Kopi Tahi Gajah Antara Kopi Termahal

on 8 Dec 2012

Salam semua,
Macam-macam kopi yang ada sekarang ini. Kopi tongat Ali jangan cakaplah. Ada macam-macam jenis. Tapi yang nak saya kongsikan disini lagi best he..he..he.. Kopi tahi gajah. Ada berani mahu minum kopi tahi gajah. Harga ? Inilah antara kopi yang termahal di dunia. Secawan kopi tahi gajah harganya US$50 ( RM153).  


BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia - dihasilkan daripada tahi gajah.
Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.
Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan.
Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360).
Justeru, hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaan. Penjualan kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokasi di seluruh dunia beberapa bulan lalu, bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kini Abu Dhabi.
Secawan kopi tahi gajah itu dijual dengan harga AS$50 (RM153) Pencipta kopi itu, Blake Dinkin, berkata kajian saintifik mendorongnya menghasilkan kopi menggunakan sistem perkumuhan semula jadi gajah.
Dinkin - menghabiskan lebih RM900,000 untuk mengembangkan idea berkenaan - berkata, apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan “Akhirnya, anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa,” katanya. Kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini, di kenali sebagai Kopi Luwak, yang terhasil daripada proses perkumuhan musang. Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi. Kata lelaki berasal dari Kanada itu, gajah juga diberi makan pisang, tebu dan pelbagai bahan lain. “Ia memberikan rasa tambahan yang menarik,” katanya. - DM                                          Sumber : www.hmetro.com.my 
Macam mana, berminat tak dengan kopi tahi gajah ni. kat Malaysia rasa-rasa boleh usahakan kopi tahi lembu , kopi tahi kerbau atau kopi tahi kambing. Gerenti hot.

Kopi tahi kambing campur dengan tongat ali dan ginseng. Paling sesuai saya rasa kat Malaysia boleh usahakan Kopi tahi kambing ni. Boleh buat kopi tahi kambing 1 Malaysia. Wekkkkkk...nak mutah nak minum. Macam tak ade benda lain lagi nak diminum.


Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

  1. erkkk xselera nak minum kot..
    kl bg free pun ciktom xnak minum..
    apetah lg harga mahal..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..ha..mereka ni terlebih inovasi dan terlebih pandai.

      Delete
  2. tak de benda lain ke nak buat kopi...heee. konpom tak halal.

    ReplyDelete
  3. susah kalau terlebih kreatiffffff ni. heyy geli betulll. ;)

    ReplyDelete
  4. geli pulak nak telan,hheheh..dulu kopi taik musang sekarang taik gajah pulak ...macam2 ada..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak benda benda lain dah, taik pun mereka bedal he..he..he..

      Delete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved