Balik kampung - Selamat Hari Raya

on 15 Aug 2012

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Kini kami sekeluarga berada di Sibu dan akan berangkat ke Kuching hari ini. Tahun ini balik ke kuching guna kereta.
Kereta dah hantar minggu lepas guna kapal dari Kapit ke Sibu.
Untuk pengetahuan anda Kapit -Sibu belum ada jalan darat lagi. Jadi untuk membawa kereta kita menggunakan kapal/tongkang dengan tambang RM250 untuk satu perjalanan.
Hari ini mungkin kami sekeluarga akan berangkat dari Sibu town pada pukul 9.00 pagi. Perjalanan dari Sibu - Kuching memakan masa lebih kurang 6 jam. Letih juga nak memandu masa puasa ni. Apapun perjalanan tetap di teruskan.
Di Sibu kami menetap di Hotel Bahagia...budget hotel jer . Jadi kalau ada member nak datang ke Sibu bolehlah bermalam di sini. Insyaallah tempatnya selamat.
Doakan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Dan dari kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan mohon ampun dan maaf pada keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang menganali saya. Tak lupa juga rakan-rakan yang selalu singgah kat blog ini.

image
Ini gambar kami sekeluarga semasa raya tahun lepas. Ada dua orang puteri, putera belum ada rezeki. Doakan kami dapat putera.
Ini post pertama guna handphone. Lengguh tangan menaip, mata pun sakit tengok font kecil. Apapun thank pada my wife kerana sudi mensponsor handphone ini.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Upgrade Mac OS X Lion 10.7 kepada Mountain Lion 10.8

on 6 Aug 2012



Sebelum ini saya ada menulis berkaitan dengan Mac OS X Mountain Lion berharga USD19.99 . Kini bagi pengguna komputer Apple anda boleh mendapatkan Mac OS X Mountain Lion di App Store. Mac OS X Mountain Lion telah dilepaskan pada 25 Julai 2012 yang lepas. Daripada komen pengguna di App Strore dan forum Mac OS X Montain Lion dengan code versi 10.8 adalah merupakan OS yang terbaik yang pernah apple hasilkan.

Saya pun tak sabar nak menggunakan Mountain Lion walaupun pada 6 April 2012 saya baru saja mengunakan Mac OS X Lion. Teruja sangat rasa hendak meneroka OS baru keluaran Apple. Tanpa melengahkan masa saya terus beli di App Store. Sekarang tengah download , file besar sangat lebih dari 4 gb. Habis download pun rasa-rasanya awal pagi esok. Masalah sekarang line internet teruk sangat. Harap pagi esok semasa bersahur dah habis download.


Mac OS X Lountain Lion

Mac OS X Mountain Lion

Sekarang ni saya belum buat keputusan lagi sama ada nak upgrade terus dari OS X Lion atau nak buat clean install. Masih dalam dilema lagi. Masalah sekarang jika saya buat clean install bermakna semua dokumen, gambar, muzik, video dan perisian yang digunakan dalam MacBook saya perlu di install semula. Memang leceh. Tapi jika di upgrade terus dari OS X Lion pula takut ada perisian yang tidak comfortable dengan Mountain Lion. Tengoklah besok macam mana. Mungkin saya akan upgrade terus dari Mac OS X Lion. Jika ada masalah baru buat clean install. 

Bagi yang ingin upgrade ke Mac OS X ML apa yang paling penting anda lakukan adalah backup dulu semua dokumen yang ada dalam komputer anda. Anda boleh gunakan fungsi time machine pada MacBook anda untuk backup semua fail. Pastikan external HD yang anda gunakan kapasitinya lebih besar dari internal HD anda. Saya backup gunakan cara manual sahaja. copy paste. Sebab external HD tak cukup untuk menampung semua dokumen yang ada.

Mungkin ada rakan-rakan yang sudah menggunakan Mac OS X Mountain Lion. Berkongsi pengalaman di sini. Mungkin ia akan membantu saya nanti dalam proses upgrade Mac OS X Mountain Lion.

Bagi pengguna Windows jangan kecewa kerana pihak Microsoft akan mengeluarkan Windows 8. Saya pernah guna Windows 8 yang di install menggunakan virtual box dalam MacBook Pro. Saya hanya mengunakan Windows 8 developer preview sahaja. Saya tidak mahu nak bandingkan kat sini mana yang lebih baik. Guna kedua-dua baru kita tahu yang mana lebih baik dan sesuai dengan kita.

Apapun brand komputer yang kita gunakan, OS apa yang kita guna matlamat kita tetap sama, cuma pengalaman sahaja yang berbeza. Bagi pengguna Mac, jika anda teruja untuk menggunakan Mac OS X Mountain Lion anda boleh beli di apps store. Ingat sekali anda beli, boleh guna untuk lebih dari satu komputer. Jika ada kawan-kawan tu bolehlah kongsi dua tiga orang nak beli. Boleh berjimat.


 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved