Salam Semua,
Selamat tahun baru 2013 untuk semua pembaca ( ada ker ?he..he..he..) dan rakan-rakan blog yang sudi singgah di blog ini. Saya doakan semoga tahun baru 2013 adalah merupakan tahun untuk anda merealisasikan segala impian yang belum tercapai.
Bila tahun baru menjelma memang kita tidak boleh lari dari memasang azam . Azam 2012 sudah tercapai atau belum. Kalau dah tercapai tu tahniah.Jika belum itu tandanya kejayaan yang tertangguh. Sabar dan terus berusaha, mungkin masanya belum tiba untuk kita berjaya.
Saya sebenarnya bukan nak berkongsi tentang azam ni. Alang-alang dah tulis artikel sentuh sedikit berkaitan azam. Balik kepada tajuk 5 sebab graduan baru gagal temuduga. Fakta ini adalah merupakan fakta yang saya dapat semasa taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada 11-12 Disember 2012.
1. Permintaan gaji yang tidak realistik.
Bagi graduan baru persoalan gaji adalah perkara yang menjadi dilema. Bila temuduga dan ditanya berapa gaji yang diingini. Ini akan menjerat anda. Salah sebut nilai kecewalah selepas itu. Bagi saya jika anda baru hendak memulakan kerja terutama dengan syarikat swasta janganlah terlalu menetapkan gaji yang terlalu tinggi dan tidak realistik.
Pendapat saya, penetapan gaji ini adalah bergantung kepada jenis kerja yang dipohon. Sekiranya anda masih berminat untuk memohon gaji yang tidak realistik anda mohon kerja dengan pihak bank. Minta bahagian jualan atau pinjaman/kad kredit. Anda boleh minta berapa sahaja gaji 10K, 20K terpulang pada anda. Ini kerana gaji anda nanti akan ditentukan oleh komisyen yang anda dapat. Semakin banyak pelanggan anda semakin besar gaji anda.
2. Perwatakan, sikap dan personaliti pencari kerja yang tidak baik.
Sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana anda adalah lepasan Universiti dan saya pasti anda sendiri faham apa yang dimaksudkan. Perwatakan anda akan menggambarkan sikap dan personaliti anda.
Kalau perwatakan anda orang tak suka, apa boleh buat memang susahlah nak dapat kerja. Jadi penampilan diri hendaklah kemas, bersih, rambut bagi lelaki jangan panjang. Bagi perempuan janganlah guna pakaian yang seksi semasa temuduga. Solekan pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai nampak macam badut bila bersolek. Jangan lupa senyum selalu.
Satu lagi jangan pandang rendah pada kerani yang bertugas masa temuduga kerana mereka ini juga akan mempengaruhi keputusan temuduga anda nanti.
3. Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.
Point ni susah sikit nak ulas. Sebab saya pun kantoi subjek ni. Apalagi nak speaking. Boleh tu boleh tapi lintang pukang jadinya. Main hentam je salah ke betul kemudian kira. Tapi untuk temuduga tidak bolehlah main hentam je kan. Memang susahlah nak dapat kerja kalau bahasa Inggeris jadi taruhan. Senang cerita kalau Bahasa Inggeris kantoi minta kerja kerajaan je jawabnya. Sebab temuduga gerenti guna Bahasa Melayu.
4. Kurang kemahiran komunikasi yang baik.
Masalah ini mungkin disebabkan oleh banyak faktor. Mungkin artikel dari denaihati ini boleh memberi gambaran berkaitan dengan kemahiran komunikasi ini. Jadi mula bersosial dengan cara yang betul. Berkawanlah seramai mungkin, jangan nak main game je dan menghadap buku 24 jam. Ini kerana kemahiran berkomunikasi ini perlu dilatih setiap hari nanti tidaklah masa temuduga anda menjawab soalan macam anda menduduki ujian MUET.
5. Terlalu memilih pekerjaan atau syarikat untuk temuduga.
Sebagai permulaan untuk masuk ke dunia pekerjaan, graduan seharusnya tidak memilih pekerjaan atau syarikat untuk temuduga atau bekerja. Ini kerana perjalanan seorang yang baru graduan ialah mencari pengalaman bekerja sebelum menjumpai kerja yang betul-betul sesuai. Ini bermakna anda dah ada pengalaman temuduga dan juga pengalaman bekerja. Jadi bila dah dapat peluang pekerjaan yang diidamkan dan sesuai dengan ijazah yang diperolehi anda sudah bersedia sepenuhnya. Kadang-kadang minat pada pekerjaan akan datang kemudian.
Sambil menulis entri ini saya layan filem tamil bertajuk Nanban lakonan Vijay, Jeeva dan Srikanth yang menjadi pelakon utama. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari filem ini. Sebagai contoh 'Buat kerja apa yang kamu minat, kejayaan akan datang secara automatik'. Bagus filem ini, bagi yang masih bergelar pelajar saya sangat sarankan menonton filem tamil ini. Boleh layan kat youtube. Selamat menonton.
p.s Kenapa minda kita perlu ditanam lepas belajar tinggi-tinggi mesti cari kerja ? Kalau masih tak dapat kerja tu boleh usahakan di sini. Gaji lumayan dalam USD. Klik SINI.

Mari kita cuba kupas satu persatu sebab ini, semoga dapat membantu sedikit sebanyak persediaan anda sebagai graduan baru untuk menempuh cabaran bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang diidamkan.