A'kum dan Salam perpaduan,
Pada entri kali saya ingin berkongsi bagaimana cara "install windows 7 pada Mac OS". Baiklah disini saya memperkenalkan satu utiliti yang ada pada Macbbook iaitu bootcamp. Bootcamp ini adalah berfungsi untuk install windows xp / vista/ 7 pada Macbook anda. Dalam entri ini saya tidak akan tunjukkan anda langkah demi langkah untuk install windows 7 kerana cara install windows 7 ini lebih kurang sama sahaja. Cuma pada macbook kita tidak perlu nak tekan F12 ke apa ke untuk boot CD Windows. Kita mulakan.....
1. Klik Aplikasi ---> Utilities ---> Bootcamp. Anda boleh cetak panduan untuk installation atau boleh klik butang continue...
2. Pada bahagian ini anda boleh pilih pilihan pertama atau yang kedua dan klik continue. Jika anda anda dvd installation yang dibekalkan semasa anda membeli macbook anda pilih yang kedua untuk jimat masa download.
3. Seterusnya ialah untuk membuat partition yang akan digunakan untuk install windows 7. Pada bahagian ini anda perlu tentukan kapasiti partition yang hendak digunakan install windows 7. Setelah itu klik butang partition.
4. Setelah melalui proses ini anda sudah bersedia untuk install windows 7 pada macbook anda.
Untuk proses intsall windows 7 anda hanya perlu masukkan cd windows 7. Kemudian hanya perlu klik butang 'start installation'. Seterusnya anda hanya perlu ikut arahan semasa intsall windows . Anda boleh install samada windows xp atau vista melalui kaedah ini. Dengan menginstall menggunakan bootcamp ini bermakna komputer mac anda akan menjadi dualboot( Mac OS dan Win7 ).
Setelah anda berjaya intsall windows 7 anda perlu intsall pula driver supaya windows 7 anda dapat berkerja dengan baik dalam macbook anda. Masukkan DVD Mac Os installation. Cari folder boot camp dan klik setup untuk install.
Sekiranya anda mengalami masalah tidak dapat loading windows 7 yang telah diinstall anda boleh atasi masalah ini dengan dua cara.
1. Restart macbook anda. Tekan kekunci 'option' sebelum macbook anda loading (screen masih hitam) tekan 'option' jangan dilepaskan sehingga keluar icon partition Macintosh dan Windows. Kemudian anda boleh pilih sistem operasi mana yang hendak anda gunakan. Dalam situasi ini anda pilih windows 7.
2. Cara kedua pula ialah pergi ke System preferences pada macbook anda. Kemudian pilih startup disk. Kemudian anda pilih windows 7 dan klik restart. Siap.
Apple menyediakan satu utilities yang dapat memudahkan pengguna memasang sistem operasi dalam macbbook mereka. Pengguna juga boleh menggunakan cara di atas untuk memasang sistem operasi yang lain selain dari windows 7. Sebagai contoh, memasang sistem operasi ubuntu.
Untuk uninstall atau remove windows 7 yang telah diinstall saya akan buat entri yang lain nanti.Selamat mencuba.
memang jauh saya ketinggalan..
ReplyDeletetak pernah guna teknologi apple ni
Nanti kalau ada rezeki boleh beli satu.
ReplyDeleteSaya masih tetap berpegang kepada mac os kerana ia adalah satu os yang mempunyai risiko virus percuma daripada 7 window.:) Maklumat Great!Jika aku akan cuba untuk memasang tingkap os pada mac saya maklumat ini pasti akan membantu.
ReplyDelete