Masalah - Cannot Modify Header Information

on 26 Feb 2012

Sebelum ini saya pernah menulis entri masalah blog selepas tukar theme baru . Kali ini saya ingin berkongsi lagi masalah pada blog ini. Mungkin anda juga mengalami masalah yang sama. Perkara ini terjadi selepas saya update wordpress versi 3.3.1 yang lepas. Masalahnya ialah setiap kali ingin membuat posting yang baru akan keluar amaran :


Warning: Cannot modify header information –
 headers already sent by (output started at /home
/xxxxxx/public_html/wp-includes/post-template.php:56)
in /home/xxxxxx/public_html/wp-includes/pluggable.php
on line 886

Puas mencari penyelesaian dengan bertanya di google akhirnya saya dapat mencari penyelesaiannya. Cara mengatasi masalah cannot modify header information ini saya rasa bergantung kepada fail yang bermasalah. Cara penyelesaian juga adalah berbeza. Untuk masalah yang saya hadapi ini sebenarnya bukan di sebabkan oleh update wordpress ke versi yang terbaru. Masalah ini adalah disebabkan oleh plugin yang saya gunakan.

wordpress plugin

Plugin yang menyebabkan masalah ini timbul ialah Plugin Lucia’sLinkLove . Plugin ini adalah bertujuan untuk menghadkan jumlah komen sebelum link komen anda ditukarkan menjadi komen dofollow . Jadi jika anda mengalami masalah ini cukup sekadar anda deactived plugin Lucia'sLinkLove jika anda ada memasang plugin ini. Jika buka disebabkan plugin ini anda boleh 'try and error' dengan deactivated plugin yang lain. Lebih baik lagi jika anda ingat plugin mana yang paling akhir anda aktifkan dan menyababkan masalah warning: cannot modify header information ini.

Jadi berhati-hatilah memilih plugin yang hendak digunakan kerana wordpress mempunyai beribu-ribu plugin yang boleh dipasang di blog anda. Ada sesetengahnya memang berguna dan ada juga yang langsung tidak berguna. Jadi guna plugin yang perlu sahaja. Dan ada juga plugin yang menyebabkan blog kita haru-biru he..he..he..

Untuk yang newbie dalam dunia blogging macam saya ni memang banyak yang perlu dipelajari. Belajar dari pengalaman adalah yang terbaik. Harap entri "Masalah - Cannot Modify Header information" ini dapat membantu bagi yang mengalami masalah yang sama.

Jika anda pernah mengalami masalah yang sama, anda boleh kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda. Kerana blog saya masih lagi blog dofollow. Dapatkan backlink percuma di sini.

Apple Contest - Countdown 25 billion download di App Store

on 25 Feb 2012

App Store adalah merupakan tempat penjualan aplikasi yang disediakan oleh pihak Apple bagi memudahkan pengguna produk apple memuat turun ( download ) aplikasi untuk memaksimumkan penggunaan gadget apple mereka. Sebagai menghargai pengguna produk apple seluruh dunia, apple mengadakan contest untuk semua pengguna apple untuk mencapai sasaran 25 billion download di app store. Pihak apple menyediakan hadiah hadiah Gift Card $10,000 untuk dimenangi.

coundown apple contets

Kini anda masih lagi berpeluang untuk memenangi hadiah yang di tawarkan. Anda boleh mendownload sebanyak mungkin applikasi yang ada di app store sama ada yang percuma atau berbayar.

Untuk  menyertai peraduan ini cuma klik di SINI atau anda boleh isi borang di SINI . Jangan lepaskan peluang ini. Semakin banyak anda downlaod semakin tinggi peluang untuk menang. Mana tahu rezeki anda untuk memenangi Gift Card $10,000 dari Apple.

Ini adalah contest kedua saya sertai. Setelah kecundang dalam contest saya nak hosting percuma pengendali blog.


6 Kategori wanita yang patut dijauhi oleh lelaki

on 23 Feb 2012

Wanita yang patut dijauhi oleh lelaki


wanita

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.


 1. Wanita kategori liar.


 Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

 Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.


 2. Wanita si Bom jangka.


 Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

 Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

 Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.


 3. Wanita si Gula-gula


 Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

 Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

 Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.


 4. Wanita si Bintang


 Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.


 5. Wanita si Penggapai.


 Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

 Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

 Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

 Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.


 6. Wanita yang Tercedera.


Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

 Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

 sumber : ipislam.edu.my

Roti canai goreng

on 22 Feb 2012

Roti canai goreng


Roti canai goreng adalah merupakan antara makanan yang istimewa di Kapit, Sarawak. Sekiranya anda berkunjung ke Kapit, Sarawak antara menu yang wajib anda cuba ialah roti canai goreng. Anda boleh dapatkan roti canai goreng ni di gelanggang kenyalang, kapit. Roti canai kosong berharga RM2.00 dan roti canai telur pula berharga RM3.00.

roti canai gorengkuah roti canai goreng

Kebiasaanya roti canai goreng ni di makan bersama dengan sambal dan kuih kari ayam. Roti canai goreng ni sedap dan rangup. Dan jangan lupa jika nak makan roti canai goreng, anda juga patut minum teh tarik. kalau makan roti canai tanpa teh tarik rasa macam ada kekurangan sahaja.

teh tarik

Jika anda bercadang hendak ke kapit anda hendaklah singgah dahulu ke Sibu untu menaiki bot ekspress yang mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 3 jam. Manakalah tambang pula ialah RM20, RM 25 dan RM 30 bergantung kepada tempat anda duduk.

Kereta superman terbang atas bumbung

on 21 Feb 2012

Kereta atas bumbung


kereta terbang

KUCHING: “Tiba-tiba rumah bergegar dan sebaik membuka pintu, saya terkejut apabila melihat sebuah Toyota Vios tersangkut di bumbung garaj,” kata penghuni sebuah rumah yang dihempap kereta terbabas di Jalan Simpang Tiga, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, penghuni rumah berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia dan seorang rakan menonton televisyen di ruang tamu, sebelum terdengar dentuman kuat dari depan rumah.


“Saya terkejut apabila melihat kereta tersangkut pada bumbung rumah dan ia adalah kejadian kedua, kerana beberapa tahun lalu pagar rumah pernah dilanggar kereta terbabas,” katanya.
 Difahamkan, kereta dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Robert, 30, dari Jalan Rock dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin ketika hujan menyebabkan ia merempuh besi penghadang jalan dan kedai peralatan pengantin sebelum ‘mendarat’ di bumbung garaj rumah berkenaan.


Namun pemandunya bernasib baik apabila hanya cedera ringan sebelum dibawa ke klinik dengan bantuan rakannya.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Mendu, beberapa minit kemudian pada malam sama.
 Kemalangan berlaku hanya 300 meter dari tempat kejadian pertama apabila pemandu, Lim Chin Kwong, 42, dari Jalan Arang gagal mengawal kenderaannya lalu berpusing sebelum merempuh pembahagi jalan serta tiang lampu.


Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera ringan sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
 Satu lagi kemalangan berlaku membabitkan sebuah Proton Wira apabila pemandunya, Mohammad Ali Tambi, 44, hilang kawalan lalu merempuh penghadang sebelum berhenti di tengah-tengah jambatan, di Sejingkat.


Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan bersama seorang rakan, Mustapha Hassan, 27, dalam perjalanan ke Kampung Geobilt bertemu rakannya, pada jam 1 pagi.

Kemalangan dipercayai berpunca keadaan jalan licin menyebabkan kenderaan dinaiki berpusing beberapa kali.
sumber : hmetro.com.my







Install Windows 7 pada Macbook

on 18 Feb 2012

A'kum dan Salam perpaduan,

Pada entri kali saya ingin berkongsi bagaimana cara "install windows 7 pada Mac OS". Baiklah disini saya memperkenalkan satu utiliti yang ada pada Macbbook iaitu bootcamp. Bootcamp ini adalah berfungsi untuk install windows xp / vista/ 7 pada Macbook anda. Dalam entri ini saya tidak akan tunjukkan anda langkah demi langkah untuk install windows 7 kerana cara install windows 7 ini lebih kurang sama sahaja. Cuma pada macbook kita tidak perlu nak tekan F12 ke apa ke untuk boot CD Windows. Kita mulakan.....

bootcamp

1. Klik Aplikasi ---> Utilities ---> Bootcamp. Anda boleh cetak panduan untuk installation atau boleh klik butang continue...


2. Pada bahagian ini anda boleh pilih pilihan pertama atau yang kedua dan klik continue. Jika anda anda dvd installation yang dibekalkan semasa anda membeli macbook anda pilih yang kedua untuk jimat masa download.

bootcamp mac

3. Seterusnya ialah untuk membuat partition yang akan digunakan untuk install windows 7. Pada bahagian ini anda perlu tentukan kapasiti partition yang hendak digunakan install windows 7. Setelah itu klik butang partition.


4. Setelah melalui proses ini anda sudah bersedia untuk install windows 7 pada macbook anda.

bootcamp mac os

Untuk proses intsall windows 7 anda hanya perlu masukkan cd windows 7. Kemudian hanya perlu klik butang 'start installation'. Seterusnya anda hanya perlu ikut arahan semasa intsall windows . Anda boleh install samada windows xp atau vista melalui kaedah ini. Dengan menginstall menggunakan bootcamp ini bermakna komputer mac anda akan menjadi dualboot( Mac OS dan Win7 ).

Setelah anda berjaya intsall windows 7 anda perlu intsall pula driver supaya windows 7 anda dapat berkerja dengan baik dalam macbook anda. Masukkan DVD Mac Os installation. Cari folder boot camp dan klik setup untuk install.

Sekiranya anda mengalami masalah tidak dapat loading windows 7 yang telah diinstall anda boleh atasi masalah ini dengan dua cara.

1.  Restart macbook anda. Tekan kekunci 'option' sebelum macbook anda loading (screen masih hitam) tekan 'option' jangan dilepaskan sehingga keluar icon partition Macintosh dan Windows. Kemudian anda boleh pilih sistem operasi mana yang hendak anda gunakan. Dalam situasi ini anda pilih windows 7.

2. Cara kedua pula ialah pergi ke System preferences pada macbook anda. Kemudian pilih startup disk. Kemudian anda pilih windows 7 dan klik restart. Siap.

Apple menyediakan satu utilities yang dapat memudahkan pengguna memasang sistem operasi dalam macbbook mereka. Pengguna juga boleh menggunakan cara di atas untuk memasang sistem operasi yang lain selain dari windows 7. Sebagai contoh, memasang sistem operasi ubuntu.

Untuk uninstall atau remove windows 7 yang telah diinstall saya akan buat entri yang lain nanti.Selamat mencuba.



Tinggalkan komen pada blog dofollow

on 12 Feb 2012

Komen dofollow blog


Untuk pengetahuan anda, blog anjangman.com adalah merupakan blog dofollow. Kenapa dofollow ? Jawapannya ialah untuk saya menghargai kaki komen kat blog ini. Dofollow ini adalah berfungsi supaya link blog anda akan di crawl oleh enjin pencari seperti google dan yahoo. Bahasa mudah difahami oleh blogger ialah untuk mendapatkan backlink percuma. Anda selalu blogwalkingkan. Biasanya blogger yang selalu blogwalking ni suka tinggalkan komen pada blog yang dofollow. Spammer juga sangat suka dengan blog dofollow ini.

You Comment I Follow
Sebelum ini saya tidak mengawal jumlah komen untuk tukarkan link kepada dofollow. Maknanya walaupun sekali anda tinggalkan komen link blog anda akan jadi dofollow. Tapi sekarang tidak lagi, ini adalah untuk mengelakkan kaki spammer tinggalkan komen untuk kebaikkan blog mereka sahaja. Untuk win-win sitution saya telah tetapkan jumlah komen yang anda berikan dan selepas itu barulah komen anda akan ditukarkan status dari nofollow ke dofollow. Jumlah komen yang saya tetapkan biarlah ia menjadi rahsia.Tak banyak kurang dari jumlah jari kat sebelah tangan je. Komen anda juga hendaklah relevan dengan tajuk kalau tak, komen anda akan dibakul sampahkan. Belajarlah memberi komen dengan ikhlas dan jujur. Kalau tak pun bagilah komen untuk menjalinkan persahabatan sesama blogger.

Untuk mengetahui apakah kelebihan blog nofollow dan dofollow ini anda boleh cari sendiri di google. Banyak pendapat mengenai nofollow dan dofollow ini. Kalau malas nak cari klik sahaja SINI atau kat SINI. Untuk memilih samada blog dofollow atau nofollow itu terpulang kepada anda kerana kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Di sini saya tunjukkan pada anda contoh blog yang nofollow dan dofollow.


Nofollow blog



Dofollow blog



Ok sekarang dapat bezakan mana satu blog dofollow dan mana satu yang nofollow. Mungkin ada yang bertanya macam mana nak tahu blog tu nofollow atau dofollow. Jawapannya ialah jika anda pengguna browser mozilla firefox atau seamonkey anda boleh install add-on "Quirk Search status". Taip sahaja kat add-on search dan install kemudian jangan lupa untuk restart browser anda.


5 Senarai blog Dofollow.


Sebagai menghargai anda lagi di sini saya sertakan 5 blog yang dofollow untuk menambahkan backlink blog anda. Tinggalkan komen yang bekualiti dan kalau boleh jadilah pembaca setia blog ini jika anda berminat dengan kandungannya.Jangan komen kat blog ini jika niat anda hanya semata-mata nak dapatkan backlink. Jalinkan hubungan yang baik dengan mereka kerana mereka dengan baik hatinya memberi kita backlink percuma.

1. Tehramuan.com

2. Kujie2.com

3.Puanbee.com

4. My.mustaffa.org

5. Faizalfredley.com
Semasa entri ini ditulis blog ini masih lagi berstatus dofollow. Jika anda menjumpai entri ini dan status blog mereka tidak lagi dofollow itu adalah diluar kawalan saya kerana itu adalah hak tuan punya blog samada nak blog mereka dofollow atau nofollow.

Blog yang saya senaraikan di atas adalah sebagai tanda terima kasih saya kepada pemilik blog ini kerana daripada komen mereka saya menjadi lebih bersemangat untuk menulis entri dalam blog ini. Maklum sahajalah bagi blogger baru seperti saya komen yang ada pada setiap entri adalah merupakan pembakar semangat untuk terus menulis entri. Bagi blogger baru entri tanpa komen akan menyebabkan mereka merasa kurang bersemangat untuk mengupdate blog.

Jika artikel ini berguna pada anda , klik butang share di bawah dan tinggalkan komen jika anda ada persoalan berkenaan dengan dofollow dan nofollow ini.


Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

on 9 Feb 2012

Saya nak hosting percuma pengendali blog


Siapa yang nak hosting percuma pengendali blog angkat tangan ? Ha..ha..sapa yang angkat tangan tu boleh teruskan membaca ye. Siapa yang tak nak tu boleh lah godek-godek apa yang ada kat blog ni atau tinggalkan blog nie. Di bawah ni statement yang aku kopipes dari pengendali blog dengan entri yang bertajuk 'Saya nak hosting percuma pengendali blog' kalau nak maklumat lebih lanjut klik je tajuk tu.



Sempena menyambut ulang tahun kelahiran saya pada 21hb Februari nanti, saya ingin mengadakan satu peraduan khusus untuk para blogger di Malaysia. Tidak kira sama ada anda mempunyai blog di hosting sendiri atau percuma, anda layak untuk menyertai peraduan ini.

Hadiah yang ditawarkan adalah satu pakej hosting, ELF1GS, yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Elfbytes Web Hosting selama 2 tahun (bernilai RM200). Pakej ini mempunyai spesifkasi seperti berikut:

• 1 GB space

• 20 GB bandwidth

• 5 addon domains

• Unlimited MySQL databases

• Unlimited Email accounts

• Unlimited FTP accounts

• dan banyak lagi…

Bagi saya, dengan hosting ini anda bolehlah mengembangkan lagi portfolio blogging anda dengan membuka blog baru, atau menggunakan domain sendiri sekiranya anda masih menulis di hosting percuma seperti wordpress.com dan blogspot.com.


Jika anda nak hosting percuma ni mari kita sama-sama join peraduan 'Saya nak hosting percuma pengendali blog'yang di taja sepenuhnya oleh Malaysia Web Hosting . Ini adalah peluang bagi anda yang dah ada blog tapi masih menggunakan platform blogspot atau wordpress.com untuk merubah angin berblogging. Dan jika anda bercadang untuk membuka kedai onine inilah peluang keemasan anda. Guna hosting sendiri lagi best bah.Bagi yang dah ada blog hosting sendiri mungkin peluang untuk anda bertukar hosting atau membuat blog baru menggunakan hosting baru ni.


Hosting Percuma..kalaulah saya menang !


Ni nak cerita pulak kalau saya menang peraduan ni 'Apa yang perlu saya lakukan pada hosting ni". Jika di ikutkan hati kalau tak menangpun tak apa sebab saya sebenarnya memang tidak ada perancangan untuk memiliki hosting yang baru. Setakat ini semasa saya menulis entri ini saya belum lagi buat perancangan tentang kegunaan hosting Malaysia Web Hosting kepada saya. Tapi yang pasti saya akan cuba bina satu blog dan jadikan blog baru ini sebagai tempat untuk try and error hosting ini dan cuba membandingkannya dengan hosting yang saya gunakan sekarang. Jika hosting dari Malaysia Web Hosting ni memberikan servis yang terbaik saya tidak akan teragak-agak untuk pindahkan hosting blog saya ini ke Malaysia Web Hosting.

Anda pula bagaimana jom rebutlah peluang ini kerana pihak Pengendali Blog telah memberikan kita peluang untuk memiliki hosting percuma selama 2 tahun yang bernilai RM200.00 . Cepat-cepat mari kita join ramai-ramai.

Jika anda masih baru lagi dalam membina blog self-hosting ini saya sarankan anda membaca artikel ini :

1. Langkah awal sebelum membina blog

2. Panduan Install Blog WordPress

Unfriend Finder - Ketahui kawan yang putuskan hubungan di facebook.

on 7 Feb 2012

Unfriend Finder adalah merupakan satu add-on baru yang di pasang di facebook. Add-on ini berfungsi untuk mengetahui rakan yang memutuskan hubungan persahabatan dengan kita di facebook. Sebelum ini pihak facebook merahsiakan siapa yang putuskan persahabatan atau 'unfriend' dengan kita. Jadi dengan addon ini sekarang dah tak berahsia lagi. Melalui add-on ini juga kita dapat melihat kawan yang kita request tapi tak comfirm request friend dari kita.


JIka anda ingin memasang plugin ini pada facebook anda ia bergantung kepada browser yang anda gunakan. Untuk pengguna firefox anda boleh install dan download melalui link ini. Anda hanya perlu ikut arahan seperti yang di terangkan pada link yang saya berikan. Pengguna browser selain dari firefox juga boleh menggunakan add-on ini.

Selamat mencuba unfriend finder. Jika anda ada pertanyaan berkaitan dengan add-on ini anda boleh ajukan soalan diruangan komen.

Tak mahu tunggu, cepat-cepat klik X.

on 5 Feb 2012

Alamak tak ada idealah nak tulis apa dalam blog. Apa benda nak tulis ni. Inilah situasi yang biasa di alami oleh blogger. Oleh kerana tidak ada idea saya pun google "tips mendapat idea menulis blog". Banyak juga cadangan-cadangan yang diberikan. Sambil google saya blogwalking . Jumpa blog yang best dan menarik terus bookmark. Sambil tu saya tinggalkan komen dan kalau tak ada idea juga nak komen saya jadi silence reader je. Tinggalkan komen tu maknanya tinggalkan jejak. Dengan harapan pemilik blog tu nanti berkunjung kat blog saya ni dan tinggalkan komen juga. Ada ke yang membalas kunjungan saya tu.Harap adalah kan.Paling saya suka kalau blog tu guna plugin comment love..anda juga pasti suka kan tinggalkan komen yang ada comment love.

Kita balik pada topik asal "Tak mahu tunggu, cepat-cepat klik 'x'". Semasa saya mencari maklumat yang diperlukan banyak juga blog yang menggunakan plugin facebook ni. Sebelum tu aku minta maaflah banyak-banyak pada yang berkenaan dan yang terasa hati tu. Saya cuma nak lontarkan pendapat sahaja.

faceabook-klik

Apa pendapat anda jika buka blog keluar pop up seperti di atas. Masa menunggu 2 minit lama tu . Saya percaya  plugin ini telah banyak membantu para usahawan internet menambahkan pengikut mereka di facebook seterusnya menambah pendapatan online. Bagaimana pula jika blog peribadi diletakkan plugin ini. Terus-terang saya katakan, saya akan terus tekan 'x' utk blog sebegini.  Bagilah peluang kita meneroka dulu blog tu. Jika bagus kita dengan rela hati akan klik like. Bukannya secara paksa rela.

Saya memang akui plugin ini banyak memberi kebaikan kepada usahawan internet tapi adakah anda sedar dengan menetapkan masa menunggu terlalu lama akan menyebabkan ramai pengunjung blog anda lari. So cadangan saya tetapkan masa menunggu kurang dari 60 saat atau kurang 30 saat. Apa yang saya dapati ialah blog yang ada plugin ini biasanya berada dalam top 10 google. Tu yang sayangnya kalau pengunjung terus klik 'x'.

Kenapa saya tidak mahu klik 'Like' dan memilih untuk klik 'x'.Ini kerana saya sudah serik dipaksa klik 'like' pastu nak login facebook lagi.Bila dah buat semua tu dan baca artikel tidak berkaitan dengan apa yang kita nak cari. Memang rasa tertipu. So sekarang saya ambil langkah berhati-hati kerana tidak mahu tertipu lagi dan tidak mahu manunggu lama-lama.

Untuk yang menggunakan plugin ini teruskanlah jika anda ingin menggunakannya tapi seperti yang sudah saya nyatakan biarlah masa menunggu tu dipendekkan. Sebab kita nak baca dulu apa yang ada kat blog anda kemudian baru buat keputusan untuk klik 'like' atau tidak. Kalau masa menunggu tu singkat sekurang-kurangnya jika kita tak klik 'like' tidaklah rasa tersiksa sangat menunggu. Jadi kebaikkannya pengunjung blog anda tidak akan lari begitu sahaja tanpa membaca artikel yang ada dalam blog. Sekurang-kurangnya masa menunggu jika tak klik like tu tidaklah terlalu lama. Ingat tu 'menunggu adalah satu penyiksaan'. Bayangkan pengguna yang mengguna line internet yang slow. Dahlah loading nanti lambat dan terpaksa pula nak klik like atau menunggu masa tu habis. Lecehkan. Bukan semua orang mahu senang-senang nak 'like' facebook kita kan..kan..

Ini adalah pendapat saya sahaja dan tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Tiada niat untuk merosakkan bisnes orang. Kerana bagi saya teknologi itu adalah untuk memudahkan kerja bukannya menyusahkan.

Jika anda ada pendapat anda boleh tinggalkan di ruangan komen. Kita berbincang untuk kebaikkan bersama.

Cara Print Screen pada Mac

on 1 Feb 2012

Print Screen adalah merupakan satu proses kita mengambil gambar pada screen komputer dan akan disimpan dalam file image. Bagi pengguna windows biasanya pada papan kekunci memang sudah ada butang Print Screen. Cuma perlu tekan Print Screen dan seterusnya paste di mana-mana aplikasi untuk mengedit gambar. Contohnya seperti paint. Bagaimana pula untuk pengguna Mac Book. Ini kerana pada papan kekunci mac tidak ada butang print screen seperti pada windows.


Keyboard Windows ( Acer/ Dell / Hp / Samsung/ Compaq )


acer keyboardKeyboard mac


1. Untuk melakukan print screen keseluruhan paparan screen.



  • Tekan tombol ⌘ + Shift + 3 lalu lepas semua tombol tadi. [ tekan 1 + 2 + 3 ]

  • Anda boleh lihat hasil print screen Anda di desktop.

2. Untuk melakukan print screen bahagian tertentu pada screen  :



  • Tekan tombol ⌘ + Shift + 4 lalu lepas semua butang tadi.

  • Kursor pada mouse Anda akan berubah menjadi +.

  • Selapas anda tandakan bahagian yang hendak di print screen anda boleh melihat hasilnya di desktop dalam bentuk foto.

3. Untuk melakukan print screen salah satu window aplikasi saja, maka cara yang perlu dilakukan  :



  • Tekan bersamaan tombol ⌘ + Shift + 4 dan lepas.

  • Kursor pada mouse berubah menjadi +

  • Klik butang space pada keyboard.

  • Kursor pada mouse sekarang berubah menjadi gambar kamera.

  • Klik pada windows aplikasi yang ingin Anda print screen.

  • Hasilnya  Anda  boleh lihat di desktop.

Semoga tutorial ini berguna untuk anda. Jika artikel ini berguna untuk rakan anda sila kongsikan dengan klik butang kongsi / share di bawah. Dan jangan lupa tinggalkan komen anda.
 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved