Wordless Wednesday - Panggang

on 27 Jun 2012

[caption id="attachment_848" align="aligncenter" width="500"]Wordless Wednesday Wordless Wednesday - Panggang[/caption]

Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

Eyriqazz vs Denaihati


Cabaran kali ini adalah merupakan cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Ini adalah contest kali-3 yang saya ikut. Contest yang berkonsepkan SEO adalah yang pertama saya join. Contest sebelum ini yang saya join pun tak menang. Bukan rezeki saya.



Eyriqazz vs Denaihati

Cabaran SEO Eryqazz vs Denaihati
Kali ini pun join memang tujuan nak menang tapi tujuan utama ialah nak melihat sejauh mana SEO blog anjangman.com . Harap dengan keyword eyriqazz vs denaihati ini sekurang-kurangnya mendapat tempat dalam top 10 di muka pertama google.com.my. Kalau dapat top 3 itu rezeki sayalah he..he..he..

Berbalik kepada cabaran ini sesiapa yang belum join tu bolehlah ke sini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini.

Berkenalan dengan Eyriqazz vs Denaihati


Terus terang saya beritahu, saya memang tidak kenal dengan kedua-dua blogger hebat ini dalam dunia nyata. Cuma selama ini saya hanya menjadi silence reader untuk blog denaihati.com dengan taglinenya Hidup Untuk Memberi dan mengenali beliau hanya dari blognya sahaja. Manakala untuk blog eyriqazz.com dengan Taglinenya 'Great Teacher Onizuka saya cuma menjadi pembaca setelah mengetahui cabaran ini dari blog teratakusang.com .

Saya amat pasti walaupun tidak kenal dengan kedua-dua lelaki kacak ini mereka adalah sangat hebat dalam dunia blogging Malaysia. Ini kerana setelah saya menyemak blog mereka di google Page Rank saya dapati blog Eyriqazz.com mempunyai PR 3 dan blog denaihati.com pula PR4. Daripada PR ini saya dapat membuat kesimpulan Eyriqazz vs Denaihati sama-sama hebat dalam niche mereka. Kalau dibandingkan PR boleh dikatakan blog denaihati.com mendahului blog Eyriqazz.com . Anda boleh lihat screenshot di bawah.

SEO Eyriqazz Vs Denaihati

Denaihati Vs Eyriqazz

Bagi mengenali kedua-dua lelaki hebat 1 Malaysia ini, saya perlu lebih banyak membaca tulisan-tulisan mereka di Eyriqazz.com dan Denaihati.com. Saya pun masih baru dalam dunia blogging. Umur blog saya pun belum sampai satu tahun jika nak dibandingkan dengan blog otai kita Eyriqazz vs Denaihati. Saya juga berharap dapat belajar berblogging daripada kedua-dua otai blogger Malaysia ini. Rasa rugi juga kalau tidak mengikuti perkembangan blog mereka kerana banyak tip-tip yang dikongsikan untuk membantu blogger baru seperti saya untuk bertahan di dunia blogging.


Kesimpulan Eyriqazz vs Denaihati


Tidak banyak yang dapat saya nyatakan tentang kedua-dua lelaki kacak yang hebat dalam dunia blogging ini. Dapat saya katakan di sini Eyriqazz vs Denaihati kedua-duanya hebat dan mempunyai ramai pengikut dan pembaca yang setia. Dan tidak hairanlah jika mereka mendapat pendapatan yang lumayan hasil dari berblogging.Kedua-dua popular, cuma saya sahaja yang ketinggalan daripada mengenali dan mengikuti perkembangan mereka. Harap entri ringaks ini dapat di terima oleh pihak penganjur untuk menyertai contest Eyriqazz vs Denaihati.






Marilah kita sama-sama memeriahkan dunia blogging Malaysia dan memeriahkan enjin carian google.com.my dengan keyword Eyriqazz vs Denaihati.

Cara save web page dalam format pdf

on 23 Jun 2012

Cara save web page dalam format pdf


Hari ini saya akan berkongsi tutorial ringkas untuk pengguna Mac OS X satu cara untuk simpan atau save laman blog dalam format pdf. Sekiranya anda ingin 'save as' laman web ia biasanya dalam format html. Atau anda perlu copy paste kandungan web ke ms office word dan save dalam format .doc atau .docx.

Antara kelebihannya ialah memudahkan kita untuk menyimpan nota atau toturial yang kita perolehi dari blog yang kita jumpa. Bila di simpan dalam bentuk pdf anda boleh merujuk balik tutorial yang anda perolehi tanpa perlu online.   Jadi tutorial yang kita save tadi akan menjadi koleksi dalam bentuk e-book (pdf).

Untuk tutorial kali ini saya akan menggunakan blog ini sebagai contoh tutorial yang akan kita save nanti. Klik Sini. Selepas anda buka laman web tadi atau anda boleh buka mana-mana laman web yang ingin anda save terpulang pada anda.

Kemudian anda klik menu File --> Print atau untuk short cut klik command + P . Bukan klik save as ok. Selepas itu akan ada paparan seperti kat bawah ni. Tak ada sambungan ke printer pun tak apa sebab kita bukan nak print.



Anda perlu klik open PDF in Preview. Akhir sekali pada preview barulah anda save atau save as pdf file anda tadi. Anda boleh gunakan cara ini untuk menghantar tutorial yang anda buat di blog anda di laman web pdf submit seperti scribd.com .

Jangan lupa letak link blog anda jika submit pdf file anda di scribd.com untuk tambahkan trafic blog anda. Contoh hasil setelah di save dalam format PDF.


Jangan lupa tinggalkan komen jika entri Save laman web/blog dalam format .PDF ini membantu anda. Bagi pengguna windows anda boleh cari di google dengan kata kunci "How to save web page in pdf" . Selamat mencuba.

Install Games Menggunakan Installous.

on 8 Jun 2012

Install games mengunakan installous - Bagi mereka yang telah jailbreak ipad anda boleh install 'installous' dalam ipad anda bagi memudahkan anda untuk mendownload games percuma. Tapi pastikan ipad anda telah di jaibreak dahulu.



Jika anda belum jailbreak ipad dan masih mencari cara untuk jailbreak anda boleh rujuk di sini. Untuk install 'installous' anda boleh menggunakan cydia. Tanpa melengahkan masa mari kita ikuti langkah demi langkah untuk memasang installous dalam ipad anda. Anda mungkin juga boleh mencuba memasang installous dalam iphone atau ipod anda.


Ikuti langkah di bawah dan pastikan ipad anda ada sambungan internet .



  1. Pertama anda buka cydia

  2. klik manage --> source --> edit -->add

  3. klik cydia.hackulo.us --> add source

  4. apabila ada notice klik saja ok add anyway

  5. tunggu sehingga selesai ( sambil minum kopi tongkat ali + ginseng ).

  6. klik lagi cydia -->mange sources -->hackulo.us

  7. disana anda akan akan menemukan installous klik dan install atau anda boleh melakukan seaching di cydia dan masukkan perkataan “installous” lalu install. Sekarang kalau tak silap installous 5.

Semetara menunggu proses downloading selesai mungkin akan mengambil masa sehingga 5 minit dan bergantung kepada kelajuan internet anda. Buatlah apa yang patut sebelum proses selesai.

Setelah proses memasang installous anda selesai pastikan pada setting installous iaitu pada sebelah kanan atas pada bahagian --> install automaticly >> mestilah di 'on' .

Sekarang anda boleh downlaod games berbayar secara percuma di installous. Semoga artikel Install games mengunakan installous memberi manfaat kepada anda.



Jailbreak untethered iOS 5.1.1 ipad 2

on 4 Jun 2012


Jailbreak untethered iOS 5.1.1 ipad 2 - Setelah menanti selama lebih 6 bulan selepas apple melepaskan ios versi 5.1 kini aku dapat juga jailbreak kan ipad
3  2 apabila ios 5.1.1 keluarkan. sebenarnya untuk versi 5.1 tidak ada jailbreak untetrethed. Yang ada cuma jailbreak tetrethed sahaja. Bagi pengguna produk apple inilah antara perkara yang akan mereka nantikan. Bagi yang suka guna software terutama games yang di crack.


Ini adalah pengalaman kali pertama jailbreak ipad. Sebelum anda men-jailbreak produk apple anda sama ada ipad, iphone atau ipod. Pastikan anda telah mengemaskinikan versi ios anda kepada versi 5.1.1. Kemudian anda perlu back up ipad, iphone atau ipod anda. Ini adalah untuk mengelakkan sesuatu yang tidak di ingini berlaku dan anda boleh restore balik supaya semua software dan fail anda tidak hilang. Hanya untuk keselamatan sahaja supaya anda tidak mengelabah bila ipad, iphone atau ipod anda buat hal selepas jailbreak.

Sebelum men-jailbreak juga anda harus memastikan ipad, iphone atau ipod anda menyokong aplikasi yang akan di gunakan untuk jailbreak. Untuk pengetahuan anda jika anda melakukan jailbreak pada produk apple anda kemungkinan besar jaminan untuk produk anda terbatal. Jika apa-apa berlaku kepada produk anda ia tidak ada jaminan lagi daripada pihak apple.

Semasa jailbreak juga anda harus bersedia untuk menerima risiko produk apple anda kondem atau tidak boleh di hidupkan atau mati total. Bukan untuk menakutkan tapi sebagai peringatan supaya anda berhati-hati semasa melakukan jailbreak.

Walaupun ada risiko untuk men-jailbreak produk apple , ia adalah perkara yang amat di nantikan kerana setelah berjaya melakukan jailbreak kita boleh melakukan setting dan install pelbagai aplikasi yang akan memberikan kita lebih kebebasan untuk menggunakan sepenuhnya produk apple tanpa mengeluarkan RM he..he..he...


Jailbreak juga membolehkan kita untuk install produk berbayar yang telah di crack dalam ipad, iphone atau ipod. Nak beli software game yang ada kat apple store memang tak larat he..he..he.. jadi jailbreak adalah satu cara yang ada untuk mengatasinya.

Sekiranya berlaku kegagalan semasa melakukan jailbreak, adalah disarankan supaya anda juga belajar cara untuk restore ipad, iphone atau ipod anda. Cara untuk restore adalah mudah anda hanya perlu hubungkan ipad, iphone atau ipod pada pada itunes ( pastikan anda telah install itunes dalam komputer anda ).

Untuk belajar cara jailbreak ipad, iphone atau ipod anda boleh klik di SINI atau di SINUN . Setelah berjaya jailbreak anda boleh download perisian yang telah di crack di sini.

Walaupun dah berjaya jailbreak sekali-sekala belilah produk yang ada dalam app store. Kesian tengok para developer yang membangunkan perisian. Saya pun masih beli perisian dalam app store. Tapi yang harga bawah USD2.00 he..he..

Adakah anda masih mahu melakukan jailbreak pada produk apple anda ? Ia terpulang pada anda sendiri...

Semoga artikel Jailbreak untethered iOS 5.1.1 ipad 2 ini membantu anda.

Cara pasang google snippet di blog wordpress

on 2 Jun 2012



Cara pasang google snippet di blog wordpress, setakat ini aku masih lagi belum berjaya untuk memasangnya. Setelah aku terbaca berkenaan google snippet di sini aku berminat dan tertarik untuk memasang di blog aku. Dari apa yang aku baca ada banyak kelebihan menggunakan google snippets ni. Pendek kata ia lebih mesra SEO. Itu point yang penting. Lain-lain kelebihan aku tak pasti boleh cari kat google.


Tapi sebelum tu aku minta maaf sebab aku bukan nak beri "tutorial cara pasang google snippets kat blog wordpress" seperti yang tertera di tajuk tapi nak cerita betapa susahnya aku nak paham cara nak pasang benda alah ni dalam blog aku. Terus-terang cakap, aku masih lagi gagal nak memasang google snippets ni.

Kat bawah ni contoh bila kita dah pasang google snippet kat blog kita. Yang bestnya bila gambar kita tu akan keluar bila orang search kat enjin carian google.

Juan, oleh kerana aku jumpa pasal google snippet ni kat blog kau, jadi aku guna hasil carian dari blog kau untuk tampal kat sini. Jangan marah Juan.


Aku berhenti mencuba, bukan bermakna berhenti terus tapi nak bagi ruang kat otak aku yang jenis lambat faham ni supaya dapat mengesan kat mana kesalahan yang aku lakukan masa nak memasang google snippets ni. Esok kalau tak sibuk aku nak cuba lagi hingga berjaya.

Jika ada yang hendak memasang google snippet ni pada blog kau orang boleh rujuk kat sini atau bagi yang guna blogspot boleh rujuk sini. Kat sini untuk yang guna wordpress self hosting.

Bagi kawan-kawan kita yang dah berjaya menggunakan google snippet tahniah. Kongsilah pengetahuan anda di sini dan bagi link tutorial. Dah jenuh cari kat google, cuba dan cuba tapi masih lagi gagal. Kalau ada tutorial dalam BM bagus lagi . Maklumlah aku ni bila baca yang dalam BI bukan tak faham tapi selalu salah faham. Tu yang masalahnya.

Marilah kita ramai-ramai meriahkan search engine google dengan google snippet.
 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved