Jika anda baru memiliki macbook apa yang perlu anda ketahui ialah cara untuk menjaga bateri macbook anda supaya tahan lebih lama atau kekal sihat. Di sini saya akan berkongsi tips bagaimana untuk menjaga bateri macboook anda. Saranan ini sebenarnya adalah cadangan daripada pihak apple sendiri supaya pengguna produk mereka dapat menggunakan bateri macbook tahan lebih lama.
Bagi yang baru memiliki macbook anda akan dinasihatkan untuk charge bateri anda selama lebih daripada 8 jam. langkah awal ini adalah sangat penting ( untuk semua laptop/notebook/netbook) untuk memastikan bateri anda di charge sepenuhnya mengikut kapasiti bateri anda. Sebagai contoh macbook pro 13" boleh di charge sehingga 5770 mAh. Sekiranya anda tidak melakukan langkah ini berkemungkinan 'health' bateri anda akan menurun.
Seterusnya ialah cara penggunaan seharian kita. Semasa menggunakan macbook anda boleh charge bateri anda sehingga penuh (100%) dan gunakan sehingga 1 hingga 2 jam selepas bateri penuh di charge. Kemudian discharge dan guna sehingga 20% atau warning merah keluar dan charge semula. Begitulah pusingan penggunaan macbook amalkan insyaallah bateri akan tahan lama. Tidak digalakkan charge bateri macbook anda sekiranya tidak di gunakan atau dalam keadaan shut down. Pasanglah apa-apa aplikasi seperti iTune jika anda hendak charge macbook anda.
Apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah kalibarasi bateri (calibration battery) macbook. Ikuti langkah-langkah berikut untuk kalibrasi bateri macbook anda.
- Pertama sekali ialah charge bateri macbook anda sehingga penuh 100%.
- Selepas penuh biarkan macbook dalam keadaan di charge selama 2 jam. Anda boleh gunakan macbook anda dalam waktu ini.
- Selepas 2 jam dalam keadaan AC mode..lepaskan charger dan gunakan macbook anda menggunakan bateri. Gunakan sehingga bateri habis sepenuhnya sehingga skrin gelap/hitam (istilah macbook : deep sleep). Pastikan anda setting ke System Pref--> Energy Saver--> Setting Monitor and Cpu Never sleep (supaya Macbook tidak sleep semasa proses ini).
- Apabila indikator bateri menunjukkan warna merah, pastikan anda save file anda kerana macbook akan sleep dengan sendirinya.
- Semasa proses deep sleep ini biarkan macbook anda selama 5 jam atau lebih.
- Selepas 5 jam charge semula macbook anda sehingga penuh 100%. Semasa proses ini berlaku anda boleh menggunakan macbook anda. Selesai.
Harap panduan ini berguna untuk anda. Semoga kesilapan yang saya lakukan pada bateri macbook saya tidak berlaku kepada anda. Sekarang macbook saya hanya dapat di charge sehingga 90% (health).
Panduan ini belum dicuba untuk notebook/laptop/netbook jenama lain. Walaubagaimanapun tidak salah mencuba panduan ini pada laptop biasa. Terus terang saya tidak pernah mencubanya pada laptop lain.
p.s Jangan lupa tinggalkan komen anda berkaitan artikel ini.
aku fikir boleh juga diguna untuk notebook biasa
ReplyDeleteaku tak pernah tahu cara sebelum ni
suka hati je guna
tq singgah blog tehramuan
Boleh cuba..mana tahu berkesan. tq.singgah blog anjangman.
ReplyDeleteUtk kalibrasi bateri macbook, lakukan sebulan sekali jika kerap menggunakan macbook.Jika jrg digunakan boleh kalibrasi bateri 2/3 bln sekali...tq
ReplyDeletebest la bro pakai macbook... :)
ReplyDeleteHa..ha..feel jer lain bro. Skrg harga macbook dah lebih murah..tak mcm dulu2..
ReplyDeleteYa, betul tu. Tujuannya ialah utk menjaga bateri supaya sentiasa awet muda he..he..
ReplyDeleteThanks for the info bro. Sebenarnya semasa saya beli MBP ada juga staf dia yang baik hati share penjagaan bateri seperti yang awak post ni hehe
ReplyDeleteWelcome..aku byk mask forum mac club indonesia. Byak ilmu mac kat sana.
ReplyDelete