Rebet Telefon Pintar RM200

on 28 Dec 2012

Salam Semua,

Rasanya hampir semua rakyat Malaysia dah tahu bahawa Kerajaan akan memberikan rebet untuk mendapatkan smartphone atau telefon pintar. Golongan belia yang berumur 21 hingga 30 tahun dan pendapatan tidak melebihi RM3,000 adalah layak untuk mendapatkan rebet ini.


Pastinya pemberian rebet ini akan mengembirakan banyak belia terutamanya yang belum memiliki telefon pintar. Jika masih guna Nokia 3310 bolehlah tukar kepada smartphone. Saya tak layak, ingat kalau dapat nak sambar iPhone 5 satu. Jual telefon lama Samsung S Advance + Rebet RM200 ambil iPhone 5 ringanlah sikit beban. Bukan kerana gaji lebih 3 ribu tapi umur dah lebih 30 tahun tu sebab tak layak.

SKMM akhirnya mengeluarkan senarai telefon pintar untuk Pakej Komunikasi Belia. Yang penting kat telefon tu nanti ada logo 1 Malaysia. Ringtone default lagu 1Malaysia. Mahu ke ? Dibawah ini adalah antara senarainya. Difahamkan senarai ini mungkin akan bertambah dari masa ke semasa.


Telefon pintar yang layak untuk mendapat rebet RM200 ini ditetapkan berharga maksimum RM500. Ini bermakna anda cuma layak mendapat telefon pintar yang mempunyai fungsi asas sahaja. Saya rasa penetapan harga maksimum untuk mendapatkan telefon pintar dengan rebet ini akan mengecewakan ramai belia. 

Saya percaya ramai yang dah berkira-kira dan menetapkan bajet untuk mendapatkan telefon pintar yang diidamkan dan lebih canggih. Ini kerana semasa pengumuman bajet 2013 tidak ada pula dinyatakan had harga telefon pintar yang layak untuk mendapat rebet. Kalau telefon pintar yang anda idamkan tiada dalam senarai di atas janganlah kecewa. Rasanya boleh lagi pakat-pakat dengan tauke kedai tu ( Don't Try This At Home) he..he..he..Saya rasa perlu up sikit lagi harga telefon tu. Bagilah harga yang tidak melebihi RM1,000.

Apa yang menjadi kerisauan saya ialah mengenai harga telefon. Diharap kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab dapat memantau harga-harga telefon di kedai-kedai yang dilantik untuk mendapatkan rebet RM200. Sebagai contoh telefon Nokia Asha 305. Harga dipasaran adalah RM299 (Rujuk Majalah Ering Dis 2012) . Jika dibeli menggunakan rebet RM200 bermakna kita hanya membayar RM99. Katakanlah pekedai menaikkan harga Nokia Asha 305 kepada RM399. Kita terpaksa membayar RM199 selepas tolak rebet. Ini bermakna pekedai nak ambil untung lebih. Harap perkara ini tidak akan menjadi isu nanti.

Siapa yang layak untuk mendapat rebet telefon pintar RM200.00 . Di antara syarat-syarat untuk kelayakkan ialah :
  1. Warganegara Malaysia yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.
  2. Berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah.
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan dengan harga maksimum RM500.
  4. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej baharu; dan
  5. Hanya satu telefon untuk seorang.
Saya rasa syarat ke empat tu tak perlu kerana dah banyak 'Kampung tanpa wayar' dan kawasan yang ada menyediakan WiFi sekarang. Lagipun simcard 3g boleh guna online untuk prabayar. Kenapa nak paksa rakyat guna jalur lebar mudah alih kontrak pascabayar bagi yang belum ada. Ni memang nak ambil balik duit RM200 dari cukai 6%. 

Anda boleh baca lebih lanjut berkaitan isu-isu Rebet RM200 telefon pintar ini.


Borang untuk pendaftaran dan maklumat lanjut boleh di dapati di sini. 
Ranking: 5

{ 10 comments... read them below or add one }

  1. syarat ke 4 tu memang la
    makin parah belia nak kena bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada kes bayar broadband tertunggak berbulan2...

      Delete
  2. hehehehe.. adakah ini salah satu trick mereka?? :)

    ReplyDelete
  3. syarat no 1 pun dah tak layak.. dalam 5 syarat tu rasanya no 5 yang paling layak sekali untuk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawah umur ke terlebih umur he..he..he.. aku dah terlajak dah tu tak layak..

      Delete
  4. wahh..nak lebih rm100 plak. hehe..

    ReplyDelete
  5. wah murah tuh,, boleh juga,, buruaaannn serbu dan dapatkan telefon pintarnya,,

    ReplyDelete
  6. memang ramai orang suka ni. haha

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved