404 error: The page you are looking for cannot be found.

on 16 Sept 2012

Pengajaran baru hari ini : 404 error: The page you are looking for can't be found. Masalah ini telah menyebabkan saya kebingungan. Maklumlah ini kali pertama blog saya mengalami masalah ini. Dan sebelum ini masalah "cannot modify header information".

Masalah ini adalah disebabkan oleh edit yang saya lakukan pada halaman about me. Setelah berkali-kali update dilakukan masalah mula timbul apabila editing yang saya lakukan tiada perubahan. Kemudian gambar pula tidak dapat di upload. Bila saya cuba preview blog saya entri yang telah di post tidak dapat dipaparkan.



Bila di semak di Dashboard pada paparan posts jumlah post masih lagi ada. Tetapi entri post tidak kelihatan. Memang bingung disebabkan masalah ini. Pada mulanya saya beranggapan bahawa account saya sudah kena virus atau di hack. Kemudian bila cari digoogle kebanyakkan blog yang mengalami masalah ini menggunakan theme yang sama yang saya gunakan. So saya beranggapan mungkin juga disebabkan oleh theme yang digunakan.

[caption id="attachment_1039" align="aligncenter" width="500"] Post 404 Error[/caption]

Tapi bila difikirkan balik tak mungkin disebabkan oleh theme blog. Mungkin ini hanya kebetulan. Jadi untuk kepastian saya pun menghubungi pihak penyedia hosting untuk bantuan. Di bawah ini adalah antara respon yang mereka berikan.





Daripada respon ini yang saya tunggu hampir 1 jam setiap emel saya di balas. Dahlah tension dengan masalah blog, ditambah lagi tension bila menunggu emel di balas lama sangat. Dengan berbekalkan maklumat ini. Sebenarnya table wp_post saya tidaklah rosak sepenuhnya sehingga perlu di restore semula database. Sebenarnya masalah ini sangat simple untuk di atasi sehingga saya mengetawakan diri sendiri yang terus mengelabah dengan masalah yang timbul. Bila kita semak di cpanel akan ada amaran menunjukkan bahawa table kita rosak dan perlu di repair.

Untuk mengatasi masalah ini apa yang perlu dilakukan adalah dengan repair semula table wp_post dengan cara login di cpanel. Anda pilih PhpMyAdmin. Kemudian pilih database yang hendak di repair.Tandakan pada kotak wp_post dan pilih repair table dan klik go. Anda akan menerima status ok jika berjaya.

Jadi jangan panik seperti saya. Kerana masalah ini sangat simple dan mudah untuk di atasi. Bagaimana dengan anda , pernahkah mengalami masalah 404 error: The page you are looking for can't be found.



Ranking: 5

{ 10 comments... read them below or add one }

  1. wah mudah jer rupanya cara nak repair table, saya pon x terfikir

    ReplyDelete
  2. Mmg mudah..akupun mula2 ingat benda ni susah.

    ReplyDelete
  3. kesilapan memberi pengalaman..

    ReplyDelete
  4. belum pernah alaminya
    tapi bila cara nak baiki mudah je, tak la aku gelabah sangat
    apa2 hal nanti boleh la aku rujuk ke sini
    aku ni suka juga main edit2 ni
    hehe

    ReplyDelete
  5. Ini juga berlaku kepada saya! Nah beberapa waktu jika kita mengemaskini blog kita kita mengalami ini jenis masalah. Jadi kadang-kadang Jika sesuatu yang mereka salah dengan blog saya saya mencari punca ia pertama maka saya akan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan.

    ReplyDelete
  6. Mmmg senang..yg aku heran pihak hosting tak dpt settle benda ni walaupun dah masuk acc cpanel aku..tgh fikir nak tukar hosting..

    ReplyDelete
  7. bolaeh dijadikan panduan nanti

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved