Tak mahu tunggu, cepat-cepat klik X.

on 5 Feb 2012

Alamak tak ada idealah nak tulis apa dalam blog. Apa benda nak tulis ni. Inilah situasi yang biasa di alami oleh blogger. Oleh kerana tidak ada idea saya pun google "tips mendapat idea menulis blog". Banyak juga cadangan-cadangan yang diberikan. Sambil google saya blogwalking . Jumpa blog yang best dan menarik terus bookmark. Sambil tu saya tinggalkan komen dan kalau tak ada idea juga nak komen saya jadi silence reader je. Tinggalkan komen tu maknanya tinggalkan jejak. Dengan harapan pemilik blog tu nanti berkunjung kat blog saya ni dan tinggalkan komen juga. Ada ke yang membalas kunjungan saya tu.Harap adalah kan.Paling saya suka kalau blog tu guna plugin comment love..anda juga pasti suka kan tinggalkan komen yang ada comment love.

Kita balik pada topik asal "Tak mahu tunggu, cepat-cepat klik 'x'". Semasa saya mencari maklumat yang diperlukan banyak juga blog yang menggunakan plugin facebook ni. Sebelum tu aku minta maaflah banyak-banyak pada yang berkenaan dan yang terasa hati tu. Saya cuma nak lontarkan pendapat sahaja.

faceabook-klik

Apa pendapat anda jika buka blog keluar pop up seperti di atas. Masa menunggu 2 minit lama tu . Saya percaya  plugin ini telah banyak membantu para usahawan internet menambahkan pengikut mereka di facebook seterusnya menambah pendapatan online. Bagaimana pula jika blog peribadi diletakkan plugin ini. Terus-terang saya katakan, saya akan terus tekan 'x' utk blog sebegini.  Bagilah peluang kita meneroka dulu blog tu. Jika bagus kita dengan rela hati akan klik like. Bukannya secara paksa rela.

Saya memang akui plugin ini banyak memberi kebaikan kepada usahawan internet tapi adakah anda sedar dengan menetapkan masa menunggu terlalu lama akan menyebabkan ramai pengunjung blog anda lari. So cadangan saya tetapkan masa menunggu kurang dari 60 saat atau kurang 30 saat. Apa yang saya dapati ialah blog yang ada plugin ini biasanya berada dalam top 10 google. Tu yang sayangnya kalau pengunjung terus klik 'x'.

Kenapa saya tidak mahu klik 'Like' dan memilih untuk klik 'x'.Ini kerana saya sudah serik dipaksa klik 'like' pastu nak login facebook lagi.Bila dah buat semua tu dan baca artikel tidak berkaitan dengan apa yang kita nak cari. Memang rasa tertipu. So sekarang saya ambil langkah berhati-hati kerana tidak mahu tertipu lagi dan tidak mahu manunggu lama-lama.

Untuk yang menggunakan plugin ini teruskanlah jika anda ingin menggunakannya tapi seperti yang sudah saya nyatakan biarlah masa menunggu tu dipendekkan. Sebab kita nak baca dulu apa yang ada kat blog anda kemudian baru buat keputusan untuk klik 'like' atau tidak. Kalau masa menunggu tu singkat sekurang-kurangnya jika kita tak klik 'like' tidaklah rasa tersiksa sangat menunggu. Jadi kebaikkannya pengunjung blog anda tidak akan lari begitu sahaja tanpa membaca artikel yang ada dalam blog. Sekurang-kurangnya masa menunggu jika tak klik like tu tidaklah terlalu lama. Ingat tu 'menunggu adalah satu penyiksaan'. Bayangkan pengguna yang mengguna line internet yang slow. Dahlah loading nanti lambat dan terpaksa pula nak klik like atau menunggu masa tu habis. Lecehkan. Bukan semua orang mahu senang-senang nak 'like' facebook kita kan..kan..

Ini adalah pendapat saya sahaja dan tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Tiada niat untuk merosakkan bisnes orang. Kerana bagi saya teknologi itu adalah untuk memudahkan kerja bukannya menyusahkan.

Jika anda ada pendapat anda boleh tinggalkan di ruangan komen. Kita berbincang untuk kebaikkan bersama.

Ranking: 5

{ 10 comments... read them below or add one }

  1. Tak setuju!
    Aku juga tak setuju masa menunggu terlalu lama
    Tahu saja la kan, internet kat malaysia ni bukan semuanya laju
    Broadband aku ni, siput pun senyum :-)
    Aku pernah juga tekan X je dengan rasa sori dalam hati

    ReplyDelete
  2. ni penyakit baru kebanyakan blogger sekarang ni...memaksa untuk like. tak dinafikan juga ada segelintir usahawan internet (biasanya yang baru belajar jadi IM) pun guna sistem paksa like macam ni. orang lupa, kualiti lebih penting daripada kuantiti

    ReplyDelete
  3. betul tuh, aku kalau setakat 5 saat aku ok, kalau dah 2 minit aku tekan pangkah jer terus

    ReplyDelete
  4. ya..kita yg ingin berkunjung ke blog mereka jadi tawar hati..

    ReplyDelete
  5. kena tunggu lebih 100 saat? ok..memang tak datang dah blog macam tu.

    ReplyDelete
  6. Betul tu..aku sokong.

    ReplyDelete
  7. saya guna plugins jenis ni..
    tapi tak ada masa tertentu untuk org kena tunggu..
    klik mana2 saja di blog dan ia akan close..
    guna cache dan tak setiap kali loading... pop-up akan keluar

    ReplyDelete
  8. Tapi blog ktk kmk rasa ok. Sbb sik ada masa menunggu. Cuma keluar pop up jak. Boleh klik mana2 tempat terus close pop-up.

    ReplyDelete
  9. Tak kisah kalau kena paksa Like sebab memang suka Like. Tapi yang masalah bila dah Like tapi masih kena tunggu. Tu memang kena pangkah la

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved