Mungkin ada yang gembira dan ada yang berduka menerima berita ini. Maklumlah raya dah dekat, dan ada pula yang mengharapkan bonus lebih daripada RM500. Apapun kita kena bersyukur menerima bantuan khas ini. Pandai-pandai jimat berbelanja. Cuba kita lihat masa perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Chrismas, Gawai Dayak dan Deepavali tiada pula mereka nak merungut tidak dapat bonus untuk perayaan. Mereka tetap menggunakan duit gaji mereka untuk balik ke kampung dan membuat persiapan raya. Bukan mengharapkan bantuan daripada kerajaan.
Bagi peniaga janganlah mengambil peluang menaikkan harga barang semasa perayaan ini. Bila nak beri diskaun janganlah menipu. Diskaun tu biarlah diskaun dari harga jual yang asal. Bukan dari harga jual yang dinaikkan berlipat kali ganda kemudian umumkan ada diskaun.
Apa kata tahun ini kita buat biskut sendiri boleh jimat. Apa ? tak pandai buat biskut. Sini kalau tak pandai saya boleh tunjukkan caranya. Belajar buat biskut sendiri, mudah dan cepat. Boleh jimat duit bonus.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment