Bila Macbook Pro Tidak Dapat StartUp

on 26 Dec 2012

Salam semua,

Apa khabar ? Tahun 2012 semakin mendekati penghujungnya. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Selamat tahun baru 2013 untuk rakan-rakan dan pembaca blog ini. Jadi ini hari saya ingin berkongsi masalah macbook pro saya.

Harap dengan perkongsian ini rakan-rakan yang menggunakan macbook meenyelesaikan masalah ini tanpa menghantar macbook ke kedai apple. Jika Macbook anda tiada warranty lagi macam macbook saya ni bersedialah dengan wang yang mencukupi. Bukan cukup-cukup ya.

 Masalah Macbook Pro tidak dapat startup atau bila dah 'sleep' tidak boleh nak bangun-bangun lagi. Saya pun tidak berapa pasti kenapa masalah ini berlaku. Kali pertama berlaku pada Macbook saya ialah pada bulan oktober yang lepas. Ia berlaku selepas saya intstall windows 7 menggunakan bootcamp. Lepas installl windows 7 tu saya uninstall balik atau delete windows 7. Lepas saya delete windows 7 inilah tiba-tiba Macbook saya berada dalam keadaan sleep tapi tak boleh bangun lagi. Skrin hitam. Tekan apa-apa butang kat keyboard pun memang skrin hitam sahaja.


Apalagi saya terus paksa Macbook untuk shutdown dengan menekan butang power lebih 10 saat. Bila di restart balik amat mengecewakan skrin masih hitam.Dalam keadaan yang sama Harddisk nampaknya berfungsi kerana ada bunyi. Dan juga ada bunyi tek, tek, tek..

Kali kedua saya mengalami masalah ini ialah semalam 24/12/2012. Apabila macbook saya tidak digunakan selama hampir 4 hari. Biasanya saya gunakan macbook saya setiap hari, jika tidak digunakan saya hanya akan letak macbook dalam keadaan sleep sahaja.

Bagi saya yang berada jauh dari servis center apple ini memang agak sukar jika mengalami masalah macbook. Hasil dari pencarian menggunakan khidmat google dan youtube ada beberapa cara anda menyelesaikan masalah ini.

Untuk mengetahui cara saya menyelesaikan masalah ini tunggu entri saya yang seterusnya Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro tidak dapat startup.


Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

  1. bagi aku ini masalam besar bila skrin hitam je
    biasanya aku akan bagi kawan je tolong tengok
    [aku guna windows]
    sebab aku memang tak tahu bab ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk windows aku rasa ia mungkin disebabkan virus atau ada aplikasi yg diinstall menyebabkan berlaku black skrin.

      Delete
  2. terima kasih perkongsiannya. tapi link error "Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Link tu masoh dalam draf..nanti publish..

      Delete
  3. erm...ambepun tak pernah lagi alami masalah ni..teruja jugak ni nak tau cara selesaikan masalah ni..

    agaknya sebab apa jadik camni?takkan sebab install win 7?

    p.s-macbook ambe masuk air, tp alhamdulillah...selepas berkabung selama hampir sebulan, boleh guna balik 'cuma' yg rosak hanyalah keyboard...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sebab install win7 tapi mungkin ari tu aku salah cara delete partition win7. Aku delete guna disk utility. Sepatutnya delete win7 yg dah install guna bootcamp. Masalah ni berlaku lepas aku delete win7.

      Delete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved