Showing posts with label Join Contest. Show all posts
Showing posts with label Join Contest. Show all posts

Menangi Hadiah bernilai lebih RM100,000 dengan The Celcom

on 14 Sept 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pagi ini dapat satu sms dari celcom 'Menangi hadiah bernilai lebih RM100,000 dengan The Celcom Cupcakes Challange. Serlahkan kreativiti menghias cupcakes 1Malaysia sekarang'. Bagi yang ada kemahiran membuat cupcake tu bolehlah rebut peluang ini untuk menyerlahkan lagi kreativiti dan bakat anda.

Anda juga berpeluang mempromosikan bisnes anda di sini. Mana tahu rezeki anda ada di sini. Bayangkan jika cupcake anda yang terpilih menjadi pemenang. Secara tidak langsung nama anda naik dan mungkin tempahan cupcake ada juga meningkat. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Mudah ke nak buat cup kek ini ? PM kita pernah kata buat cupcake ni senang. PM juga pernah kata dia pandai buat cupcake. Malu saya sebab saya tak pandai nak buat cupcake ni, PM yang sangat sibuk dengan tugas dia pun tahu nak buat cup cake. Bagaimana dengan anda boleh ke buat cupcake...kalau boleh jangan lepaskan peluang yang dianjurkan oleh Celcom ini. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Cupcake Challenge ini di facebook.

Cupcakes 1 Malaysia

Cupcake 1 Malaysia

Bagi yang baru nak belajar buat cupcakes dan mencari panduan cupcake anda boleh dapatkan video dan ebook di sini . Video dan ebook ini juga sangat sesuai untuk yang dah pandai buat cupcake tapi belum mahir lagi. Jika anda dah dapat buat cupcake nanti jangan lupa jemput saya makan cupcake anda.

Perjuangan Belum Selesai - Eyriqazz vs Denaihati

on 8 Jul 2012

Eyriqazz vs Denaihati ?


Cabaran SEO eyriqazz vs denaihati semakin meriah dan semakin banyak blogger yang menyertainya. Saya pun sudah menyertai cabaran ini sekadar untuk menguji keberkesanan seo blog anjangman.com yang kini baru berumur 8 bulan. Kalau di kira umur bayi masih merangkak lagi belum pandai berjalan. Dengan teknik dan kemahiran SEO yang di miliki oleh blogger otai memang saya akui masih lagi banyak kelemahan yang ada pada blog ini dari segi SEO dan ia adalah kelemahan dari saya sendiri.


SEO - Saya pun baru nak praktik ilmu ini.


Apa yang saya faham terdapat dua jenis SEO. Yang pertama adalah SEO On page dan yang kedua adalah Off page. Dari apa yang saya baca juga terdapat banyak faktor yang mempengaruhi seo sesebuah blog. Antaranya ialah penggunaan theme blog yang mesra seo. Penggunaan H1, H2 dan H3 dalam petikan. Membuat pautan dan membina backlink.

Keyword yang di pertandingan iaitu Eyriqazz dan denaihati telah digunakan dalam cabaran ini. Bila saya menyemak di enjin carian google.com.my saya dapati blog yang berada di 1st ranking setakat entri ini di tulis ialah blog yang menggunakan platform blogspot dan bukannya wordpress.


Eyriqazz Vs Denaihati

SEO Eyriqazz vs Denaihati

Refleksi Eyriqazz vs Denaihati


Daripada cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini apa yang penting bagi saya ialah dapat mengoptimakan lagi SEO blog ini. Selain itu juga dapat berkenalan dengan rakan blogger yang lain.

Daripada penyertaan ini juga saya dapat banyak belajar perkara berkaitan dengan SEO yang pada mulanya saya tidak ambil kisah sangat. Tapi lepas ini saya akan cuba menumpukkan sedikit masa untuk mengkaji teknik SEO yang sebenarnya.

Kalah menang adat pertandingan apa yang penting kita dapat ilmu dan pengajaran dari cabaran seo eyriqazz vs denaihati. Di samping itu juga boleh menambahkan backlink blog dan bagi yang tiada idea inilah cara untuk memenuhi blog dengan entri terkini. Hidup eyriqazz vs denaihati.


Hadiah Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati


1st Prize - RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)

2nd Prize - RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )

3rd Prize - RM200 cash  + 5,000 trafik dari Denaihati.com
4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
6-7 Prize - RM50 Cash each
8-10 Prize - RM30 Cash
11-20 Prize - RM10 Cash

Entri Pilihan terbaik - RM100 Cash +  iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
Bagi sesiapa yang belum menyertai cabaran SEO eyriqazz vs denaihati jom sertai kerana berkemungkinan hadiah akan menjadi lebih menarik. Terima kasih Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.

Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

on 27 Jun 2012

Eyriqazz vs Denaihati


Cabaran kali ini adalah merupakan cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Ini adalah contest kali-3 yang saya ikut. Contest yang berkonsepkan SEO adalah yang pertama saya join. Contest sebelum ini yang saya join pun tak menang. Bukan rezeki saya.



Eyriqazz vs Denaihati

Cabaran SEO Eryqazz vs Denaihati
Kali ini pun join memang tujuan nak menang tapi tujuan utama ialah nak melihat sejauh mana SEO blog anjangman.com . Harap dengan keyword eyriqazz vs denaihati ini sekurang-kurangnya mendapat tempat dalam top 10 di muka pertama google.com.my. Kalau dapat top 3 itu rezeki sayalah he..he..he..

Berbalik kepada cabaran ini sesiapa yang belum join tu bolehlah ke sini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini.

Berkenalan dengan Eyriqazz vs Denaihati


Terus terang saya beritahu, saya memang tidak kenal dengan kedua-dua blogger hebat ini dalam dunia nyata. Cuma selama ini saya hanya menjadi silence reader untuk blog denaihati.com dengan taglinenya Hidup Untuk Memberi dan mengenali beliau hanya dari blognya sahaja. Manakala untuk blog eyriqazz.com dengan Taglinenya 'Great Teacher Onizuka saya cuma menjadi pembaca setelah mengetahui cabaran ini dari blog teratakusang.com .

Saya amat pasti walaupun tidak kenal dengan kedua-dua lelaki kacak ini mereka adalah sangat hebat dalam dunia blogging Malaysia. Ini kerana setelah saya menyemak blog mereka di google Page Rank saya dapati blog Eyriqazz.com mempunyai PR 3 dan blog denaihati.com pula PR4. Daripada PR ini saya dapat membuat kesimpulan Eyriqazz vs Denaihati sama-sama hebat dalam niche mereka. Kalau dibandingkan PR boleh dikatakan blog denaihati.com mendahului blog Eyriqazz.com . Anda boleh lihat screenshot di bawah.

SEO Eyriqazz Vs Denaihati

Denaihati Vs Eyriqazz

Bagi mengenali kedua-dua lelaki hebat 1 Malaysia ini, saya perlu lebih banyak membaca tulisan-tulisan mereka di Eyriqazz.com dan Denaihati.com. Saya pun masih baru dalam dunia blogging. Umur blog saya pun belum sampai satu tahun jika nak dibandingkan dengan blog otai kita Eyriqazz vs Denaihati. Saya juga berharap dapat belajar berblogging daripada kedua-dua otai blogger Malaysia ini. Rasa rugi juga kalau tidak mengikuti perkembangan blog mereka kerana banyak tip-tip yang dikongsikan untuk membantu blogger baru seperti saya untuk bertahan di dunia blogging.


Kesimpulan Eyriqazz vs Denaihati


Tidak banyak yang dapat saya nyatakan tentang kedua-dua lelaki kacak yang hebat dalam dunia blogging ini. Dapat saya katakan di sini Eyriqazz vs Denaihati kedua-duanya hebat dan mempunyai ramai pengikut dan pembaca yang setia. Dan tidak hairanlah jika mereka mendapat pendapatan yang lumayan hasil dari berblogging.Kedua-dua popular, cuma saya sahaja yang ketinggalan daripada mengenali dan mengikuti perkembangan mereka. Harap entri ringaks ini dapat di terima oleh pihak penganjur untuk menyertai contest Eyriqazz vs Denaihati.






Marilah kita sama-sama memeriahkan dunia blogging Malaysia dan memeriahkan enjin carian google.com.my dengan keyword Eyriqazz vs Denaihati.

Apple Contest - Countdown 25 billion download di App Store

on 25 Feb 2012

App Store adalah merupakan tempat penjualan aplikasi yang disediakan oleh pihak Apple bagi memudahkan pengguna produk apple memuat turun ( download ) aplikasi untuk memaksimumkan penggunaan gadget apple mereka. Sebagai menghargai pengguna produk apple seluruh dunia, apple mengadakan contest untuk semua pengguna apple untuk mencapai sasaran 25 billion download di app store. Pihak apple menyediakan hadiah hadiah Gift Card $10,000 untuk dimenangi.

coundown apple contets

Kini anda masih lagi berpeluang untuk memenangi hadiah yang di tawarkan. Anda boleh mendownload sebanyak mungkin applikasi yang ada di app store sama ada yang percuma atau berbayar.

Untuk  menyertai peraduan ini cuma klik di SINI atau anda boleh isi borang di SINI . Jangan lepaskan peluang ini. Semakin banyak anda downlaod semakin tinggi peluang untuk menang. Mana tahu rezeki anda untuk memenangi Gift Card $10,000 dari Apple.

Ini adalah contest kedua saya sertai. Setelah kecundang dalam contest saya nak hosting percuma pengendali blog.


Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

on 9 Feb 2012

Saya nak hosting percuma pengendali blog


Siapa yang nak hosting percuma pengendali blog angkat tangan ? Ha..ha..sapa yang angkat tangan tu boleh teruskan membaca ye. Siapa yang tak nak tu boleh lah godek-godek apa yang ada kat blog ni atau tinggalkan blog nie. Di bawah ni statement yang aku kopipes dari pengendali blog dengan entri yang bertajuk 'Saya nak hosting percuma pengendali blog' kalau nak maklumat lebih lanjut klik je tajuk tu.



Sempena menyambut ulang tahun kelahiran saya pada 21hb Februari nanti, saya ingin mengadakan satu peraduan khusus untuk para blogger di Malaysia. Tidak kira sama ada anda mempunyai blog di hosting sendiri atau percuma, anda layak untuk menyertai peraduan ini.

Hadiah yang ditawarkan adalah satu pakej hosting, ELF1GS, yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Elfbytes Web Hosting selama 2 tahun (bernilai RM200). Pakej ini mempunyai spesifkasi seperti berikut:

• 1 GB space

• 20 GB bandwidth

• 5 addon domains

• Unlimited MySQL databases

• Unlimited Email accounts

• Unlimited FTP accounts

• dan banyak lagi…

Bagi saya, dengan hosting ini anda bolehlah mengembangkan lagi portfolio blogging anda dengan membuka blog baru, atau menggunakan domain sendiri sekiranya anda masih menulis di hosting percuma seperti wordpress.com dan blogspot.com.


Jika anda nak hosting percuma ni mari kita sama-sama join peraduan 'Saya nak hosting percuma pengendali blog'yang di taja sepenuhnya oleh Malaysia Web Hosting . Ini adalah peluang bagi anda yang dah ada blog tapi masih menggunakan platform blogspot atau wordpress.com untuk merubah angin berblogging. Dan jika anda bercadang untuk membuka kedai onine inilah peluang keemasan anda. Guna hosting sendiri lagi best bah.Bagi yang dah ada blog hosting sendiri mungkin peluang untuk anda bertukar hosting atau membuat blog baru menggunakan hosting baru ni.


Hosting Percuma..kalaulah saya menang !


Ni nak cerita pulak kalau saya menang peraduan ni 'Apa yang perlu saya lakukan pada hosting ni". Jika di ikutkan hati kalau tak menangpun tak apa sebab saya sebenarnya memang tidak ada perancangan untuk memiliki hosting yang baru. Setakat ini semasa saya menulis entri ini saya belum lagi buat perancangan tentang kegunaan hosting Malaysia Web Hosting kepada saya. Tapi yang pasti saya akan cuba bina satu blog dan jadikan blog baru ini sebagai tempat untuk try and error hosting ini dan cuba membandingkannya dengan hosting yang saya gunakan sekarang. Jika hosting dari Malaysia Web Hosting ni memberikan servis yang terbaik saya tidak akan teragak-agak untuk pindahkan hosting blog saya ini ke Malaysia Web Hosting.

Anda pula bagaimana jom rebutlah peluang ini kerana pihak Pengendali Blog telah memberikan kita peluang untuk memiliki hosting percuma selama 2 tahun yang bernilai RM200.00 . Cepat-cepat mari kita join ramai-ramai.

Jika anda masih baru lagi dalam membina blog self-hosting ini saya sarankan anda membaca artikel ini :

1. Langkah awal sebelum membina blog

2. Panduan Install Blog WordPress
 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved