5 Sebab Graduan Baru Gagal Temuduga

on 31 Dec 2012

Salam Semua,

Selamat tahun baru 2013 untuk semua pembaca ( ada ker ?he..he..he..) dan rakan-rakan blog yang sudi singgah di blog ini. Saya doakan semoga tahun baru 2013 adalah merupakan tahun untuk anda merealisasikan segala impian yang belum tercapai.

Bila tahun baru menjelma memang kita tidak boleh lari dari memasang azam . Azam 2012 sudah tercapai atau belum. Kalau dah tercapai tu tahniah.Jika belum itu tandanya kejayaan yang tertangguh. Sabar dan terus berusaha, mungkin masanya belum tiba untuk kita berjaya.

Saya sebenarnya bukan nak berkongsi tentang azam ni. Alang-alang dah tulis artikel sentuh sedikit berkaitan azam. Balik kepada tajuk 5 sebab graduan baru gagal temuduga. Fakta ini adalah merupakan fakta yang saya dapat semasa taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada 11-12 Disember 2012.

Mari kita cuba kupas satu persatu sebab ini, semoga dapat membantu sedikit sebanyak persediaan anda sebagai graduan baru untuk menempuh cabaran bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang diidamkan. 

1. Permintaan gaji yang tidak realistik.

Bagi graduan baru persoalan gaji adalah perkara yang menjadi dilema. Bila temuduga dan ditanya berapa gaji yang diingini. Ini akan menjerat anda. Salah sebut nilai kecewalah selepas itu. Bagi saya jika anda baru hendak memulakan kerja terutama dengan syarikat swasta janganlah terlalu menetapkan gaji yang terlalu tinggi dan tidak realistik.

Pendapat saya, penetapan gaji ini adalah bergantung kepada jenis kerja yang dipohon. Sekiranya anda masih berminat untuk memohon gaji yang tidak realistik anda mohon kerja dengan pihak bank. Minta bahagian jualan atau pinjaman/kad kredit. Anda boleh minta berapa sahaja gaji 10K, 20K terpulang pada anda. Ini kerana gaji anda nanti akan ditentukan oleh komisyen yang anda dapat. Semakin banyak pelanggan anda semakin besar gaji anda.

2. Perwatakan, sikap dan personaliti pencari kerja yang tidak baik.

Sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana anda adalah lepasan Universiti dan saya pasti anda sendiri faham apa yang dimaksudkan. Perwatakan anda akan menggambarkan sikap dan personaliti anda.

Kalau perwatakan anda orang tak suka, apa boleh buat memang susahlah nak dapat kerja. Jadi penampilan diri hendaklah kemas, bersih, rambut bagi lelaki jangan panjang. Bagi perempuan janganlah guna pakaian yang seksi semasa temuduga. Solekan pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai nampak macam badut bila bersolek. Jangan lupa senyum selalu.

Satu lagi jangan pandang rendah pada kerani yang bertugas masa temuduga kerana mereka ini juga akan mempengaruhi keputusan temuduga anda nanti.

3. Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.

Point ni susah sikit nak ulas. Sebab saya pun kantoi subjek ni. Apalagi nak speaking. Boleh tu boleh tapi lintang pukang jadinya. Main hentam je salah ke betul kemudian kira. Tapi untuk temuduga tidak bolehlah main hentam je kan. Memang susahlah nak dapat kerja kalau bahasa Inggeris jadi taruhan. Senang cerita kalau Bahasa Inggeris kantoi minta kerja kerajaan je jawabnya. Sebab temuduga gerenti guna Bahasa Melayu.

4. Kurang kemahiran komunikasi yang baik.

Masalah ini mungkin disebabkan oleh banyak faktor. Mungkin artikel dari denaihati ini boleh memberi gambaran berkaitan dengan kemahiran komunikasi ini. Jadi mula bersosial dengan cara yang betul. Berkawanlah seramai mungkin, jangan nak main game je dan menghadap buku 24 jam. Ini kerana kemahiran berkomunikasi ini perlu dilatih setiap hari nanti tidaklah masa temuduga anda menjawab soalan macam anda menduduki ujian MUET.

5. Terlalu memilih pekerjaan atau syarikat untuk temuduga.

Sebagai permulaan untuk masuk ke dunia pekerjaan, graduan seharusnya tidak memilih pekerjaan atau syarikat untuk temuduga atau bekerja. Ini kerana perjalanan seorang yang baru graduan ialah mencari pengalaman bekerja sebelum menjumpai kerja yang betul-betul sesuai. Ini bermakna anda dah ada pengalaman temuduga dan juga pengalaman bekerja. Jadi bila dah dapat peluang pekerjaan yang diidamkan dan sesuai dengan ijazah yang diperolehi anda sudah bersedia sepenuhnya. Kadang-kadang minat pada pekerjaan akan datang kemudian.

Sambil menulis entri ini saya layan filem tamil bertajuk Nanban lakonan Vijay, Jeeva dan Srikanth yang menjadi pelakon utama. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari filem ini. Sebagai contoh 'Buat kerja apa yang kamu minat, kejayaan akan datang secara automatik'. Bagus filem ini, bagi yang masih bergelar pelajar saya sangat sarankan menonton filem tamil ini. Boleh layan kat youtube. Selamat menonton.

p.s Kenapa minda kita perlu ditanam lepas belajar tinggi-tinggi mesti cari kerja ? Kalau masih tak dapat kerja tu boleh usahakan di sini. Gaji lumayan dalam USD. Klik SINI.


Ranking: 5

{ 12 comments... read them below or add one }

  1. buat kerja yang kita minat tu aku setuju sangat2
    kejayaan akan datang dengan sendirinya
    asal saja jangan minat separuh jalan
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat kerja yg kita minat.. tak kira masuk U atau tidak kejayaan akan tetap mengekori, tak perlu kejar..

      Delete
  2. Point2 tu memang ada betulnya. Tapi point yang last tu juga..to me ada sesetengah company yang bersifat racist. dimana mereka memilih kaum. Kalau sama kaum senang dapat, kalau lain kaum memang susahlah. sebabnya kat tempat aku ni banyak tokei racist.

    point number 1 tu. ada juga sesetengah majikan yang membayar gaji yang tak relevan dengan masa bekerja. cuba bayangkan kerja 10 jam tapi gaji 500-600 and 7 hari seminggu..mana boleh tahan meh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gaji lepas U 500-600 ni melampau. Paling teruk pun utk starting rm1,500. masih ok lagi rasanya.

      Delete
  3. bab komunikasi tu, memang penting la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu titan, kalau komunikasi dah gagal mmg susah sikit nak dapt kerja.

      Delete
  4. serius aku setuju dengan senarai diatas tuh

    ReplyDelete
  5. Kerja memang susah nak dapat skrng...pastikan anda tidak terlalu memilih dan ada line kabel.......sekadar memberi pendapat ..:)

    ReplyDelete
  6. Kebanyakan macam ni lah kan..hehe..bab gaji memang mintak mahal2..

    ReplyDelete
  7. mintak gaji 10k. memang la kena rejct. haha..

    ReplyDelete
  8. ada yang diantara tu mungkin atas faktor gaji..demand tinggi2

    ReplyDelete
  9. kadang-kadang ada je syarikat ambil kesempatan pada pekerja..gaji kadang-kadang tidak setimpal dengan kerja.

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved