Assalamualikum dan Salam 1 Malaysia,
Jika kita lihat pada tajuk entri ini mungkin ada yang berfikir takkan tak tahu cara nak cut and paste kan. Maklumkan budak sekolah rendahpun boleh buat he..he… Tapi sebelum anda berfikir sebegitu tahukah anda bahawa pada sistem Mac OS anda tidak boleh cut and paste file atau folder seperti pada komputer yang menggunakan sistem operasi windows.
Kenapa demikian, jika kita biasa menggunakan sistem operasi windows biasanya kita akan akan klik kanan pada file, pilih cut dan kita klik paste untuk memindahkan file. Atau kita boleh menggunakan short cut, control + X dan kemudian untuk paste kita klik control+v .
Pada papan kekunci computer apple ia tidak menggunakan button control tetapi command
. Jadi ikuti cara mudah ini untuk cut and paste file anda.
1. Tekan Command
+ C ( untuk copy )
2. Tekan serentak Option + Command
+ V ( utk cut and paste )
Selain dari ini anda juga boleh install perisian TotalFinder untuk memasang fungsi cut and paste pada sistem mac os x anda. Terdapat banyak perisian cut and paste yang boleh anda cari di google. Jika anda berminat untuk menggunakan crack untuk versi berbayar anda boleh PM saya untuk mendapatkan serial number. Anda boleh download TotalFinder . Anda boleh menggunakan versi percubaan selama 14 hari. Ada banyak kelebihan menggunakan TotalFinder ni. Tapi sekarang saya dah tak menggunakan perisian ini kerana saya cuma perlukan cut anda paste dengan cara short cut sahaja.
Jika anda rajin anda boleh cari di internet yang TotalFinder yang di crack. Tak apa jika anda download yang versi lama. Kerana sistem crack yang telah dibuat comfortable untuk versi terkini.
Nasihat saya cuba dapatkanTotalFinder versi penuh yang original jika anda amat perlukan perisian ini. Jika tak mampu itu pilihan anda.