Tiada Idea Menulis Blog

on 1 Oct 2013

Salam Sejahtera,

Tiada Idea Menulis Blog adalah masalah yang sering berlaku kepada semua blogger tidak kira blogger baru atau blogger lama. Tiada idea menulis blog adalah merupakan tanda-tanda awal blog yang akan masuk ICU atau Koma . Ini adalah sangat bahaya jika tidak di atasi dengan segera.

Tanda-tanda ini telah saya sendiri hadapi. Jika tidak di atasi ia akan menjadi semakin parah nanti. Sebelum penyakit ini merebak lebih baik di ubati jika sayangkan blog. 

Adakah benar kita tiada idea ? Atau tidak pandai menulis idea yang ada ? Atau terlalu banyak idea sehingga tidak tahu apa yang hendak di tulis ? Memang pening kepala juga. Nasib masih banyak rambut lagi atas kepala ni. Cuma banyak tumbuh uban sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, saya blogwalking di beberapa blog rakan-rakan lain. Dan mendapati bahawa blogwalking adalah merupakan satu cara untuk kita mengatasi masalah tiada idea. Cedok idea dan buat satu artikel yang baru, segar dan bermaklumat. Harap ia dapat mengatasi masalah saya yang selalu tiada idea.

Laman sosial ? Ya, laman sosial adalah merupakan satu medium yang sangat baik untuk mendapatkan idea menulis. Ini kerana banyak perkara atau peristiwa yang rakan-rakan kita kongsikan di sana. Lagi pun melalui facebook atau twitter kita akan tahu apa topik hangat yang diperkatakan.  

Selain itu melalui peristiwa atau pengalaman yang berlaku seharian juga boleh dijadikan idea penulisan jika kita dapat memanipulasi peristiwa yang berlaku dan mengolah ia supaya menjadi cerita yang menarik. 

Berita-berita yang disiarkan di televisyen, radio dan surat khabar juga boleh dijadikan tempat untuk kita mendapatkan idea penulisan. Kerana banyak maklumat yang ada di sana yang boleh di cedok dan di olah semula supaya ia menjadi cerita yang lebih menarik.

Ini adalah beberapa panduan yang saya dapat dari beberapa blog yang saya baca bagi mengatasi masalah kekeringan idea. Bila banyak sumber idea, kita juga akan mengalami masalah terlalu banyak idea sehingga tidak tahu idea mana yang baik untuk di sampaikan. Di sini perlunya kita belajar menguruskan idea. Bab ini saya masih lagi fail. Menguruskan idea juga sangat penting. Sebab tidak pandai mengurus idea blog saya ini jarang di kemaskini. 

Point penting saya perlu pelajari sekarang ialah menguruskan idea. Bagaimana nak mengruskan idea. Saya akan berekperimens dahulu samada ianya berjaya atau tidak. Saya yakin dari pemerhatian saya terhadap blog yang selalu update dan banyak artikel yang mereka tulis setiap hari adalah kerana mereka pandai dan bijak menguruskan idea mereka. 
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

  1. Saya cadangkan kalau xde idea sangat nak tulis artikel kat blog, copy paste je entri orang lain. Tapi jangan lupa letakkan sumber rujukan utk artikel tersebut. Baru beretika namanya.

    ReplyDelete
  2. setuju dengan entry ni....
    xpun ambil 1 gambar, cerita something berdasarkan gambar, pun boleh :)

    semoga blog ni dimurahkan rezekiii...aamiiin
    amal singgah sini.. selamat malam...
    jemput singgah blog amal

    ReplyDelete
  3. hahaha. tu memang tepat Point tu. hehe. dari pembacaan lah akan lahirnya idea. salam ramadhan kawan lama :)

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved