Kini kami sekeluarga berada di Sibu dan akan berangkat ke Kuching hari ini. Tahun ini balik ke kuching guna kereta.
Kereta dah hantar minggu lepas guna kapal dari Kapit ke Sibu.
Untuk pengetahuan anda Kapit -Sibu belum ada jalan darat lagi. Jadi untuk membawa kereta kita menggunakan kapal/tongkang dengan tambang RM250 untuk satu perjalanan.
Hari ini mungkin kami sekeluarga akan berangkat dari Sibu town pada pukul 9.00 pagi. Perjalanan dari Sibu - Kuching memakan masa lebih kurang 6 jam. Letih juga nak memandu masa puasa ni. Apapun perjalanan tetap di teruskan.
Di Sibu kami menetap di Hotel Bahagia...budget hotel jer . Jadi kalau ada member nak datang ke Sibu bolehlah bermalam di sini. Insyaallah tempatnya selamat.
Doakan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Dan dari kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan mohon ampun dan maaf pada keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang menganali saya. Tak lupa juga rakan-rakan yang selalu singgah kat blog ini.
Ini gambar kami sekeluarga semasa raya tahun lepas. Ada dua orang puteri, putera belum ada rezeki. Doakan kami dapat putera.
Ini post pertama guna handphone. Lengguh tangan menaip, mata pun sakit tengok font kecil. Apapun thank pada my wife kerana sudi mensponsor handphone ini.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
selamat hari raya bro..:)
ReplyDeleteTq Bro..Selamt Hari Raya
ReplyDeleteSelamat hari Raya
ReplyDeleteSelamat hari raya bro
ReplyDeleteTQ..
ReplyDeletewalaupun ia adalah terlambat Selamat Hari-hari Suci
ReplyDelete