Cara save web page dalam format pdf
Hari ini saya akan berkongsi tutorial ringkas untuk pengguna Mac OS X satu cara untuk simpan atau save laman blog dalam format pdf. Sekiranya anda ingin 'save as' laman web ia biasanya dalam format html. Atau anda perlu copy paste kandungan web ke ms office word dan save dalam format .doc atau .docx.
Antara kelebihannya ialah memudahkan kita untuk menyimpan nota atau toturial yang kita perolehi dari blog yang kita jumpa. Bila di simpan dalam bentuk pdf anda boleh merujuk balik tutorial yang anda perolehi tanpa perlu online. Jadi tutorial yang kita save tadi akan menjadi koleksi dalam bentuk e-book (pdf).
Untuk tutorial kali ini saya akan menggunakan blog ini sebagai contoh tutorial yang akan kita save nanti. Klik Sini. Selepas anda buka laman web tadi atau anda boleh buka mana-mana laman web yang ingin anda save terpulang pada anda.
Kemudian anda klik menu File --> Print atau untuk short cut klik command + P . Bukan klik save as ok. Selepas itu akan ada paparan seperti kat bawah ni. Tak ada sambungan ke printer pun tak apa sebab kita bukan nak print.
Anda perlu klik open PDF in Preview. Akhir sekali pada preview barulah anda save atau save as pdf file anda tadi. Anda boleh gunakan cara ini untuk menghantar tutorial yang anda buat di blog anda di laman web pdf submit seperti scribd.com .
Jangan lupa letak link blog anda jika submit pdf file anda di scribd.com untuk tambahkan trafic blog anda. Contoh hasil setelah di save dalam format PDF.
Jangan lupa tinggalkan komen jika entri Save laman web/blog dalam format .PDF ini membantu anda. Bagi pengguna windows anda boleh cari di google dengan kata kunci "How to save web page in pdf" . Selamat mencuba.
bro guna mac os ker? :)
ReplyDeleteYer bro..:)
ReplyDeleteaku guna windows
ReplyDeletenanti aku cari dan cuba
terima kasih banyak
Sama2..kalau guna windows boleh convert html 2 pdf guna link ini http://www.htm2pdf.co.uk/.
ReplyDeletenak cuba cari jugakk..thanks!
ReplyDeleteWelcome, jgn tak cuba.
ReplyDeleteIni adalah tip yang sangat berguna!Sejak saya ingin menukarkan beberapa maklumat saya di laman web saya untuk menyimpan laman web dalam format pdf.
ReplyDelete