Bukan Berputus Asa Tapi Sekadar Berehat

on 24 Jul 2013

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Apa khabar kepada rakan-rakan blogger. Lama sudah tidak menulis di blog ini. Dan ini adalah entri pertama untuk tahun 2013. Dah berhabuk dah blog. Tapi alhamdulilah hari ini saya masih lagi di beri peluang untuk menulis di blog ini.

Selama lebih 6 bulan tidak menulis entri, bukan bermakna saya berputus asa untuk berblog. Cuma ingin  berehat dari berblog. Selama 6 bulan lebih ini saya lebih banyak membuat permerhatian dan juga berkunjung ke blog kawan-kawan sebagai silent reader sahaja. Saya juga jarang meninggalkan komen.

Banyak perkembangan yang positif saya lihat pada blog rakan blogger yang lain. Kadang-kadang saya terfikir bagaimana mereka boleh memberikan komitmen yang sangat tinggi dengan berblog. Menulis entri tanpa jemu. Idea sentiasa datang mencurah. Gaya penulisan sangat santai dan yang penting ilmu yang hendak di sampaikan.

Banyak yang hendak dipost tapi akhirnya masuk draf. Kenapa ? Apa yang saya rasa ialah tahap keyakinan saya sangat rendah. Dan mungkin juga disebabkan kesibukkan kerja . Dan yang paling menyebabkan saya tidak bermotivasi adalah line internet kat sekolah. Maklumlah bila dah masuk ke kawasan pedalaman ini. Tapi alhamdulillah sekarang line internet agak baik setelah di naikkan taraf kepada 1Bestari net.

Saya harap selepas ini adalahlah sedikit ruang untuk saya mengisi masa lapang dengan berblog. Dan tidaklah blog saya ini cuti lama sangat.

Kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan selama ini. Dan tidak jemu meninggalkan komen dan memberi tunjuk ajar saya amat menghargai bantuan anda semua. Jasamu tetap ku kenang. Dan akhir sekali selamat berpuasa, semoga di bulan Ramadhan ini saya dan rakan-rakan semua diberikan kekuatan olehNya untuk terus berusaha dan di murahkan rezeki. Harap setakat ini tidak ada yang tinggalkan puasa.






Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved