Roti canai goreng

on 22 Feb 2012

Roti canai goreng


Roti canai goreng adalah merupakan antara makanan yang istimewa di Kapit, Sarawak. Sekiranya anda berkunjung ke Kapit, Sarawak antara menu yang wajib anda cuba ialah roti canai goreng. Anda boleh dapatkan roti canai goreng ni di gelanggang kenyalang, kapit. Roti canai kosong berharga RM2.00 dan roti canai telur pula berharga RM3.00.

roti canai gorengkuah roti canai goreng

Kebiasaanya roti canai goreng ni di makan bersama dengan sambal dan kuih kari ayam. Roti canai goreng ni sedap dan rangup. Dan jangan lupa jika nak makan roti canai goreng, anda juga patut minum teh tarik. kalau makan roti canai tanpa teh tarik rasa macam ada kekurangan sahaja.

teh tarik

Jika anda bercadang hendak ke kapit anda hendaklah singgah dahulu ke Sibu untu menaiki bot ekspress yang mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 3 jam. Manakalah tambang pula ialah RM20, RM 25 dan RM 30 bergantung kepada tempat anda duduk.
Ranking: 5

{ 10 comments... read them below or add one }

  1. ohh..ada jugaversi goreng ye..

    ReplyDelete
  2. Ya...kalau kat sarawak saya cuma jumpa kat Kapit jer roti canai goreng ni...

    ReplyDelete
  3. tu dia roti canao kalau digandingkan dgn teh tarik memang superb la jawapnya

    ReplyDelete
  4. serius bro nmpk sedap, aku rasa cicah sambal tu mesti sedap kan

    ReplyDelete
  5. Mmg sedap...sambal tulah pembuka selera.

    ReplyDelete
  6. Teh tarik dgn roti canai mmg x boleh dipisahkan.

    ReplyDelete
  7. roti canai, merata dunia ada tapi roti canai goreng baru kali ini saya dengar. apa bezanya roti canai dengan roti canai goreng?

    ReplyDelete
  8. Cara masakan kot. Roti canai yg biasa kita mkn di goreng dgn minyak yg sedikti dan rasanya lembut.Roti canai goreng ni digoreng dgn minyak yg byk. Mcm goreng ayam...rasanya juga akan menjadi rangup dan garing.

    ReplyDelete
  9. haha.. tak pernah lagi merasa bro yang goreng ni..
    area kuching ada ka?

    ReplyDelete
  10. Takat tuk , blm ada jumpa kat kuching. Cuma kat Kapit jak ada.

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved