Apa perniagaan Internet Yang Anda Pilih?

on 30 Jul 2013

Salam Ceria dan Salam Perpaduan,

Bila buka facebook macam-macam iklan yang kita lihat. Memang rancak sekarang ini orang berniaga di internet. Jika anda adalah pengguna facebook adakah anda mengalami situasi yang sama seperti saya. Buka facebook ada sahaja rakan kita membuat promosi produk yang mereka niagakan di internet. Mereka ini menggunakan facebook sebagai platform untuk mempromosikan produk mereka. 

Facebook sekarang ini bukan sahaja menjadi laman sosial untuk kita mencari rakan lama dan berkenalan. Facebook sekarang dah macam laman jualan terkenal Ebay.com dan Lelong.com. Kita boleh cari pelbagai jenis produk yang kita mahu di facebook. Ada banyak kelebihan berniaga di facebook. Tapi bukan boleh main terjun sahaja, ia perlukan kemahiran untuk menjual. Ini kerana rakan kita di facebook bukannya untuk shopping. Tapi mereka buka facebook untuk bersosial. Atau dalam erti kata lain mereka cuma nak lepak sahaja.

Jika anda berminat untuk berniaga di internet saya akan membantu anda untuk membuat pilihan model perniagaan internet yang mana anda harus pilih mengikut kesesuaian anda.

Affiliate 

Ini adalah model perniagaan internet yang saya rasa sangat mudah dan senang untuk bermula. Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini 5 sebab kenapa pilih program affiliate . Jika anda memilih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan Affiliate. Anda boleh mencuba. Anda boleh mula menjual produk Affiliate anda di laman sosial seperti Facebook. Facebook hanya satu platform yang boleh kita gunakan untuk mempromosikan produk dengan rakan-rakan yang kita kenali. Berbaloi untuk di cuba kerana kebanyakkan program affiliate adalah percuma. Jika anda berminat anda harus mencari seorang guru untuk mengajar anda berjaya dalam bidang ini.


Dropship

Model Perniagaan seterusnya ialah dropship. Cara kerja dropship ini lebih kurang macam Affliate juga tapi ia lebih kepada produk fizikal. Affiliate kebiasannya adalah produk digital. Ringkas tentang dropship ini ialah anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk untuk memulakan perniagaan internet. Hanya perlu daftar (sesetengah vendor mengenakan bayaran tahunan dan ada yang percuma). Untuk bermula anda boleh cari dropship yang percuma. 



Gambar kredit to uncle google.
Anda jual produk yang disediakan, kemudian anda promosi dengan harga yang anda sendiri tetapkan. Vendor dropship biasanya akan memberikan harga borong kepada anda walaupun anda cuma membeli satu barang sahaja. Anda cuma membeli barang yang di pesan oleh pelanggan anda dan pihak dropship yang akan menghantar barang kepada pelanggan anda. 

Jika produk berharga RM20.00 dan anda jual berharga RM40.00. Anda untung RM20.00. Anda hanya perlu bayar RM20.00 kepada pihak dropship. Pendek kata anda cuma sebagai orang tengah sahaja. Yang bagusnya cara ini anda tidak perlu menyediakan stok barang yang di jual. Jadi tak pening kepala tengok stok barang yang tidak habis dijual.

Anda boleh mempertimbangkan untuk menjual di ebay.com atau lelong.com atau boleh jual di facebook. 

Produk Sendiri

Model perniagaan ini agak rumit jika anda belum ada pengalaman dalam pernigaan internet. Ini kerana untuk menyediakan produk sendiri yang mendapat sambutan anda perlu membuat kajian pasaran, menyediakan produk, menghantar produk, menerima pesanan , menjawab pertanyaan pelanggan dan pendek kata dari A hingga Z anda yang buat semua. 

Risiko agak tinggi tapi berbaloi untuk di cuba. Anda boleh menyediakan produk fizikal contoh kuih, baju dan biskut. Manakala untuk produk digital anda boleh menghasilkan ebook dan video. 

Perkhidmatan/ servis

Sekiranya anda ada perkhidmatan atau servis yang hendak ditawarkan anda boleh mula promosi di internet. Boleh guna facebook dulu sebagai permulaan. Menyediakan perkhidmatan dan servis ini juga tidak menggunakan modal yang besar. Jika betul caranya anda boleh mendapat pendapatan yang lumayan hanya dengan menyediakan perkhidmatan atau servis. 

Sebagai contohnya di sini, anda berminat dalam bidang designer. Anda boleh menawarkan perkhidmatan membuat banner, header timeline facebook dan juga header blog. Anda boleh menawarkan dengan harga yang berpatutan. 

Selain itu anda juga boleh menyediakan perkhidmatan terjemahan jika anda pandai dalam pelbagai bahasa, membuat review produk dan sebagainya. Cuba kenal pasti kemahiran anda dan cuba jual. 

Agen Syarikat / Wakil Syarikat

Untuk yang terakhir ini anda boleh buat secara offline atau online atau kedua-dua sekali. Jika anda berminat anda boleh mendaftar sebagai egen mana-mana syarikat seperti MLM atau syarikat yang menjual produk kesihatan. Kebiasaanya ada bayaran dikenakan untuk menjadi agen atau ahli. Melalui kaedah ini anda perlu bekerja lebih sikit seperti membuat pembungkusan barang, pos, dan memberi khidmat selepas jualan. 


Kesimpulan

Antara 5 model perniagaan internet ini, pilihan terletak di tangan anda. Jika anda baru bermula cuba pilih model perniagaan internet yang tidak menggunakan modal sebagai percubaan untuk anda bermula di internet. Perniagaan internet ini lebih kurang sama sahaja dengan model perniagaan tradisional (offline) cuma dengan adanya internet kita boleh memulakan perniagaan cuma dari rumah sahaja. 

Apapun yang penting sekali anda harus rajin untuk menimba ilmu. Belajar berniaga di internet ini mempunyai cabaran yang tersendiri. 

Apa pendapat anda ? Apa pilihan anda ? Tinggalkan komen anda di bawah.

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Jom buat duit secara online. Skrg usahawan2 online semakin bertambah bagai cendawan yg tumbuh slps hujan. Of course la facebook adalah salah satu platform yg sangat popular utk mempromosikan produk. So pilihan di tangan anda untuk memulakan perniagaan di internet. Kpd pengguna2 internet di luar sana jom terjah dlm online biz.

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved