5 Sebab Kenapa Pilih Program Affiliate

on 27 Jul 2013

A'kum dan salam perpaduan,

Hari ini saya ingin memperkenalkan anda dengan program buat duit online iaitu program affiliate. Program affiliate adalah merupakan satu cabang untuk mendapatkan pendapatan secara online. Otai-otai dalam program affiliate seperti Zamri Nanyan, Haszoor Muaidi dan Razif Yusof adalah antara mereka yang terkenal di Malaysia. Anda dan saya juga boleh berjaya seperti mereka jika betul caranya.  


Secara ringkasnya program affiliate ialah kita sebagai agen mempromosikan produk orang lain dan mendapat keuntungan dari hasil jualan yang kita buat. Nampak mudah tapi ada cabarannya yang tersendiri bila kita terjun dalam bidang affiliate ini.

Balik kepada topik "5 sebab kenapa memilih program Affiliate". Senarai yang dinyatakan adalah merupakan sebab utama saya menceburkan diri dalam bidang ini dan mungkin juga anda. 

Pertama : PERCUMA

Bila disebut percuma semua orang suka. Ya, kebanyakkan program Affiliate yang kita sertai tidak akan mengenakan apa-apa bayaran. Anda hanya perlu mendaftar sahaja. Pendaftaran yang sangat mudah dan tidak rumit. Cuma memerlukan masa kurang dari 5 minit dan anda boleh terus membuat promosi produk yang di pilih. Mudahkan dan yang paling penting adalah percuma.

Kedua : Tidak perlu mencipta produk

Ini adalah bahagian yang menarik bagi saya. Kita tidak perlu mencipta produk. Semua kerja ini akan di sediakan oleh tuan punya produk. Tugas kita cuma buat promosi dan mendapat keuntungan daripada hasil jualan kita. Jadi kita tidak perlu pening kepala untuk mencipta produk. Kerja ini rumit dan memerlukan lebih banyak pengalaman dan pengorbanan.

Ketiga : Tidak perlu menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

Ini adalah merupakan kelemahan saya 'servis after sale' atau perkhidmatan selepas jualan. Oleh kerana dengan menyertai program affiliate kita tidak perlu memberi perkhidmatan selepas jualan. Ini kerana ia akan dibuat oleh tuan punya produk. Ingat tugas kita hanya promosi sahaja. Saya memang 'malas' atau tiada masa hendak melayan karenah pelanggan yang macam-macam. Jadi bagi saya meyertai program affiliate adalah pilihan terbaik bagi saya untuk berjaya dalam perniagaan internet.

Keempat : Pendapatan pasif.

Ini adalah antara impian saya dan mungkin juga anda. Ingin memiliki pendapatan pasif. Mesin duit 24 jam. Siapa tidak mahu pendapatan pasif. Masa tidur pun duit masuk dalam bank. Perlu diingatkan ini memerlukan kerja keras dan konsisten daripada kita. Tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ramai yang telah buktikannya.

Kelima : Komisen yang tinggi.

Point yang sangat menarik. Komisen yang tinggi. Kebanyakkan daripada produk digital yang ditawarkan berharga dalam RM100 - RM300. Dan pemberian komisen biasanya adalah di antara 50% sehingga 100%. Jadi peluang untuk mendapat pendapatan yang besar adalah tinggi. Cuma perlukan usaha dan strategi yang betul sahaja.

Kesimpulan

Program affiliate adalah merupakan satu program yang harus dicuba terutama bagi mereka yang masih newbie dan baru hendak berjinak-jinak dengan selok-belok perniagaan internet. Ini kerana risiko risiko kerugian yang ditanggung hampir kosong.

P/s :

Anda betul-betul bertuah hari ini. Sahabat saya saudara
Haszoor Muaidi kini telah pun melancarkan 1 projek untuk
anda buat duit RM2,000 hingga RM10,000 sebulan
melalui AFFILIATE!

So kali ni anda berpeluang untuk buat duit.
Haszoor dah bongkarkan cara-cara mudah untuk anda
bermula walaupun MASIH ZERO!

So jangan tunggu lama...jualan adalah terhad
pendek kata orang akan berpusu-pusu
untuk daftar. Projek yang beliau kendalikan biasanya
sangat hot dan laris dalam tempoh singkat!

So dapatkan maklumat lengkap di
KLIK SINI 

Beliau hanya mahukan 300 orang sahaja. Lebih baik
anda GRAB PELUANG hebat ini. Anda berpotensi buat
duit sehingga RM10,000 sebulan melalui Affiliate.

Daftar segera!

Untuk Maklumat anda setakat ini dah lebih dari 90 orang menjadi
ahli sejak program ini dilancarkan. Cepat bertindak untuk
menempah tempat anda.

KLIK DISINI







Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

  1. Betul, tak perlu penat-penat buat produk. Kadang-kadang boleh jadi famous kerana seolah-olah produk tersebut kita yang hasilkan..

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Satu je kerja yg perlu kita buat iaitu promosi..

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved