Nak dijadikan cerita untuk memenuhi update blog ni he..he..he.. Kisah ni berlaku dalam bulan oktober yang lepas. Masa tu saya beli minyak di shell. Beli sebanyak RM50.00. Yang menghairankan saya ialah harga minyak RON95 seliter ialah RM1.90. Tapi bila di pam cuma 25.25 liter sahaja. Biasanya beli 26 liter lebih bila isi RM50.00.
Isteri saya kata mungkin kita beli tengahari, minyak tak banyak masuk. Saya pun berfikir secara logik mungkin juga. sebab pernah dengar orang cakap jangan beli minyak waktu tengahari, kalau nak beli masa yang sesuai ialah waktu pagi dan malam. Entahlah benar atau tidak.
Cuma kita main maths sikit he..he..he.. Kalau harga minyak seliter RM1.90. Berapa liter yang kita dapat kalau beli RM50.00... cepat jawab ...sapa dapat jawap Cikgu bagi gula-gula he..he... jawapan akan anda dapat setelah anda habis baca artikel ini.
Tak puas hati dengan jumlah minyak yang dapat lepas 5-6 hari saya beli lagi di Shell. Masa ni saya beli pula pada waktu pagi. Sebab saya nak buktikan teori yang isteri saya cakap betul. Keputusannya tetap sama. Beli RM50.00 tetap dapat 25.25 liter. Masa ni sempat saya snap meter. Ini keputusannya....
Memang sah ada yang tak kena dengan shell dikawasan saya ni. Lepas minyak yang di isi habis digunakan saya pun cuba pula isi minyak di Petronas. Saya beli RM50.00 untuk mendapatkan keputusan yang tepat untuk membandingkan harga minyak di shell dan petronas. Untuk berlaku adil dengan perbandingan ini saya beli RM50.00 dan saya dapat 26.315 liter minyak . jom bermain dengan maths lagi.
Beli RM50.00 di petronas dapat 26.315 liter. Beli minyak di Shell RM50.00 dapat 25.25 liter. Jadi 26.315 liter tolak 25.25 liter . Jawapanya perbezaannya lebih kurang 1.065 liter. Ini bermakna jika kita beli RM50.00 di Shell minyak yang kita dapat kurang 1 liter. Jawapan untuk soalan maths kat atas dah di jawab kat gambat harga minyak petronas he..he..he..
Bayangkan ada berapa ratus kereta, motosikal yang isi minyak di stesen minyak Shell ni dalam satu hari. Kadang-kadang kita bising apabila harga minyak naik. Tapi pernahkah kita perasan dengan perkara yang berlaku kepada saya seperti di atas. Saya yakin banyak lagi yang tidak perasan perkara ini berlaku .
Perkara ini berlaku di tempat saya iaitu di Kapit. Harap pihak berkuasa dapat memantau perkara ini. Jadi bagaimana di tempat anda. Cubalah buat perbandingan mana tahu tempat anda juga berlaku perkara seperti ini.
eh..saya pun baru tau...sebelum nie memang tak pernah terfikir tentang hal nie..tak sangka macam nie pulak..nak try jugak la..
ReplyDeletemaknanya, dengan kata lain, setiap rm50 yang dibelanjakan pihak shell mengutip satu liter bagi pihak mereka, betul x
ReplyDeleteBoleh try. Lepas try post kat sini keputusan.
ReplyDeleteYup betul..kita rugi 1 liter setiap RM50.00.
ReplyDeleterupanya ada beza, tapi guna shell jarak perjalanan adalah lebih jauh kan untuk kuantiti minyak sama
ReplyDeletemacam kes je menipu ni. elok juga buat aduan. jarang2 kita betul2 check macam ni.
ReplyDeleteTak pasti btl ke tak. Tapi dengar iklan begitulah.
ReplyDeleteYa aku rasa pun penipuan kat sini.
ReplyDeleteSetahu saya di pam minyak ada sticker pengesahan kalibrasi mungkin boleh diperiksa kesahihah kaliibrasinya.
ReplyDeletewahh..beza 1 liter. banyak duit tuhh..
ReplyDeleteBoleh agak brp ramai yg beli lebih 50 sehari..
ReplyDeleteCamner nak cek. Tak pernah dgr pulak pasal ni.
ReplyDeletekiranya setiap isian penuh jimat 1 liter minyak..betul apa yg shell ckp..hehe
ReplyDeleteShell jimat,kita yg teruk..he.he..hee
ReplyDelete