Kelawar Salai

on 18 Mar 2012

Assalamualikum dan salam 1 Malaysia,


Lama juga tak update blog ni. Post ni sebenarnya dah lama nak publish tapi tak sempat-sempat. Pernah tak anda jumpa orang jual kelawar salai ?Kalau tak pernah tengok ni dia...tengok yang dalam plastik warna biru tu. Bukan nanas. Yang dalam plastik warna hijau tu ialah daun ubi atau daun pasak tutok (dlm bahasa iban). Ha.. yang dalam plastik warna biru inilah kelawar salai atau 'sesindap salai'( dlm bahasa iban).


Kelawar SalaiNak gambar lagi....

Kelawar SalaiKelawar salai ni dijual di Market Teresang, Kapit. Sebenarnya jarang jumpa orang jual kelawar salai.Ni pun 1st time saya tengok orang jual. Harga bagi satu bungkus kelawar salai iaitu sebanyak 3 ekor ialah RM10.00 . Mahal giler.... siapa nak boleh order dengan saya he..he...tambah harga post RM8.00...


Apa khasiat makan haiwan ini ? Banyak pendapat mengatakan daging kelawar baik untuk mengubati penyakit. Ia merupakan ubat tradisional. Adalah dipercayai bahawa hati kelawar boleh mengubati penyakit asma. Bukan sahaja hatinya dagingnya juga dipercayai boleh mengubati asma. Anda boleh cari lebih lanjut berkenaan dengan khasiat daging kelawar di google.


Kepada peminat makanan eksotik, jangan ketinggalan untuk mencuba makanan ini. Atau yang menghidap penyakit asma boleh cuba makanan ini. Nyam..nyam..saya tak makan makanan ini he..he..he..


 

Dirotan guru hingga lebam kerana ejek kawan

on 4 Mar 2012

Dirotan kerana ejek kawankena rotan guru


MELAKA: Kesalahan didakwa dilakukannya hanyalah mengejek kawan, namun balasan diterima seorang pelajar sekolah tahfiz di Alor Gajah, dekat sini, sangat memilukan apabila dirotan beberapa kali oleh ustaz di depan pelajar lain.

Akibat kejadian jam 7.30 pagi Khamis lalu, Amir Azanuddin Abd Rahim, 14, lebam dan calar balar pada belakang badan, kedua-dua bahu dan belakang betis selepas dipukul beberapa minit dengan rotan sebesar ibu jari.


Difahamkan, ustaz berusia 40-an itu dikatakan membalut hujung rotan dengan pita pelekat sebelum merotan mangsa selepas mengetahui perbuatan Amir Azanuddin dan tindakan itu dibuat di dalam sebuah bilik di tahfiz itu.
 Mangsa yang tidak tahan disebat dengan rotan kemudian melarikan diri ke luar dan meminta pertolongan daripada seorang peniaga lelaki dikenali sebagai Along.


Bapa mangsa, Abd Rahim Abdul Wahid, 37, ketika ditemui di rumahnya malam kelmarin berkata, dia suami isteri kesal dan tidak menyangka ustaz terbabit sanggup merotan anak kedua daripada lima beradik itu hingga terpaksa menahan kesakitan.

Menurutnya, ketika kejadian, dia pergi mengambil anak perempuannya di sekolah sebelum dihubungi isterinya, Memedalina Abu, 34, memberitahu seorang lelaki datang ke rumah mereka di Taman Seri Sutera, Pengkalan, Alor Gajah jam 1 tengah hari menceritakan Amir Azanuddin menangis akibat dirotan seorang ustaz.
“Isteri berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Along beritahu, anak kami menangis dan berlari-lari di kawasan Masjid Alor Gajah kerana dipukul ustaz. Along minta isteri saya pergi melihat keadaan anak.


“Sebaik mendapat tahu, saya terus pergi mengambil anak pada jam 1.40 tengah hari yang ketika itu berada di dalam masjid itu.
 “Ketika sampai, saya minta rakannya panggil anak saya dan apabila memeriksa fizikalnya ada banyak calar balar pada belakang badan, kedua-dua bahu dan betis. Dia (anak) beritahu dipukul ustaz kerana mengejek kawan,” katanya.


Abd Rahim yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, tindakan ustaz terbabit merotan anaknya tidak setimpal kesalahan dilakukan.

Katanya, dia suami isteri sepakat menghantar anaknya menyambung pelajaran tahfiz di maahad tahfiz persendirian itu dengan niat supaya menjadi guru agama.

“Saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah pada jam 7.15 malam hari sama kerana tidak mahu pelajar lain mengalami nasib seperti anak saya dan berharap ustaz terbabit menerima balasan atas tindakannya.

“Selepas membuat laporan, pegawai penyiasat memanggil ustaz terbabit ke balai, dan saya serta isteri bersemuka dengannya.

“Ustaz itu mengaku memukul anak saya dan memohon maaf berkali-kali kerana mendakwa ketika itu dia terlalu beremosi. Namun saya hanya mendiamkan diri mendengar pengakuannya,” katanya.

Sementara itu, Memedalina berkata, dia tidak dapat menerima tindakan ustaz terbabit merotan anaknya hingga meninggalkan kesan teruk.

Katanya, sebelum ini mangsa pernah belajar di sebuah tahfiz di Langkap, Perak dalam jurusan hafazan dengan yuran RM200 sebulan dan tidak timbul masalah.

“Ketika belajar di sana, dia tinggal dengan datuknya dan tidak timbul masalah seperti di sekolah ini. Jadi saya dan suami sepakat supaya anak sambung belajar di tahfiz di sini (Alor Gajah) dengan yuran sama dalam ilmu kitab, dan dijangka keluar apabila genap 21 tahun.

“Mula-mula mendaftar dulu, kami dimaklumkan maahad di situ tidak menggunakan rotan, namun sebaliknya berlaku.

“Sekarang anak saya tidak mahu sambung belajar lagi dan saya rasa kesal dan terkilan dengan apa yang beraku. Malah, saya kesal apabila ustaz terbabit mengaku dan memohon maaf kerana alasan dia tidak sengaja merotan anak kami,” katanya dengan nada sebak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
sumber : hmetro.com.my

Untuk rakan guru jadikan peristiwa sebegini sebagai pengajaran untuk kita terus mendidik anak bangsa. Bagi saya sebagai seorang guru menghukum tiada salahnya. Cuma cara kita menghukum itu pastikan tidak mencederakan pelajar sama ada dari segi fizikal dan mental.

Pesanan saya kepada diri saya sendiri dan rakan guru jika kita hendak menghukum pastikan niat kita betul. Menghukum dengan niat untuk mendidik bukan untuk menyakitkan pelajar. Yang kedua ialah jangan menghukum dalam keadaan marah. Sebab bila kita marah syaitan akan lebih mudah menguasai diri kita. Bila kita marah juga benda yang kecilpun boleh menjadi besar. Sebab itu menghukum dalam keadaan yang marah haruslah dielakkan.

Semoga apa yang berlaku tidak mematahkan semangat para guru untuk mendidik anak bangsa. Ini  kerana ada sesetengah guru mengambil jalan mudah dengan tidak mengambil tindakan walaupun sedar pelajar melakukan kesalahan.















 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved