Sebelum ini saya ada menulis artikel berkaitan dengan 'Bila Macbook Pro Tidak Dapat StartUp'. Jadi kali ini saya ingin berkongsi bagaimana cara untuk mengatasi masalah macbook pro tidak dapat startup. Cara yang saya gunakan adalah dari 'try and error' sahaja. Dan ianya berjaya untuk saya.
Sekiranya cara yang saya kongsikan ini mendatangkan mudarat pada macbook anda, saya tidak akan bertanggungjawab kerana ia adalah atas tanggungjawab anda sendiri untuk mencuba dan belajar dari pengalaman orang lain.
Sebelum itu anda hendaklah mempunyai alat atau 'tool' untuk membuka macbook anda. Alat yang saya maksudkan ialah skrew driver. Saiz skru driver saya tak pasti berapa anda boleh lihat kepala skru bahagian belakang macbook anda. Saya rasa anda boleh agak berapa saiz skru driver yang perlu digunakan.
Jika dah sediakan tool anda boleh mula dengan membuka penutup belakang macbook anda. Lepas tu anda buka RAM dan tukarkan RAM 1 pada kedudukan slot RAM 2 dan RAM 2 pada kedudukan slot 1. Senang cakap tukar kedudukan RAM. Jika macbook anda cuma menggunakan satu slot RAM, cuma pindahkan ke slot yang kedua. Selepas tukar kedudukan RAM tutup semula macbook anda.
Kemudian cuba 'on' semula macbook anda dengan menekan butang power sebelah kanan atas. Jika bejaya tahniah. Kalau tak berjaya jangan susah hati. Apa yang perlu anda lakukan ialah pastikan macbook anda disambung dengan bekalan elektrik. Pastikan bateri di cas sehingga penuh. Jika lampu menunjukkan warna hijau bermakna bateri dah penuh kalau masih warna oren sabar tunggu sehingga penuh. Tapi sebelum itu pastikan anda shutdown macbook anda dengan menekan butang power selama 10 saat. Selepas bateri penuh anda boleh cuba on semula macbook anda. Saya harap pada peringkat ini anda telah berjaya. Tahniah.
Selepas anda berjaya on semula macbook anda, anda perlu melakukan beberapa perkara lagi. Saya senaraikan dibawah :
1. Reset PRAM . Pastikan anda shutdown secara biasa bukan main paksa. Lepas itu on semula macbook anda. Anda perlu tekan butang command + option + p + r secara serentak sebelum skrin kelabu keluar semasa anda restart semula macbook anda.
2. Verify disk permission + Repair disk permission. Anda perlu verify disk permision dan repair disk permision. Untuk melakukan perkara ini anda perlu klik disk utility dalam folder aplikasi --> Others. Anda perlu klik hardisk yang hendak di verify. Lakukan satu persatu dan tunggu biasanya tak lama hanya dalam masa beberapa minit sahaja.
Ok, jadi ini sahaja perkongsian daripada saya. Semoga ianya bermanfaat untuk anda dan dapat membantu.
Rujukkan lain :
Can't start up - No Screen - Won't wake up
Macbook pro startup problem
shutdown cara paksa tu kawan aku kata cekek leher
ReplyDeletehehe
tahniah, bro
Tq..try and error je bro.Servis center apple jauh...
Deleteooo...nampak macam sonang ajer tu..canteklah..sape2 yg ada masalah startup ni..boleh cuba jaya..ingat pesanan bro aarman, kalau tak jadi, tanggungjwab sendiri..hehe
ReplyDeleteeh bro, nape ek takleh startup ni? sbb install windows hari tu ke?
p.s-thanks singgah dan sudi nak vote entri ambe pasal iphone 5 tuh..thanks bro
Ok bro .. no prob..
DeleteJasa Repair Imac Bandung
ReplyDeletehttp://bandung.zapplerepair.com/