Hari Terakhir Cuti Sekolah

on 3 Jan 2012

Assalamualikum dan salam 1 Malaysia,


Hari ini adalah merupakan hari terakhir cuti sekolah. Hari ini juga adalah hari terakhir untuk ibubapa dan pelajar membuat persedian untuk menempuh hari pertama persekolahan 2012. Jadi bagi guru-guru yang telah lama bercuti selamat kembali bertugas. Bagi yang mengajar dan berjauhan dari keluarga mungkin pelbagai perasaan yang ada pada masa ini. Ada juga yang rasa malas dan kurang bersemangat untuk kembali bertugas. Hanya yang empunya diri tahu he..he.. Tak kurang juga yang bersemangat tinggi malah ada yang dah sampai kat sekolah 1 minggu yang lepas.




Hari ini juga saya akan balik ke sekolah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru. Persediaan terakhir untuk menempuh hari esok telah dibuat. So dengan kembalinya saya bertugas akan kuranglah aktiviti online. Ini adalah merupakan satu cabaran bagi saya sebagai seorang newbie yang baru memulakan dunia blogging. Al-maklum sekolah tempat saya bertugas berada di pedalaman 3, walaupun ada internet kat sekolah tetapi lambatnya nak loading. Walaupun ini merupakan satu kekangan ia bukan satu alasan untuk saya berkongsi cerita dan sedikit ilmu yang diberikan kepada pembaca blog ini.


Biasalah minggu pertama persekolahan memang agak sibuk tambahan pula pada 9 Jan 2012( Isnin) ada aktiviti perasmian pecah tanah oleh Datuk Seri Dr James Jemut Masing untuk projek kampus astro. Sekolah kami adalah merupakan salah satu sekolah di pedalaman Sarawak untuk projek astro ini. Terima kasih pada pihak PPD kapit dan pihak astro kerana telah memilih SK Sungai Paku, Kapit untuk projek ini. Jadi semua persiapan akan dibuat pada minggu ini.


Akhir sekali selamat menamatkan cuti sekolah dan selamat kembali bertugas kepada rakan guru. Kepada Guru Besar baru kami, Cikgu Saiful Annuar selamat bertugas di SK Sungai Paku. Untuk Cikgu Lamsi dan Cikgu Rosita , selamat bertugas di sekolah baru Sk Sg Menuan. Jangan lupa pada kami di SK Sungai Paku. Maaf jika ada salah dan silap sepanjang kita berkerjasama menjalankan tugas di SK Sungai Paku. Kepada rakan-rakan SK Sungai Paku, jadikan tahun 2012 lebih baik dari 2011.

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

  1. cuti yang terlalu panjang.. sik bagus juak..

    ReplyDelete
  2. Boring cuti lama gilak. 2 minggu pertama jak best cuti. Lepas ya nang sik best agik.

    ReplyDelete
  3. bagaimana saya terlepas pergi ke sekolah.Setiap Masa sekolah akhir saya berasa gembira tetapi setakat ini saya telah lulus dan kini saya bekerja.

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved