Tips lajukan firefox semasa melayari internet. Tips ini hanya untuk penguna firefox bagi menambahkan kelajuan semasa melayari internet. Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan pada tetapan about:config firefox. Tips ini sebenarnya dah lama tapi saya percaya masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana hendak membuat tetapannya.Tetapan ini telah di uji pada firefox versi 9.0.1 ke bawah. Anda boleh mengikuti tips-tips di bawah. Selamat mencuba.
1. Apa yang perlu anda lakukan ialah taipkan about:config kat ruangan address dan klik enter.Seperti di tunjukkan rajah di bawah :
Lepas itu anda akan melihat paparan seperti berikut :
Klik I'll be careful, I promise...klik dengan penuh yakin he..he..anda akan di bawa ke bahagian yang akan anda buat tetapan.Ikut langkah seterusnya.
2. Kemudian anda copy kod ini nglayout.initialpaint.delay . Jangan paste dulu sabar..anda perlu klik mana-mana bahagian dan pilih New ----> dan Klik Interger. Kemudian barulah anda paste kod yang telah anda copy tadi. Seterusnya setkan nilai kepada 300 klik ok. Sekiranya anda tidak puas hati dengan tetapan anda boleh setkan nilai kepada 0.
Sekiranya membuat tetapan 0 anda juga harus mengubah tetapan berikut :
a. network.http.pipelining
b. network.http.proxy.pipelining
c. network.http.pipelining.maxrequests
Buat satu persatu. Anda cuma perlu cari kod seperti di atas. untuk kod a dan b anda perlu ubah tetapan kepada 'true' sahaja. Manakala untuk kod c anda ubah nilai kepada 30 . Untuk memudahkan anda mencari kod-kod di atas anda perlu copy kod di atas dan pastekan di ruangan filter. Jika tiada carian anda delete perkataan yang paling akhir.
Dan setelah puas hati dengan tetapan yang dibuat anda perlu restart firefox anda untuk melihat hasilnya. Sepatutnya setelah tetapan dibuat anda akan merasa perubahan kelajuan 2-3 kali lebih laju daripada sebelum tetapan dibuat.
Penafian : Sebarang kerosakkan ( jika ada ) yang disebabkan oleh tetapan ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Saya sendiri telah mencuba dan ianya berjaya menambah kelajuan semasa saya melayari internet.
Sumber : maaf saya dah tak ingat kat mane saya jumpa tips ini dulu. Sesiapa yang rasa artikel ini dia punya saya minta maaf kerana bagi saya ilmu itu milik Allah dan harus di kongsi.Selamat mencuba.
Terima kasih untuk ini tips!Sebenarnya saya suka firefox kerana ia mempunyai beberapa addons yang akan membantu saya tetapi satu-satunya masalah dengan firefox adalah bahawa terlalu perlahan.Saya cuba kaedah ini dan lihat bagaimana ia berjalan.
ReplyDelete