RM153).  


BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia - dihasilkan daripada tahi gajah.
Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.
Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan.
Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360).
Justeru, hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaan. Penjualan kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokasi di seluruh dunia beberapa bulan lalu, bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kini Abu Dhabi.
Secawan kopi tahi gajah itu dijual dengan harga AS$50 (RM153) Pencipta kopi itu, Blake Dinkin, berkata kajian saintifik mendorongnya menghasilkan kopi menggunakan sistem perkumuhan semula jadi gajah.
Dinkin - menghabiskan lebih RM900,000 untuk mengembangkan idea berkenaan - berkata, apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan “Akhirnya, anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa,” katanya. Kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini, di kenali sebagai Kopi Luwak, yang terhasil daripada proses perkumuhan musang. Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi. Kata lelaki berasal dari Kanada itu, gajah juga diberi makan pisang, tebu dan pelbagai bahan lain. “Ia memberikan rasa tambahan yang menarik,” katanya. - DM                                          Sumber : www.hmetro.com.my 
Macam mana, berminat tak dengan kopi tahi gajah ni. kat Malaysia rasa-rasa boleh usahakan kopi tahi lembu , kopi tahi kerbau atau kopi tahi kambing. Gerenti hot.

Kopi tahi kambing campur dengan tongat ali dan ginseng. Paling sesuai saya rasa kat Malaysia boleh usahakan Kopi tahi kambing ni. Boleh buat kopi tahi kambing 1 Malaysia. Wekkkkkk...nak mutah nak minum. Macam tak ade benda lain lagi nak diminum.


10 Artis Malaysia Paling Top Di Facebook 2012

on 6 Dec 2012

Salam semua,


Di bawah ini adalah merupakan senarai artis paling top di facebook 2012 berdasarkan kepada jumlah likes pada fanpage facebook mereka. Jumlah likes ini adalah berdasarkan jumlah likes semasa entri ini di publish. Jadi senarai top 10 ini mungkin berubah sebelum 31 Disember 2012. Kita akan lihat nanti samada kedudukan top berdasarkan likes fb ini akan mengalami perubahan atau tidak. Sepanjang pemerhatian saya pada tahun 2012 facebook Lisa Surihani sentiasa berada pada ranking teratas. 

1. Lisa Surihani 2,297,614 likes.



2. Zizan Raja Lawak 1,878,099 likes


3. Scha Alyahya 1,686,157 likes


4. Aaron Aziz 1,520,067 likes


5. Yuna 1,316,394 likes


6. Awal Ashaari 1,270,970 likes


7. Shaheizy Sam 1,128,746


8. Heliza Helmi 1,123,600


9. Liyana Jasmay 1,104,586 likes



10. Diana Danielle 1,042,991 likes





Pakej Video Usahawan Makan Gaji - Pengenalan

on 4 Dec 2012

Salam Semua,

Semoga hari ini lebih baik daripada hari esok. Hari ini saya nak beritahu anda semua bahawa 'Pakej Usahawan Makan Gaji' produk yang dihasilkan oleh Eruwan Gery telah masuk hari yang kedua pelancarannya. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk ini anda klik 'Usahawan Makan Gaji'.


Sebelum itu sila lihat soalan soal selidik dibawah.

Adakah anda berada di dalam golongan berikut ?

Merupakan seorang pekerja kerajaan atau pekerja swasta yang masih berkerja makan gaji  
                sepenuh masa tetapi ingin menjana duit poket lebih melalui internet?


Sudah berbulan-bulan cuba menjana pendapatan melalui internet tetapi keuntungan bulanan
                masih kurang daripada RM100?

Bermula setiap pertengahan bulan, anda perlu mengikat perut untuk menjimat wang gaji
                kerana takut tak cukup untuk menampung keperluan anda sehingga hujung bulan sebelum
                masuk gaji?


Perlu melihat menu makanan terlebih dahulu untuk melihat harga makanan sebelum makan di
                 sesuatu restoran atau kedai makan kerana takut terlebih bajet makan luar?


Selalu memberikan alasan "takde duit" apabila isteri atau suami dan anak-anak anda
                mengajak keluar untuk berhibur atau untuk membeli sesuatu barang?


Memiliki jumlah hutang "bertimbun" dan anda tidak tahu bagaimana untuk keluar daripada
                masalah hutang tersebut?


Merupakan seorang pelajar pengajian tinggi yang akan tamat pengajian tidak lama lagi dan
                akan memasuki alam pekerjaan tetapi tidak mahu hanya bergantung kepada gaji bulanan
                anda yang mungkin tidak seberapa untuk menampung kehidupan seharian anda?

Jika jawapan anda di atas Ya, maka anda sekarang berada dilandasan yang betul dan bersama dengan orang yang betul. Jadilah orang terawal yang berjaya bersama Eruwan Gery melalui pakej Video Usahawan Makan gaji ini.

Pakej video ini ada menerangkan apakah modul bisnes internet yang sesuai untuk anda yang masih bekerja atau masih pelajar universiti. Ini kerana terdapat banyak jenis cara mendapatkan pendapatan online, jika salah pilih anda sendiri akan rugi. Dengan pengalaman dan kajian yang mendalam selama 10 tahun bekecimbung dalam perniagaan online sehingga berjaya kita bersyukur kerana beliau sanggup bekongsi apakah rahsia beliau. Bagi saya bab ini adalah antara yang penting kerana salah pilih modul bisnes internet adalah antara penyebab utama kenapa kita gagal.


Jika anda rasa susah hendak belajar sendiri, Eruwan Gery juga ada menyediakan Pakej Combo dimana anda boleh dapatkan Pakej Video Usahawan Makan Gaji dan mendaptakan 1 tiket untuk menghadiri Bengkel Usahawan Makan Gaji.  Kelebihan untuk para guru, inilah peluang anda untuk berbengkel sambil melancong he...he...he.. Gunakan masa cuti yang berbaki lebih kurang sebulan ini untuk mencari ilmu dan memulakan perniagaan internet.

Tawaran daripada saya jika membeli melalui link di sini :


1.  Pakej Combo Usahawan Makan Gaji & Pemahaman Maksima Sehingga 700%!
     (Pakej Usahawan Makan Gaji &
     1 Tiket ke Workshop Usahawan Makan Gaji)

2.  Pakej Usahawan Makan Gaji dan
     Ingin Belajar Secara Bersendirian Sahaja!
     (Pakej Usahawan Makan Gaji Sahaja)


* Jika anda memilih pakej pertama anda akan dapat top-up bernilai RM50.00.
* Jika anda memilih pakej 2, anda akan dapat top-up RM10.00 .

Sebelum anda membuat pembelian sila pastikan anda 'clear cookies' dahulu.

Bagaiman nak claim. Hantarkan maklumat pembayaran melalui 'contact me' atau emel anjangman.com[a]gmail.com tukarkan [a] kepada @ . Dan juga sertakan nombor telefon dan perkhidmatan . Cth : 013-456789 ( Celcom ) . Valid untuk semua nombor telefon celcom, digi, maxis dan tune talk .

Semoga dengan tawaran yang saya berikan ini akan dapat membantu anda berurusan dengan Eruwan Gery melalui telefon untuk urusan segera.

Dapatkan segera kerana untuk bengkel tempatnya adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.



Belum bersedia, apa kata anda dapatkan dulu PERCUMA Video Pengurusan Masa - video ke-16 dalam Pakej Usahawan Makan Gaji.

Makan Gaji dan Jadi Usahawan

on 3 Dec 2012

Salam Semua,

Berita gaji kakitangan kerajaan naik adalah merupakan berita yang sangat dinantikan oleh setiap pekerja kerajaan.Walaupun ini merupakan berita baik bagi setiap kakitangan kerajaan namun ada lagi segelintir pihak tidak puas hati. Dah naik gaji pun masih ada yang merungut. Macam-macam rungutan yang kita dengar, ada juga pihak yang bersyukur dan itulah yang terbaik.

Bagi pekerja swasta pula ada sesetengah dari mereka cemburu atau mungkin tidak berpuas hati dengan kerajaan atau kakitangan kerajaan jika gaji mereka naik. Meraka kata ini tidak adil, pekerja kerajaan sahaja yang diberi kenaikkan tapi pekerja swasta mereka rasa kerajaan tidak cuba membela nasib mereka.

Bagi saya jika gaji naik dan diiringi dengan kenaikkan harga barang asas,ia adalah kenaikkan yang tidak berbaloi. Walaupun jumlah kenaikkan besar tapi nilainya kecil. Tidak kira anda bergaji besar atau kecil yang membezakannya ialah cara belanja,nafsu dan juga cara hidup kita. Selagi kita makan gaji jangan harap nak kaya-raya. Kecuali makan rasuah he..he..he..jangan pula ada yang terasa ya.

Jadi bagaimana nak kaya. Jawapannya ialah menjadi usahawan. Mungkin ada yang kata, rugilah nak berhenti bekerja kalau jadi usahawan. He..he..anda boleh lagi jadi usahawan walaupun anda bekerja. Kalau kita lihat kat kedai runcit contohnya kita nak beli kopi. Untuk melariskan kopi orang jual kopi 2 dalam 1, 3 dalam 1, sehingga 6 dalam 1 pun ada. Jadi kenapa kita tidak boleh buat kerja 2 dalam 1. Kerja kerajaan/swasta dan jadi jutawan. Kenapa saya kata begini, kerana jika kita ada pendapatan lain selain dari pendapatan kita yang ada sekarang tak perlulah nak tunggu gaji naik lagi. Apa takut rugi.Itu biasalah dalam perniagaan. Prinsip berniaga ni besar risiko lebih besar keuntungan.Risiko rugipun tinggi la..la..la..Ada berani.

Tapi disini kita sangat bertuah kerana saudara kita Eruwan Gery akan melancarkan produk terbaru beliau iaitu Pakej Usahawan Makan Gaji pada 3 Disember 2012. Jika lihat jam masa menulis artikel ini tinggal lebih kurang 10 jam lagi produk beliau akan dilancarkan. Anda sebagai pekerja swasta, pekerja kerajaan, pelajar sekolah, pelajar universiti sangat bertuah kerana jumpa blog ini.

Maklumat berkaitan produk,



Nama Produk              : Pakej Usahawan Makan Gaji
Harga                          : Tunggu masa pelancaran artikel saya selepas ini.
Tarikh pelancaran       : 3 Disember 2012
Masa                           : 10.00 pagi.

Siapa yang tidak kenal dengan Eruwan Gery - Pakar Raja Lelong Malaysia kini dalam penjenamaan semula dirinya untuk dikenali sebagai Pakar Usahawan Makan gaji. Untuk kakitangan awam terutamanya guru yang sedang bercuti panjang, inilah peluang anda untuk belajar dan menuntut ilmu dari Eruwan Gery pakar Perniagaan Online di Malaysia.


 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved