Ikan Terubok Masin Sarawak

on 15 Sept 2012

Ikan terubok masin sarawak memang terkenal di seluruh Malaysia. Bahkan ikan terubok masin sarawak juga sangat popular di Brunei dan di Singapura. Tahukan anda bahawa kebanyakkan ikan terubok masin yang di jual di pasar Satok adalah merupakan ikan terubok import ?

Kenapa ikan terubok import ? Untuk pengetahuan anda juga ikan terubok local sebenarnya sangat mahal dan jika di gunakan untuk membuat ikan terubok masin harga ikan terubok masin akan menjadi bertambah mahal. Lagipun ikan terubok tempatan sekarang ini telah diancam kepupusan. Oleh sebab itu harga ikan terubok tempatan semakin meningkat harganya. Sebagai alternatif supaya perniagaan ikan terubok masin sarawak dapat diteruskan ikan terubok import menjadi pilihan. Ini kerana ikan terubok import harganya lebih murah dibandingkan dengan ikan terubok tempatan.

Dari segi rasa ikan terubok import juga sedap kerana penjual tahu cara untuk mengekalkan rasa ikan terubok import supaya setanding dengan rasa ikan terubok tempatan. Walaupun ikan terubok yang digunakan adalah ikan terubok import tapi proses untuk membuat ikan terubok masin masih lagi di proses sendiri oleh penjual-penjual terubok masin sendiri. Ini adalah untuk mengekalkan kualiti ikan terubok masin.

Ini adalah ikan terubok masin yang di jual di pasar satok. Ikan terubok masin kebanyakkannya hanya di jual di pasar satok. Siapa yang berkunjung di bandar kuching jangan lupa beli terubok masin sarawak untuk buah tangan.


Terubok Masin Sarawak


Terubok Masin Sarawak

Ikan terubok masin ini dijual mengikut saiz. Semakin besar saiz ikan terubok maksudnya semakin mahallah harganya. Kini banyak juga penjual terubok masin ini menjual ikan terubok masin secara online. Anda bolehlah cari sendiri di facebook atau di google untuk mencari penjual-penjual terubok masin sarawak secara online.

Di bawah ini pula ialah ikan terubok tempatan. Ikan ini belum di masinkan lagi. Ia masih fresh dan mempunyai telur. Bab telur inilah yang sedapnya tentang terubok ini. Anda boleh lihat perbezaan ikan terubok import dengan terubok tempatan dari segi warna, ekor dan muncung mulutnya.


Ikan Terubok Tempatan

Ikan terubok tempatan ini ianya bermusim. Kalau tak silap saya ikan terubok ini biasanya di tangkap dari bulan 5 - 9. Jika di kawasan saya iaitu di bahagian Samarahan Ikan terubok ini biasanya di tangkap di perairan Pulau Burung dan Pulau Lakei. Ikan terubok tempatan ini sedap di panggang dan makan di cicah dengan sambal. Cukup sambal kicap campur dengan cili padi. Bagi yang ingin mendapatkan ikan terubok tempatan anda boleh berkunjung di daerah Muara Tuang dan Asajaya untuk membeli ikan terubok tempatan ini. Anda juga boleh dapatkan ikan terubok tempatan ini di kampung Tambirat . Penjual biasanya akan menjual pelbagai jenis hasil laut termasuk ikan terubok di sepanjang jalan di Kampung Tambirat, Asajaya.

Ranking: 5

{ 10 comments... read them below or add one }

  1. Ini kelihatan lazat! Ia menjadi lebih lazat jika ikan ini boleh digoreng.

    ReplyDelete
  2. suka terubok fresh..
    nak masin tok pakei ole-oleh balit kk jak..

    ReplyDelete
  3. Saya agak suka ikan masin kerana saya boleh berfikir begitu banyak cara untuk memasak. hehe

    ReplyDelete
  4. Terubok local nyaman gik dipolah terubok masin..perut terubok fresh nyaman dipolah pais..

    ReplyDelete
  5. mkn dgn masak lemak..mmg terbaek la..hehe

    ReplyDelete
  6. saya x pasti samada pernah makan ikan ni ker x sebab kebanyakkan ikan saya x tau nama dia, ehhehe

    ReplyDelete
  7. memang sedap terubok ni....nasib masa gi sarawak ari tu dapat guide yang bawak gi tempat yang murah.....

    ReplyDelete
  8. Ikan terubok masin Sarawak memang marvelous. Saya sangat suka. Ada dengar ikan terubuk yang hendak dihasilkan sebagai ikan masin terpaksa diimport kerana kekurangan ikan.

    ReplyDelete
  9. Walau terubuk import tadi sedapnya sama dgn ikan terubik local.Bergantung dgn org yg buat.

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved