Pada tanggal 6 April 2012 sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 35, saya nekad untuk membeli OS X Lion di app store apple dengan harga USD 29.99 . Jika di tukar dengan RM lebih kurang dalam RM 100.00. Saya kira ini jauh lebih murah dari MS Windows 7 ( ori ) . Apa yang nak dijadikan cerita ialah setelah saya membuat membayaran dengan menggunakan kad kredit dari Public Bank.
Setelah pembayaran dibuat pihak Public Bank akan menghantar satu mesej bagi mengesahkan bahawa kita telah menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran.Ini adalah prosedur untuk keselamatan penggunaan kad kredit online atau offline. Dan yang mengejutkan saya ialah bayaran yang di kenakan hanyalah USD 1.00 untuk OS X Lion yang sepatutnya berharga USD 29.99 . Mungkin rezeki saya he..he...
Untuk mendownload OS X Lion ini saya mengambil masa dari pukul 8.35 malam pada 6.4.2012 dan habis download pada 6.00 pagi 8.4.2012. Lebih dari 24 jam untuk download fail sebesar 4.05 gb. Alhamdulillah semua proses untuk upgrade ke OS X Lion berjalan dengan lancar. Untuk mereka yang nak upgrade ke OS X lion pastikan anda backup dahulu dokumen anda. Paling bagus backup menggunakan time machine.
Kesimpulannya di sini saya sangat berpuas hati menggunakan OS X Lion kerana ada banyak perubahan yang di bawakan oleh pihak apple untuk versi Lion ini dan ia cuma berharga USD 1.00.
Untuk entri yang akan datang saya akan cuba berkongsi cara untuk upgrade OS X Snow Leopard ke OS X Lion.
saya x pernah lagi pakai OS X ni
ReplyDeleteDah tersangat murah tu, bro
ReplyDeleteUntung2
Aku belum pernah guna OS ni
MBP yang saya baru beli sebulan telah tersedia Mac OS X Lion hehe.Kalau tak memang berbaloi beli ni hehe
ReplyDeleteDengan MacBook Pro memang enjoylah. Senang baca baca pdf dan guna App pada masa sama. Boleh swing over dengan 3 atau 4 jari ke kiri ke kanan. Safari boleh back forward dengan 2 jari.
ReplyDeleteGunung singa os adalah benar-benar murah.Baik jika i adalah salah satu akan donwload fail ini besar ia akan mengambil masa 3 hari hingga ke akhir.Terima kasih atas maklumat!Saya berfikir tentang wheater i akan meningkatkan MacBook saya.
ReplyDelete