Ada kuku dalam makanan !

on 22 Jan 2012

Nak kongsi cerita sikit dengan anda hari ini. Peristiwa ini berlaku semalam selapas aku balik sembahyang Jumaat.Kisahnya begini, selepas balik sembahyang Jumaat aku rancang mahu makan di sebuah kedai makan. Nama kedai makan aku rahsiakan bagi menjaga bisness orang. Mun ada yang tanya "Kenapa tak makan kat rumah jer? Sebenarnya semalam Isteri aku kerja shif pagi. Jadi makan tengah hari tak ade yang sediakan. Aku sendiri memang berat sikit nak kedapur he..he..Mungkin ada hikmat disebalik peristiwa ini.


Balik kepada cerita aku tadi..selepas balik dari sembahyang jumaat terus pegi kedai makan. Aku pesanlah nasi campur. Aku pesan sayur paku, sotong dan hati sapi masak kicap. Punyalah lapar perut terus belasah je makanan yang ada. Sambil menikmati hidangan yang ada tiba-tiba ada sesuatu yang di kunyah tapi tak hancur-hancur. Aku kunyah lagi..sambil berfikir, mungkin ini tulang ikan. Sangkaan aku merosot . Agak lama juga menguyah. Akhirnya aku berputus asa kerana apa yang dikunyah tak juga hancur dan boleh di telan. Jadi aku ambil keputusan untuk buangkan sahaja dari mulut. Bila sahaja dikeluarkan alangkah terkejutnya aku..yang aku kunyah adalah kuku pekerja kat sana. Sialan... perut aku rasa semacam ajer. Rasa nak muntah. Nak marah..aku bersabar jer kerana baru balik sembahyang jumaat tak sedap juga rasa hati nak marah-marah.

Lepas tu aku cepat-cepat nak tinggalkan kedai tu sebab aku terasa nak muntah. Datang kat rumah terus cari makanan yang boleh menghilangkan rasa mual aku. Bila teringatkat peristiwa ini memang selera makan aku menjadi kurang. Aku rasa adalah dalam 2-3 mm panjang kuku tu. Kalau rambut tu aku biasa nampak ni kuku..mak oii tolonglah jaga kebersihan sikit.

Ni aku nak bagi tau kat tauke-tauke kedai makan. Pastikan anda atau pekerja anda memotong kuku di rumah. Bukannya kat kedai makan semasa bekerja. Aku harap peristiwa yang berlaku kat aku ni tidak berlaku dengan orang lain. So berhati-hatilah kau orang bila makan kat luar. Kalau lihat dari segi luaran kedai makan tu memang bersih dan boleh di beri gred A. Tapi malangnya apa yang kita tidak sedar ialah sikap sambil lewa mereka tentang kebersihan diri.Pada saat inipun aku masih rasa lagi air liur kembang..he..he..

Bagaimana pula dengan anda. Ada tak jumpa benda asing dalam makanan semasa menjamu selera kat kedai. Jika ada kongsi diruangan komen di bawah...
Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

  1. adess.. jumpa kuku pula tu.. memang hilang selera makan.. 2-3 hari mesti masih terbayang-bayang..
    setakat ni aku tak pernah jumpa benda pelik dalam makanan.. kalau setakat rambut tu memang selalu

    ReplyDelete
  2. Aku masih fobia lagi makan kat luar..

    ReplyDelete
  3. memang fobia kalau sampai jumpa kuku dalam makanan :)

    ReplyDelete
  4. Saya rasa sakit anda. Pengalaman saya adalah dahsyat.Saya terpaksa makan di sebuah restoran dan mengarahkan burger untuk pencuci mulut.Selepas saya terpaksa menggigit makanan saya merasai sesuatu yang salah dan selepas saya muntah saya melihat separuh daripada badan lipas.Ia adalah benar-benar kasar.Ia adalah sangat dahsyat.

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved