Enable / disable komen page.

on 28 Nov 2012

Akhirnya berjaya. Setelah semalaman mencari plugin yang digunakan untuk enable dan disable komen pada page saya jumpa juga akhirnya. Masalahnya bermula pada bahagian pada 'hubungi saya' ruangan komen diakifkan. Perkara ini nampak tidak best. Bila di cari  tiada pula option untuk enable atau disable komen. Kalau tak silap saya dulu ada option enable atau disable komen. Saya ada baca kat blog mengatakan mungkin ini disebabkan oleh theme yang kita gunakan. Tak pasti juga sebab tak guna theme lain. Saya guna theme mantra.

Setelah mencuba pelbagai jenis plugin seperti disable comment, page commnet off  please, no comment on page, no page comment dan wp-comment master semuanya tidak memenuhi apa yang dikehendaki sehinggalah saya menemui plugin One Click Close Comments dengan menaip on/off kat ruangan carian plugin.

One Click Close Commnets sangat mudah digunakan cuma perlu install dan click untuk non-aktifkan komen (warna merah) dan aktifkan komen (warna hijau).  Boleh rujuk laman web coffee2code.com untuk maklumat lanjut. Sangat simple dan senang digunakan. Kita boleh enable or disable komen pada laman pages dan post hanya denga satu klik sahaja.

Masih dalam proses setting blog..

Asssalamulaikum dan salam 1 M'sia,

Alhamdulillah, blog aku ini dah hampir siap settingannya. Setelah memilih theme yang sesuai dan upload plugin aku sangat puas hati juga kerana banyak juga ilmu ya aku dapat bila membuat blog ini. Sebenarnya dulu aku pernah juga buat blog guna domain dan hosting sendiri. Tapi berhenti sekerat jalan. Dah hampir setahun meninggalkan dunia blogging. Kerana minat kini aktiviti ini diteruskan kembali. Harap blog ini akan menjadi blog aku yang kekal. Sayang juga dengan domain yang lama. Kini ia sudah menjadi milik orang lain.

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging menggunakan domain dan hosting sendiri  boleh membuat rujukkan di sini setelah anda intsall wordpress. Aku pun baru je merujuk blog ini untuk buat apa yang patut pada blog aku ini. Klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih baloot is me atas tutorial ini .

Matapun dah mengantuk ini. Esok nak sambung lagi untuk setting SEO blog ini supaya ia mudah untuk dijejaki oleh Pak Cik Google dan Mak Cik Yahoo. Walaupun ilmu SEO aku belum cukup lagi itu bukan penghalang kerana Pak Cik Google dan Mak Cik Yahoo akan banyak membantu. Yang penting ada sikap ingin tahu dan sentiasa ingin belajar.

Pada rakan blogger yang pakar SEO, jika jumpa blog ni jangan lupa tinggalkan komen kerana aku akan jejaki blog kau orang untuk mendapatkan ilmu SEO. Kongsi jangan tak kongsi ok. Bye. Selamat Pagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2013

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan Bagi Tahun 2013.



Anda juga boleh download Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2013 .

Harga Minyak di Petronas dan Shell ?

on 25 Nov 2012

Assalamualikum dan salam  1 Malaysia,

Nak dijadikan cerita untuk memenuhi update blog ni he..he..he.. Kisah ni berlaku dalam bulan oktober yang lepas. Masa tu saya beli minyak di shell. Beli sebanyak RM50.00. Yang menghairankan saya ialah harga minyak RON95 seliter ialah RM1.90. Tapi bila di pam   cuma 25.25 liter sahaja. Biasanya beli 26 liter lebih bila isi RM50.00.

Isteri saya kata mungkin kita beli tengahari, minyak tak banyak masuk. Saya pun berfikir secara logik mungkin juga. sebab pernah dengar orang cakap jangan beli minyak waktu tengahari, kalau nak beli masa yang sesuai ialah waktu pagi dan malam. Entahlah benar atau tidak.

Cuma kita main maths sikit he..he..he.. Kalau harga minyak seliter RM1.90. Berapa liter yang kita dapat kalau beli RM50.00... cepat jawab ...sapa dapat jawap Cikgu bagi gula-gula he..he... jawapan akan anda dapat setelah anda habis baca artikel ini.

Tak puas hati dengan jumlah minyak yang dapat lepas 5-6 hari saya beli lagi di Shell. Masa ni saya beli pula pada waktu pagi. Sebab saya nak buktikan teori yang isteri saya cakap betul. Keputusannya tetap sama. Beli RM50.00 tetap dapat 25.25 liter. Masa ni sempat saya snap meter. Ini keputusannya....



Memang sah ada yang tak kena dengan shell dikawasan saya ni. Lepas minyak yang di isi habis digunakan saya pun cuba pula isi minyak di Petronas. Saya beli RM50.00 untuk mendapatkan keputusan yang tepat untuk membandingkan harga minyak di shell dan petronas. Untuk berlaku adil dengan perbandingan ini saya beli RM50.00 dan saya dapat 26.315 liter minyak . jom bermain dengan maths lagi.



Beli RM50.00 di petronas dapat 26.315 liter. Beli minyak di Shell RM50.00 dapat 25.25 liter. Jadi 26.315 liter tolak 25.25 liter . Jawapanya perbezaannya lebih kurang 1.065 liter. Ini bermakna jika kita beli RM50.00 di Shell minyak yang kita dapat kurang 1 liter. Jawapan untuk soalan maths kat atas dah di jawab kat gambat harga minyak petronas he..he..he..

Bayangkan ada berapa ratus kereta, motosikal yang isi minyak di stesen minyak Shell ni dalam satu hari. Kadang-kadang kita bising apabila harga minyak naik. Tapi pernahkah kita perasan dengan perkara yang berlaku kepada saya seperti di atas. Saya yakin banyak lagi yang tidak perasan perkara ini berlaku .

Perkara ini berlaku di tempat saya iaitu di Kapit. Harap pihak berkuasa dapat memantau perkara ini. Jadi bagaimana di tempat anda. Cubalah buat perbandingan mana tahu tempat anda juga berlaku perkara seperti ini.

Pindah Hosting Wordpress

on 11 Nov 2012

Salam rakan-rakan,

Lama juga menyepi diri. Blog ini pun semakin berkurang pengunjung dan ranking Alexa pun dah lebih sejuta balik he..he..sedih, sedih. Lepas ni kena kerja keras balik. Sebelum tu saya ingin mengucapkan selamar bercuti untuk rakan-rakan guru. Cuti panjang ni mesti banyak aktiviti dan program yang hendak dilakukan bersama keluarga. Apapun semasa bercuti berhati-hati... sekarang banyak penyangak yang tak akan melepaskan peluang.


Sebelum ini saya ada menulis berkaitan dengan "404 error the page you are looking for can't be found" . Kalau belum baca, sila baca dulu he..he..he... Balik kepada tajuk "pindah hosting wordpress" . Kenapa ? Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa saya mahu pindahkan hosting blog saya ini. Satu sebabnya kerana permohonan pindah saya tidak diluluskan pada tahun ini. Jadi untuk mengubat hati yang luka kerana tak dapat pindah sekolah jadi hosting blog menjadi mangsa. Asal ada nama pindah kira oklah tu. Jangan marah gurau je..

Satu sebab utama saya ingin pindah hosting ni adalah untuk proses pembelajaran. Asyik baca sahaja tutorial macam mana nak faham. Mestilah ada practical. Jadi blog ini telah menjadi eksperimen dan perpindahan 100% berjaya. Dan ini merupakan post pertama setelah menggunakan hosting yang baru.

Jika anda membaca artikel ini, anda akan faham kenapa saya pindah hosting blog saya ini. Sekarang ini guna hosting cap buaya. Siapa yang ada banyak blog sangat digalakkan menggunakan hosting cap buaya ni.

 Sesiapa yang nak pindah hosting sangat mudah dan senang. Tidak perlu nak mengupah orang, sendiri pun boleh buat. Untuk proses perpindahan hosting ini saya telah ikut sepenuhnya tutorial dari blog ini . Caranya sangat mudah dan tidak memerlukan pakar blog pun. Jika anda mengalami masalah semasa proses perpindahan hosting ini ada boleh menghubungi saya. Insyaallah saya akan bantu dengan PERCUMA.

Bagaimana dengan anda ? Kongsikan kenapa anda memilih untuk pindahkan hosting anda ? Setiap orang ada sebabnya...apapun pilihan ditangan anda. Dan boleh cadangkan juga penyedia hosting terbaik yang pernah anda guna.

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved