Cara pasang google snippet di blog wordpress, setakat ini aku masih lagi belum berjaya untuk memasangnya. Setelah aku terbaca berkenaan google snippet di sini aku berminat dan tertarik untuk memasang di blog aku. Dari apa yang aku baca ada banyak kelebihan menggunakan google snippets ni. Pendek kata ia lebih mesra SEO. Itu point yang penting. Lain-lain kelebihan aku tak pasti boleh cari kat google.
Tapi sebelum tu aku minta maaf sebab aku bukan nak beri "tutorial cara pasang google snippets kat blog wordpress" seperti yang tertera di tajuk tapi nak cerita betapa susahnya aku nak paham cara nak pasang benda alah ni dalam blog aku. Terus-terang cakap, aku masih lagi gagal nak memasang google snippets ni.
Kat bawah ni contoh bila kita dah pasang google snippet kat blog kita. Yang bestnya bila gambar kita tu akan keluar bila orang search kat enjin carian google.
Juan, oleh kerana aku jumpa pasal google snippet ni kat blog kau, jadi aku guna hasil carian dari blog kau untuk tampal kat sini. Jangan marah Juan.
Aku berhenti mencuba, bukan bermakna berhenti terus tapi nak bagi ruang kat otak aku yang jenis lambat faham ni supaya dapat mengesan kat mana kesalahan yang aku lakukan masa nak memasang google snippets ni. Esok kalau tak sibuk aku nak cuba lagi hingga berjaya.
Jika ada yang hendak memasang google snippet ni pada blog kau orang boleh rujuk kat sini atau bagi yang guna blogspot boleh rujuk sini. Kat sini untuk yang guna wordpress self hosting.
Bagi kawan-kawan kita yang dah berjaya menggunakan google snippet tahniah. Kongsilah pengetahuan anda di sini dan bagi link tutorial. Dah jenuh cari kat google, cuba dan cuba tapi masih lagi gagal. Kalau ada tutorial dalam BM bagus lagi . Maklumlah aku ni bila baca yang dalam BI bukan tak faham tapi selalu salah faham. Tu yang masalahnya.
Marilah kita ramai-ramai meriahkan search engine google dengan google snippet.
haa.. aku pun nak blaja.. siapa boleh tolong ajarkan
ReplyDeleteaku ambil masa hampir sebulan juga nak belajar dan pasang benda ni
ReplyDeletenanti aku tulis kat blog
Cepat sikit buat tutorial, aku rasa ia bergantung juga dgn theme yg kita gunakan. Betul ke ?
ReplyDeleteAzydy, tunggu tutorial dr Tehr.. kalau tak sabar godek2 kat google.Aku pun nak cari org yg boleh ajar aku ni.
ReplyDeletewanwidget dah berjaya..sy msih terkial2 nk setting ag.. :)
ReplyDeleteSamalah kita. Teruskan usaha. Dah berjaya nanti kongsi kan pengalaman tu. Aku pun masih terkial2 ni.
ReplyDeleteaku x kisah, janji kacak wajah aku terpampang kat sini, hehe, aku bagi sikit tip, tp x tau la berjaya ker x, kau dah letak tak link blog kau kat google+, lepas tu link google plus plak kena letak kat bahagian about kat blog, jadi maknanya antara blog dan google+ bersangkut paut satu sama lain
ReplyDeleteaku baru check tgk bahagian about kau xda link google+, kena letak link google+(profil link punya) kat bahagian about blog. lepas tu tgk samada berjaya atau x
ReplyDeleteAku dah delete link kat bhgn about. Tapi kat google+ masih lagi. Nanti aku cuba lagi. Kalau aku dah buat nanti aku minta tolong kau cek. Aku nak tengok code blog kau dulu cara nak letak cam ner.Ok tq.
ReplyDeleteya la
ReplyDeleteaku pun ada buat about tu
Aku pun dah buat ari tu. Bila tak berjaya aku delete jer lah.
ReplyDeletemasih terkial-kial lagi tentang google snippet nie...setahu aku setelah dipasang ia akan ambik masa yang agak lama untuk muncul tetapi boleh check dulu preview kat google webmaster tool ada tutorialnya.
ReplyDeleteByk error keluar bila cek, tu yg buat saya mental.
ReplyDeletesabar2....huhu..cuba slow2..
ReplyDeletememang susah nak faham benda alah ni...haha...fenin!
ReplyDeleteMmmg pun..mlm tadi cuba masih tak dpt hu..hu..hu..
ReplyDeleteDah slow sgt ni he..he..he..
ReplyDeleteaku dh malas nk godek snippet tuk blogspot...w/p rasanya mudah sikit...
ReplyDeleteTak pe..nanti kalau dah rajin balik bolehgodek2 balik.
ReplyDeleteterbaru bagi aku..kena cuba ni..
ReplyDeleteYa..mesti cuba
ReplyDeleteNak sonang pakai plugin je bro ;)
ReplyDeleteDah guna plugin tapi masih tak berjaya lagi.
ReplyDelete