Tinggalkan komen pada blog dofollow

on 12 Feb 2012

Komen dofollow blog


Untuk pengetahuan anda, blog anjangman.com adalah merupakan blog dofollow. Kenapa dofollow ? Jawapannya ialah untuk saya menghargai kaki komen kat blog ini. Dofollow ini adalah berfungsi supaya link blog anda akan di crawl oleh enjin pencari seperti google dan yahoo. Bahasa mudah difahami oleh blogger ialah untuk mendapatkan backlink percuma. Anda selalu blogwalkingkan. Biasanya blogger yang selalu blogwalking ni suka tinggalkan komen pada blog yang dofollow. Spammer juga sangat suka dengan blog dofollow ini.

You Comment I Follow
Sebelum ini saya tidak mengawal jumlah komen untuk tukarkan link kepada dofollow. Maknanya walaupun sekali anda tinggalkan komen link blog anda akan jadi dofollow. Tapi sekarang tidak lagi, ini adalah untuk mengelakkan kaki spammer tinggalkan komen untuk kebaikkan blog mereka sahaja. Untuk win-win sitution saya telah tetapkan jumlah komen yang anda berikan dan selepas itu barulah komen anda akan ditukarkan status dari nofollow ke dofollow. Jumlah komen yang saya tetapkan biarlah ia menjadi rahsia.Tak banyak kurang dari jumlah jari kat sebelah tangan je. Komen anda juga hendaklah relevan dengan tajuk kalau tak, komen anda akan dibakul sampahkan. Belajarlah memberi komen dengan ikhlas dan jujur. Kalau tak pun bagilah komen untuk menjalinkan persahabatan sesama blogger.

Untuk mengetahui apakah kelebihan blog nofollow dan dofollow ini anda boleh cari sendiri di google. Banyak pendapat mengenai nofollow dan dofollow ini. Kalau malas nak cari klik sahaja SINI atau kat SINI. Untuk memilih samada blog dofollow atau nofollow itu terpulang kepada anda kerana kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Di sini saya tunjukkan pada anda contoh blog yang nofollow dan dofollow.


Nofollow blog



Dofollow blog



Ok sekarang dapat bezakan mana satu blog dofollow dan mana satu yang nofollow. Mungkin ada yang bertanya macam mana nak tahu blog tu nofollow atau dofollow. Jawapannya ialah jika anda pengguna browser mozilla firefox atau seamonkey anda boleh install add-on "Quirk Search status". Taip sahaja kat add-on search dan install kemudian jangan lupa untuk restart browser anda.


5 Senarai blog Dofollow.


Sebagai menghargai anda lagi di sini saya sertakan 5 blog yang dofollow untuk menambahkan backlink blog anda. Tinggalkan komen yang bekualiti dan kalau boleh jadilah pembaca setia blog ini jika anda berminat dengan kandungannya.Jangan komen kat blog ini jika niat anda hanya semata-mata nak dapatkan backlink. Jalinkan hubungan yang baik dengan mereka kerana mereka dengan baik hatinya memberi kita backlink percuma.

1. Tehramuan.com

2. Kujie2.com

3.Puanbee.com

4. My.mustaffa.org

5. Faizalfredley.com
Semasa entri ini ditulis blog ini masih lagi berstatus dofollow. Jika anda menjumpai entri ini dan status blog mereka tidak lagi dofollow itu adalah diluar kawalan saya kerana itu adalah hak tuan punya blog samada nak blog mereka dofollow atau nofollow.

Blog yang saya senaraikan di atas adalah sebagai tanda terima kasih saya kepada pemilik blog ini kerana daripada komen mereka saya menjadi lebih bersemangat untuk menulis entri dalam blog ini. Maklum sahajalah bagi blogger baru seperti saya komen yang ada pada setiap entri adalah merupakan pembakar semangat untuk terus menulis entri. Bagi blogger baru entri tanpa komen akan menyebabkan mereka merasa kurang bersemangat untuk mengupdate blog.

Jika artikel ini berguna pada anda , klik butang share di bawah dan tinggalkan komen jika anda ada persoalan berkenaan dengan dofollow dan nofollow ini.


Ranking: 5

{ 9 comments... read them below or add one }

  1. Dua tiga hari ni aku buat2 sibuk tanpa entari baru
    Hehe
    Terasa rindu pula dengan komen2 rakan blogger
    Setiap komen memang memberi benyak keseronokan dan kepuasan

    Thanks sebab letak link

    ReplyDelete
  2. eh blog aku dofollow ker nofollow, aku x faham sagat pasal nih

    ReplyDelete
  3. Sama2..betul tu..kalau ada komen mmg akan memberi semangat untuk menulis he..he..

    ReplyDelete
  4. Juan aku dah tgok kat ruangan komen blog ko. Aku yakin ia Nofollow. Kalau nak ubah lihat setting kat plugin comment luv, scroll sampai bwh ada 3 option sana. pilih yg no 2 tu 'allow all comment dofollow'. Itupun kalau nak tukar he..he..

    ReplyDelete
  5. Untungnya komen kat blog ni... lagipun domain Froyoplus ni pun masih baru... jadi boleh la dpt backlink dari sini

    ReplyDelete
  6. Utk menghargai mereka yg komen. Komenpun saya tapis dulu. Kalau komen mencarut saya akan trash jer. terima kasih kerana sudi dtg kat blog saya ni.Saya pun masih baru dlm dunia blog ni.

    ReplyDelete
  7. kalau bab dofollow dan nofollow tu.. memang kuranglah pengetahuan saya..

    ReplyDelete
  8. Blog nofollow lebih mesra seo.

    ReplyDelete
  9. Saya menggunakan plugin NOFOLLOW pada firefox ia sangat membantu dalam menentukan tidak mengikuti dan tidak mengikuti laman blog.Terima kasih untuk maklumat ini!Saya juga akan menyemak laman web yang anda telah disediakan.

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved