Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Agak lama juga tidak mengemaskini blog dengan entri terbaru. Rasa-rasa dah hampir satu bulan blog ini tidak di kemaskini dengan entri terbaru. Kadang-kala idea datang tapi bila hendak mengaplikasikannya, idea semacam terbantut dan mood untuk menulis entri juga terbantut. Apapun semuanya perlu diteruskan supaya apa yang dibuat kita tidak berhenti separuh jalan.
Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah diblog ini dan sudi meninggalkan komen. Komen anda adalah motivasi kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain untuk terus berblog. Lepas ini saya akan cuba gagahkan diri untuk menjengok dan membaca blog rakan-rakan lain yang lama juga tidak di baca.
Balik kepada tajuk.. minggu lepas saya telah membuat clean install untuk MacBook Pro kepada OS terbaru iaitu Mac OS X Maountain Lion. Walaupun sebelum itu saya telah meng'update' Mac Book Pro saya ke versi 10.8 dari Mac OS Lion 10.7. Ini kerana ia mengalami sedikit masalah. Akibat dari update dari versi Mac OS Snow Leopard kepada Lion dan seterusnya Mountain Lion.
Akibat daripada itu MacBook Pro saya sepatutnya lebih cepat start up menjadi lebih perlahan dan juga semasa shutdown. Selain itu selalu mengalami masalah computer freeze dan akibatnya saya terpaksa shutdown MacBook Pro saya secara paksa. Selain dari masalah itu ia juga mengakibatkan RAM saya yang 4gb selalu berbaki kurang daripada 50mb. Bila disemak inactive RAM telalu banyak sehingga hampir 2gb.
Setelah di clean install / format semua masalah ini dapat di atasi. Dan saya amat berpuas hati dengan prestasi Mac OS X Mountain Lion. Jika anda pengguna MacBook cepat-cepat lah beli di app store kerana harga yang ditawarkan hanya USD 19.99
Mac OS X Mountain Lion
Bagi yang hendak clean install Mac Book dan membuat Installer Mac OS X menggunakan pendrive anda boleh menonton video youtube dibawah.
mc os leh install kat wat live usb x?..leh cuba2..hehe
ReplyDeleteUtk Mac OS tak pasti pula, sbb tak pernah guna Mac OS live usb.Cuma utk installer je...aku pernah guna OS versi Linux je yg ada Live USB.
ReplyDeletetengah kumpul dana beli Mac, baru puas hati
ReplyDeletemac terbaik, aku guna laptop cikai je
ReplyDeleteTak juga terbaik..ada juga kelemahan..
ReplyDeleteSemoga berjaya bro..alang2 beli mac sambar iphone5 terus bro..
ReplyDeleteSaya tidak pernah lagi cuba memformat mac saya. Terima kasih kerana menyediakan pautan tentang bagaimana untuk mewujudkan usb bootable untuk memasang mac os.
ReplyDelete