Sebelum ini saya ada menulis berkaitan dengan “Langkah Awal Sebelum Membina Blog”. Dalam artikel itu saya ada menyentuh berkaitan dengan domain dan hosting. Mungkin antara anda masih tidak faham bagaimana hendak membeli nama domain dan hosting. Di sini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana caranya hendak mebeli domain dan hosting di www.netkl.com. Mari kita ikuti langkah mudah di bawah :
1. Layari laman web netkl.com di sini . Kemudian pilih pakej yang hendak anda beli. Bagi newbie saya sarankan anda membeli pakej yang pertama iaitu pakej web hosting.
2. Seterusnya paparan seperti dibawah akan kelihatan dan anda klik order now. Pastikan anda memilih pakej yang sesuai untuk anda.
3. Pada langkah ini ada 3 option yang harus anda pilih. Pertama ‘I want NetKL network to register a new domain for me’. Jika anda belum mempunyai domain anda boleh memilih option pertama. Jika anda membeli pakej ini domain anda adalah percuma. Anda hanya perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM60.00 setahun untuk domain & hosting. Pakej yg amat murah . Jika anda sudah memiliki nama domain anda perlu memilih ‘I want to transfer my domain to netKL Network’. Jika anda memilih option yang kedua ini anda perlu mendapatkan epp code daripada syarikat tempat anda membeli nama domain. Ini adalah untuk tujuan pengesahan nama domain anda.
Anda juga boleh memilih option yang ketiga ‘I will update my nameservers on an existing domain or I will register a new domain’. Jika ini pilihan anda, anda perlu menukarkan nameservers domain anda dengan nameserver hosting netkl.com. Biasanya nameservers akan diberikan melalui emel selepas pembayaran dibuat.Sekiranya anda telah membuat pilihan seterusnya klik ‘click to continue’.
4. Pada langkah ini anda hendaklah mempastikan bahawa poduct yang anda beli adalah betul seperti yang anda pilih. Jika sudah pasti anda boleh klik ‘add to cart’.
5. Seterusnya paparan berikut akan kelihatan. Klik tawaran untuk ‘ID protection’ kerana ia adalah percuma. Jika ada tawaran lain yang berbayar anda boleh abaikan sahaja. Jika sudah pasti klik ‘update cart’.
6. Selepas itu rumusan untuk pembelian anda akan dipaparkan bagi memudahkan anda membuat semakan yang terakhir. Sila pastikan pakej dan bayaran yang dikenakan adalah seperti yang ditawarkan. Dalam pakej my silver ini pakej hosting berharga RM60.00 setahun dan domain RM0.00. Ini bermakna langganan tahunan anda bagi pakej ini adalah RM60.00 setahun.
Pada langkah ini anda boleh memulakan semula dari langkah 1 sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pilihan anda tadi. Jika anda mempunyai code promosi anda boleh masukkan dalam kotak “promotional code'” dan klik validate code untuk mempastikan sama ada code yang anda masukkan masih valid atau tidak. Kemudian jika semuanya betul anda boleh klik ‘checkout’.
7. Pada langkah ini anda dikehendaki mengisi semua maklumat anda. Jika anda sudah memiliki akaun di netkl anda hanya perlu login sahaja.
Untuk bahagian pembayaran anda mempunyai 3 pilihan. Sama ada ingin menggunakan ‘bank transfer’,Check atau paypal. Jika anda membayar menggunakan bank transfer anda hendaklah menghantar bukti pembayaran. Jika menggunakan paypal tidak perlu bukti pembayaran.
Selepas pembayaran dibuat anda akan mendapat emel daripada netKL berkenaan dengan maklumat hosting yang anda beli. Pastikan anda menyimpan maklumat yang diberikan supaya tidak hilang. Sebaiknya anda cetak maklumat yang telah di emelkan kepada anda.
Saya harap dengan panduan ini akan dapat membantu mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging dengan menggunakan domain dan hosting berbayar. Selamat berblog. Jika ada sebarang komen atau pertanyaan berkenaan dengan panduan pembelian domain dan hosting netkl.com ini anda boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.
aku ambil yang pakej rm100 tu. hoho..
ReplyDeleteAku guna yg 60 ringgit jer..utk blog ujikaji jer..
ReplyDeletebila-bila boleh upgrade..
ReplyDeleteaku dari awal sampai sekarang aku pakai yg rm100 tu
ReplyDeletesaya gna yg Rm100 tu . .
ReplyDeleteTerima Kasih atas info yg amat berguna ni :)
ReplyDeletesaya guna untuk beli domain
ReplyDeletesatu bagusnya netkl kalau korang beli hosting lepas tu korang transfer domain korang yang terdahulu dibawah pakej hosting yang korang beli itu,ianya adalah percuma..tak perlu bayar untuk transfer sebab ianya sudah disambungkan untuk free domain huuhu..aku ni plan nak pindahkan blog justrieyn dan domain justrieyn aku ke server net kl sebab blog justrieyn aku guna domain dekat ihosterz dan hosting dekat jomhosting, dahlah kedua dua servive itu asyik down, aku nak kembali ke netkl macam aku guna blog ishakhasimi hari tu guna netkl..sebab bajet lari aku guna jomhosting pakej 100 mb harga 10 setahun dan domain ihosterz rm 30 setahun untuk domain dan hosting blog justrieyn aku,so bajetnya rm 40..tapi hampeh..baik aku balik guna netkl lepas ni..baru puas hati...
ReplyDeleteBtl tu..mmg pilihan yg bagus.Servis pun cepat.
ReplyDeleteMaklumat ini adalah sangat berguna!Saya sedang mencari beberapa web hosting perkhidmatan yang menawarkan harga yang rendah.Terima kasih untuk ini!
ReplyDelete